Pustaka Salam

Call Directions Website Contact the business

Pustaka Salam Menyediakan dan menjual buku-buku agama terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd. dan lain-lain terbitan. Bag Selain itu, Pustaka Salam Sdn.

Pustaka Salam Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak tahun 1982 dalam menerbitkan buku Islam. Pustaka Salam Sdn Bhd juga banyak menerbitkan buku-buku terjemahan daripada kitab-kitab Arab tulisan alim ulamak silam dan kontemporari yang terkenal di seluruh dunia. Penerbitan & penterjemahan buku merupakan aktiviti utama syarikat. juga menyediakan servis pakej lengkap penerbitan bermula daripada rekabentuk grafik, rekabentuk susun atur, terjemahan, editing, percetakan, hinggalah pengedaran. Servis percetakan disediakan melalui anak syarikatnya, Percetakan Salam Sdn. Bhd yang berdaftar dengan kementerian kewangan dan telah mencetak pelbagai bahan terbitan kementerian dan jabatan kerajaan. Di antaranya termasuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti Pahang dan lain-lain.

21/08/2026

Siapa selalu langkau baca pengenalan buku? ๐Ÿ™‹โ€โ™‚

Meneladani Rasulullah SAW memerlukan kerangka pemikiran yang tepat. Dalam kitab Fiqh al-Sirah, Sheikh Muhammad al-Ghazal...
19/08/2026

Meneladani Rasulullah SAW memerlukan kerangka pemikiran yang tepat.

Dalam kitab Fiqh al-Sirah, Sheikh Muhammad al-Ghazali mengkritik cara sebahagian umat Islam dalam menyikapi sirah Rasulullah SAW.

Kritikan tersebut bukan sekadar bertujuan menegur, tetapi untuk memperbetulkan cara berfikir dalam memahami sirah serta cara menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan kefahaman yang lebih tepat.

Tanpa kefahaman yang tepat, sirah mungkin hanya menjadi himpunan pengetahuan tentang peristiwa masa lalu tanpa mampu membentuk pemikiran, sikap dan tindakan. Bahkan membuka rongga-rongga untuk tokok tambah yang tak diperlukan berlaku dalam sirah baginda yang agung.

Apakah manifestasi tertinggi mencintai Rasulullah SAW sebagai seorang Muslim?Jawapannya adalah dengan menjadikan Rasulul...
18/08/2026

Apakah manifestasi tertinggi mencintai Rasulullah SAW sebagai seorang Muslim?

Jawapannya adalah dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam setiap aspek kehidupan.

Sirah bukan sekadar himpunan catatan peristiwa dan nama yang perlu dihafal. Malah, sirah merupakan jalan pencerahan yang membimbing seluruh insan mengenali kehidupan yang benar. Kehidupan yang sentiasa memelihara kemuliaannya sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenali Rasulullah SAW secara menyeluruh, kemudian disusuli dengan menghayati dan mengamalkan petunjuk Baginda dalam kehidupan.

Semakin kita mengenali Rasulullah SAW, semakin jelaslah jalan untuk meneladani Baginda. Semakin terang jugalah jalan menuju kebenaran Dan kebahagiaan.

17/08/2026
Ahlan wa sahlan Rabiul Awwal,Bulan yang menjadi detik bermulanya umat manusia menerima cahaya petunjuk daripada Allah SW...
14/08/2026

Ahlan wa sahlan Rabiul Awwal,

Bulan yang menjadi detik bermulanya umat manusia menerima cahaya petunjuk daripada Allah SWT melalui kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Seorang insan mulia yang diutuskan untuk membawa manusia keluar daripada kegelapan kejahilan dan kesesatan menuju cahaya ilmu dan iman.

Semoga Rabiul Awwal menjadi ruang untuk kita kembali mengenali sirah Baginda, menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dan meneladani sunnah serta akhlak Baginda dalam setiap langkah dan keputusan.

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Sumbangan dan peranan Ramlah binti al-Harith dalam perkembangan dakwah Islam pada era Rasulullah SAW bukanlah suatu sumb...
12/08/2026

Sumbangan dan peranan Ramlah binti al-Harith dalam perkembangan dakwah Islam pada era Rasulullah SAW bukanlah suatu sumbangan yang kecil.

Kesediaan beliau menyediakan kediamannya sebagai tempat persinggahan dan penginapan para delegasi menunjukkan sifat kedermawanan, pengorbanan serta keprihatinannya terhadap kepentingan dakwah Islam.

Sifat mulia yang ditunjukkan oleh beliau wajar dicontohi, manakala sumbangan dan peranannya dalam menyokong dakwah Rasulullah SAW seharusnya diiktiraf dan dihargai sebagai sebahagian daripada sejarah perkembangan dakwah Islam.

Ketajaman pemikiran Hubab bin al-Munzir terserlah ketika beliau mengemukakan pandangan strategik dalam Perang Badar. Nam...
10/08/2026

Ketajaman pemikiran Hubab bin al-Munzir terserlah ketika beliau mengemukakan pandangan strategik dalam Perang Badar. Namun, di sebalik kecerdikan beliau dalam menyusun strategi, terserlah juga adabnya ketika berhadapan dengan Rasulullah SAW. Beliau menyampaikan pandangan dengan penuh hormat dan berhati-hati, manakala Rasulullah SAW p**a menerimanya dengan keterbukaan dan menghargai pandangan tersebut.

Peristiwa ini menggambarkan keindahan hubungan antara Rasulullah SAW dan para sahabat yang berasaskan adab, kepercayaan dan keterbukaan dalam bertukar pandangan. Ia menjadi teladan bahawa menyampaikan pandangan memerlukan hikmah dan kesantunan, sementara menerima pandangan p**a menuntut sikap terbuka serta kesediaan mengakui kebenaran.

06/08/2026

Mendalami dan menghayati sirah Nabi Muhammad SAW merupakan satu tuntutan yang besar dalam Islam.

Baginda ialah Rasul yang membawa berita gembira, memberikan peringatan serta menyampaikan petunjuk yang menerangi seluruh alam.

Oleh itu, mengenali perjalanan hidup Baginda bukan sekadar mempelajari sejarah, tetapi memahami teladan yang perlu diterapkan dalam kehidupan.

04/08/2026

Dr. Mustafa al-Sibaโ€˜i merupakan seorang ulama, pemikir dan pendakwah Syria yang memainkan peranan penting dalam perkembangan gerakan Islam, pendidikan dan pemikiran fiqh pada abad ke-20.

Penglibatan beliau dalam perjuangan menentang penjajahan, kegiatan dakwah, politik dan penulisan menjadikannya antara tokoh yang berpengaruh dalam sejarah pemikiran Islam moden di Syria.

Melalui karya-karya ilmiah dan aktiviti dakwahnya, al-Sibaโ€˜i meninggalkan sumbangan yang signifikan terhadap perkembangan pemikiran Islam di Syria dan dunia Arab.

Address

No 83 & 83A, Jalan KPK 1/8, Kaw. Perindustrian Kundang Jaya
Rawang
48020

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

03-60343532

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Salam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pustaka Salam:

Shortcuts

Share

Category