BTNews

BTNews Berkongsi info-info semasa. Jika ada info menarik untuk dikongsikan, boleh roger 🤙

KETUA PEMUDA UMNO PAHANG TINJAU RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DI RAUBMenerusi muat naik di media sosial rasmi Saudara Kamil I...
07/10/2025

KETUA PEMUDA UMNO PAHANG TINJAU RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DI RAUB

Menerusi muat naik di media sosial rasmi Saudara Kamil Ibrahim, Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang tinjauan tersebut diadakan ekoran dari ribut yang melanda bandar Raub semalam.

Beberapa rumah telah rosak dan akan dibaikpulih. Lawatan ini turut disertai oleh pihak Majlis Daerah Raub petang tadi. Saudara Kamil juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa yang terlibat.

07/10/2025
HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANGPelbagai acara menarik sepanjang 3 hari Sambutan Hari Sukan Negara Peringk...
06/10/2025

HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pelbagai acara menarik sepanjang 3 hari Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang di Lipis hujung minggu ni.

Moh deme meriahkan acara yang julung-julung kali diadakan ini. Moh kita bersukan dan sihat!

YB Tuan Fadzli Kamal bersama pasukan Majlis Rekreasi Pahang telah berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan dalam misi Ekspe...
04/10/2025

YB Tuan Fadzli Kamal bersama pasukan Majlis Rekreasi Pahang telah berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan dalam misi Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan.

Menerusi hantaran di facebook beliau, ekspedisi kali ini membawa misi yang berbeza kerana Majlis Rekreasi Pahang akan menilai beberapa perkara mengenai daya tarikan baru di sepanjang trek ke puncak Gunung Tahan ini.

Pendakian bermula dari Merapoh, Lipis dan akan berakhir di Kuala Tahan, Jerantut.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN D**g dengan kerjasama 5 JPKK telah menganjurkan Program Berkayak 5 Kampung mengharungi caba...
04/10/2025

Pusat Khidmat Masyarakat DUN D**g dengan kerjasama 5 JPKK telah menganjurkan Program Berkayak 5 Kampung mengharungi cabaran Sungai D**g bermula dari Jambatan D**g hingga ke Jambatan Kuala D**g.

60 peserta menyertai program ini yang merangkumi penduduk dari Kampung Pasir Bayam, Kuala Gali, Temau, Ajai dan Pia.

Program ini diadakan untuk memupuk semangat cintakan sungai ini dan membudayakan aktiviti sihat di kalangan masyarakat setempat.

03/10/2025

Ribuan rakyat Pahang berhimpun di Masjid Negeri 1 Kuantan usai Solat Jumaat tadi bagi menyatakan solidariti kepada pasukan Global Sumud Flotilla yang ditahan oleh rejim zionis Israel.

YBrs Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA berkata bahawa rakyat Negeri Pahang harus berbangga apabila bidang pe...
03/10/2025

YBrs Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA berkata bahawa rakyat Negeri Pahang harus berbangga apabila bidang pengajian tahfiz yang berlandaskan Quran dan Hadis di negeri itu berkembang dengan jayanya.

Usaha ini turut mendapat perkenan, titah serta keterlibatan secara langsung Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pihak MARA juga dalam usaha untuk memperhebatkan pengajian ini ke semua insititut pendidikan di bawah MARA.

02/10/2025

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG

SOLIDARITI TERHADAP SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Saya merakamkan rasa dukacita dan keprihatinan yang mendalam terhadap penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla termasuk sukarelawan Malaysia oleh tentera rejim Israel ketika mereka dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Sukarelawan ini membawa semangat keberanian dan keikhlasan yang tinggi demi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekian lama ditindas.

Tindakan rejim Israel ini jelas merupakan satu kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia, apatah lagi terhadap mereka yang hadir dengan niat murni untuk membantu insan yang sedang sengsara.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya menyatakan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan yang ditahan. Kerajaan Negeri juga berdoa agar mereka selamat, dilindungi daripada sebarang bahaya, serta segera dibebaskan.

Kerajaan Negeri Pahang turut bersama Kerajaan Persekutuan menuntut rejim Israel membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla tanpa syarat.

Di samping itu, saya turut mengalu-alukan segala usaha dan bentuk sokongan daripada rakyat Pahang dengan menyertai Himpunan Sumud Flotilla yang akan diadakan pada 3 Oktober 2025 di perkarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan selepas solat Jumaat.

Sesungguhnya, rakyat Pahang sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut kebebasan dan maruah, serta menyokong sebarang usaha kemanusiaan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.

YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
2 Oktober 2025

YB Tuan Fadzli Kamal juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM61,440 kepada kontinjen Pahan...
30/09/2025

YB Tuan Fadzli Kamal juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan RM61,440 kepada kontinjen Pahang bagi menyertai temasya sukan pada kali ini sebagai tanda sokongan dan dokongan kepada komuniti orang pekak untuk terus terlibat aktif dalam bidang sukan.

YAB Menteri Besar Pahang hari ini menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, H.E. Shikata Noriyuki.S...
30/09/2025

YAB Menteri Besar Pahang hari ini menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, H.E. Shikata Noriyuki.

Semoga hubungan diplomatik ini akan lebih memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik diantara Pahang dan Jepun. Syabas!

Karnival Aspirasi Pahang1st yang dahulunya dikenali sebagai Moh Karnival Makmur akan diadakan di daerah Raub.Kali ini, K...
30/09/2025

Karnival Aspirasi Pahang1st yang dahulunya dikenali sebagai Moh Karnival Makmur akan diadakan di daerah Raub.

Kali ini, Kampung Gali Tengah dipilih selaku tuan rumah bagi penganjuran karnival ini.

Penjenamaan semula karnival ini adalah untuk membawa nama Pahang1st ke seluruh negeri sebagai satu aspirasi, misi serta visi bersama rakyat Pahang.

Karnival ini juga akan menghimpunkan dua karnival yang diadakan sebelum ini iaitu Karnival Tanah dan Karnival Usahawan.

Ini semua alasan, dah jadi YB kan. Tak kan la pemikiran setakat itu je? Alahaiii.
28/04/2025

Ini semua alasan, dah jadi YB kan. Tak kan la pemikiran setakat itu je? Alahaiii.

Address

Raub
27650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BTNews posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BTNews:

Share