
25/06/2024
Ust Da'i Muhammad Asri Hijrah Damni
Allah uji, hanya beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci pembuluh darahnya pecah di sebelah kanan otaknya. Dikejarkan ke hospital & segera dibedah kepalanya untuk keluarkan darah beku, & keesokan nya dibedah lagi buat kali kedua untuk keluarkan saki baki darah yang masih tertinggal.
Selama beberapa hari beliau Coma selepas pembedahan, Alhamdulillaah beberapa hari lepas beliau sudah mulai sedar & boleh bercakap cuma belum boleh makan & bahagian kiri badan nya masih belum boleh bergerak lagi... Hari ini dah 14 hari beliau berada di Hospital Shah Alam...
Menurut isterinya, Ust Asri akan discaj dalam masa terdekat, & kos yang perlu ditanggung agak besar untuk membeli makanan khas, lampin & juga peralatan lain untuk kegunaan Ust.
Ust Asri seorang Mutawwif juga, & banyak Jamaah telah dibimbing nya. & beliau juga seorang penceramah bebas. Selama ini Ust Asri mengambil tanggungjawab menyara keperluan keluarganya. Buat masa ni Ust Asri belum mampu lagi aktif untuk bergerak mencari keperluan hidup diri & keluarganya, maka sama samalah kita doakan semoga beliau sembuh & pulih semula sambil kita usaha juga untuk meringankan beban beliau dengan sumbangan seikhlas hati kita.
Di bawah saya sertai QR Code akaun bank isteri Ust Asri. Segala sumbangan boleh lah disalurkan ke akaun tersebut.
Samaยฒ lah kita membantu bagi meringankan bebannya...
Jazaakumullaah khairan katsiiran, terima kasih kerana sudi bantu sahabat saya...
Jabatan Rakyat