24/09/2025
SUNGAI PAHANG BAKAL DIPENUHI IKAN BANDARAYA ‼️
Dua hari yang lalu, saya turun ke Sungai Batu Tiga, Raub. Apa yang saya lihat benar-benar mengejutkan. Spesies ikan bandaraya yang asalnya tidak pernah kelihatan di kawasan ini, kini sudah terlalu banyak membanjiri sungai tersebut. Kali terakhir saya datang ke sini ialah dua tahun yang lalu. Pada masa itu, langsung tidak kelihatan seekor pun ikan ini. Namun, kali ini keadaannya sangat berbeza. Dalam masa yang singkat, ikan ini telah membiak dengan begitu cepat sehingga orang ramai tidak menyedari kewujudannya di kawasan Raub.
Saya sendiri telah merakam bukti kewujudan ikan ini untuk dikongsi bersama orang ramai. Ikan bandaraya bukanlah ikan tempatan. Kehadirannya membawa banyak keburukan kepada ekosistem sungai. Antara kesannya ialah ikan ini gemar memakan telur serta anak-anak ikan tempatan seperti tengas, baung dan lampam dan lain² spesis tempatan. Jika perkara ini berterusan, pop**asi ikan asli kita akan semakin berkurangan. Tambahan p**a, spesies ini terkenal dengan ketahanannya. Walaupun keadaan air sungai keruh atau tercemar, ikan ini masih boleh terus hidup, menjadikan ia semakin sukar untuk dihapuskan.
Sekiranya ikan bandaraya terus membiak tanpa kawalan, ia bukan sahaja menguasai kawasan Raub, malah aliran sungai ini akan menghala terus ke Sungai Pahang. Tidak mustahil suatu hari nanti, Sungai Pahang juga akan dipenuhi dengan spesies ini, sekali gus mengancam keseimbangan ekosistem serta struktur semula jadi sungai yang telah lama kita kenali.
Saya telah melihat sendiri ancaman ini dan merakamkan buktinya. Persoalannya sekarang, adakah kita mahu membiarkan ikan ini terus menguasai sungai kita? Atau kita perlu bertindak sebelum terlambat ?
suhaily
Jejak Air Tawar
Rembo Jelai