23/07/2025
Awas Penipuan QR Scan!
Seorang peniaga di Gsinar Mini Mart, Johor Bahru mengalami kerugian RM826.40 selepas ditipu oleh seorang pelanggan yang menggunakan resit palsu untuk membeli 47 kotak rokok.
⠀
Kejadian ini berjaya dirakam oleh CCTV premis. Peniaga dinasihatkan lebih berhati-hati dan sentiasa semak transaksi sebelum serahan barang dibuat.