26/10/2025
Masih ingat masa Cristiano Ronaldo tolak botol Coca-Cola masa sidang media Euro 2020 dulu?
Dia cuma alihkan dua botol Coke, angkat air kosong sambil cakap “Agua!”
Sebab air kosong jauh lebih sihat.
Tetapi kesannya, saham Coca-Cola jatuh sampai 1.6%.
Nilai pasaran hilang hampir $5 bilion.
Hanya sebab satu gerakan kecil daripada seorang manusia, dunia terus bagi reaksi.
Baru-baru ni, Elon Musk juga buat perkara yang sama.
Dia ajak 190 juta pengikutnya cancel Netflix sebab tak setuju dengan satu siri animasi yang ada watak transgender.
Kesannya, saham Netflix jatuh lebih 5%, rugi sekitar $17 bilion nilai pasaran.
Nampak kan?
Bila orang berpengaruh bersuara, pasaran pun boleh goyah.
Tetapi tahu tak siapa yang lagi berkuasa sebenarnya?
Kita semua.
Bila jutaan orang biasa macam kita sepakat bertindak, kesannya boleh jauh lebih besar daripada mana-mana selebriti.
Ambil contoh KEDAI KOPI STRBCK.
Sejak serangan kejam ISRL ke atas GZ bermula Oktober 2023, kempen boikot STRBCK meletup di seluruh dunia; dari Timur Tengah, Turki, Malaysia, sampai ke Eropah.
Walaupun STRBCK tak ada cawangan di ISRL, dah tutup sejak tahun 2003, orang ramai tetap boikot kerana dianggap berpihak kepada ISRL, terutamanya selepas tindakan undang-undang ke atas Workers United dalam posting mereka di media sosial yang terang-terangan menyokong PLSTN, menurut laporan Tasnim News Agency.
STRBCK juga pro-Elgibiti.
STRBCK India pernah hasilkan iklan ketara menyokong komuniti ini pada tahun 2023.
Ditambah dengan anggapan pro-ISRL.
Maka gerakan boikot ke-atasnya berlaku.
Dan hasilnya?
Menurut beberapa laporan media:
Nilai pasarannya jatuh $USD 11 billion (~RM52 bilion), kira-kira 9.4% susut.
Jualan merosot teruk di pasaran utama termasuk Malaysia dan Timur Tengah.
Jualan menjunam 36%, daripada RM747 juta (2024) kepada RM477 juta (2025).
Kerugian di Malaysia sahaja rekod RM292 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2025.
Ada banyak cawangan tutup, depan mata kita, daripada 408 cawangan (Jun 2024) kepada 320 (Jun 2025),
Penurunan lebih 20% dalam setahun.
Masuk tahun 2025, STRBCK global terpaksa umumkan pelan penstrukturan bernilai USD 1 bilion, termasuk penutupan 100 kedai di Amerika Utara dan pengurangan kira-kira 900 pekerja pejabat.
Mesejnya jelas:
Bukan hanya Ronaldo,
Bukan hanya Elon Musk,
tetapi setiap kita semua juga mampu gegarkan dunia.
Setiap kali kita pilih untuk..
tidak beli,
tidak sokong,
atau tidak diam....
Itu ialah satu bentuk kuasa.
Kuasa yang boleh ubah polisi syarikat,
hentikan pelaburan zalim,
dan tunjuk pada dunia bahawa kemanusiaan lebih penting daripada keuntungan.
Jadi lain kali bila orang kata,
“Alaa… boikot ni tak ke mana pun,”
ingatkan mereka,
kerugian $USD 11bilion dilaporkan itu datang daripada tindakan “kecil” orang biasa macam kita.
MANA ADA BOIKOT KALAU TAK KAWTIM
Boikot Apa Hari Ini | Boikot Apa Hari Ini ?!! | Otak Terlondeh Ke Lutut | Politahik Today | Politahik Apa Hari Ini !? | DeMoCrAcY is DeMoCrAzY | Rantaian Konspirasi Iblis, Dajjal, Demokrasi, Undi - Kluster Ahli Neraka