29/05/2026
*Jom Baca 10 Minit SEINDAH, Siri 15*
_Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ibu, Bapa, Penjaga dan anak-anak SEINDAH_
Hai semua, kali ini, kita selusuri p**a informasi tempat-tempat menarik di negeri *Terengganu* .
Edisi kali ini istimewa kerana bermula Siri ke-15, ada soalan Matematik yang perlu dijawab oleh semua murid SEINDAH. Soalan ini akan diberikan oleh Cikgu Ja, ikon membaca 10 Minit SEINDAH.
1. *Kenapa 15 cikgu?* SEINDAH akan menyambut ulangtahun ke 15 bukan? Jadi bermula dari siri ini sehingga siri ke 25, ada soalan berkaitan Matematik dalam setiap kisah.
2. *Apa saya perlu buat cikgu?* Murid-murid kena baca kisah dan kemudian kumpul dan simpan jawapan sehingga siri ke 25. Jadi akan ada 10 jawapan yang perlu dikumpulkan. Bincanglah dengan ibu, ayah, abang, kakak dan sesiapa yang boleh membantu. Mudah bukan tapi jangan beritahu jawapan pada kawan-kawan tau 🫢
3. *Ada hadiah ke cikgu?* Mestilah ada. Semasa hari sambutan ke-15 SEINDAH, siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat untuk semua soalan akan dipilih dan pemenang akan diumumkan semasa hari sambutan di booth _Akademik PIBG SEINDAH_ . 🎁🎁🎁🎁 Jangan lupa datang tau. 🎁🎁🎁
Apabila selesai membaca jangan lupa mengisi maklumat di dalam Ains NILAM seperti dibawah.
*Pengisian Ains NILAM*
Tajuk : _Jom Teroka Sejarah: Keajaiban Terengganu_
Kategori: Poster
Bahasa: Bahasa Melayu
Katakunci: _Warisan, Sejarah, Terengganu_
Muka surat: 1
Tahun: 2026
*_ *
Jumpa lagi esok dan jangan lupa kumpul jawapan. Esok kita nak ke negeri mana p**a yer?
Jom Baca 10 Minit SEINDAH akan bersiaran setiap hari sepanjang cuti sekolah.
_*Cuti-cuti juga, Membaca jangan dilupa.*_ Selamat Membaca Murid-Murid
Biro Akademik PIBG SKRI 2026