Daily Community Media - DCM

Daily Community Media - DCM PUSAT KOMUNITI MALAYSIA
https://www.my1community.com.my

15/06/2023
Minda Anda Funtion Tentang Apa Dengan 2 Keping Gambar Ni...Daily Community Media - DCM 🌏📡
01/01/2023

Minda Anda Funtion Tentang Apa Dengan 2 Keping Gambar Ni...

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Bila tengok Forest City ni rasa geram pun ada. Dah lah mahal lepas tu buat dekat tempat jin berjimba. Sampai sekarang ba...
31/12/2022

Bila tengok Forest City ni rasa geram pun ada. Dah lah mahal lepas tu buat dekat tempat jin berjimba. Sampai sekarang banyak rumah dekat situ tak terjual. Padahal boleh je jual murah tapi deme lagi s**a jadikan tukun.

Bukan setakat tu je menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 35,592 rumah siap dibina tidak terjual pada suku pertama 2022. Kenapa benda macam gini boleh jadi? Kita ni bab rumah memilih juga macam jodoh ke?

Bayangkan sahajalah apartment di bandar-bandar besar boleh mencecah harga RM600,000 seunit.

Nak tak nak terpaksalah pergi ke kawasan luar bandar sikit untuk dapatkan rumah landed tapi harganya tetap mahal. Kalau rumah dekat bandar-bandar besar ni kita fahamlah sebab apa mahal.

Masalahnya rumah dekat luar bandar ni. Kebiasaannya nilai sesebuah hartanah itu akan ditentukan oleh tier, booster dan harga median. Sekarang kita lihat satu per satu.

Tier ni ada 3 iaitu tier 1, tier 2 dan tier 3. Biasanya rumah dekat luar bandar terletak di tier 3. Tier 3 sepatutnya harga rumah murah sikit tapi sama je cekik darah. Kalau tak percaya pergi tengok harga rumah dekat Rawang dan Semenyih.

Di bandar besar seperti KL, developer s**a bagi alasan harga rumah tu mahal sebab dekat dengan LRT, mall dan office. Itulah yang dinamakan booster.

Dekat luar bandar ni tak ada booster semua tu sebab nak pergi kedai aceh pun kena naik kereta dan double park. Malah nak ke sekolah dengan pejabat pos pun payah sebab agak jauh.

Itupun masih nak jual mahal lagi, siap bagi alasan harga sekian-sekian dapat flat ppr je dekat KL. Tapi dekat kampung dapat rumah kotak, besar sikit dan tak perlu naik tangga katanya.

Terakhir sekali adalah harga median yang bermaksud harga pertengahan antara rumah paling murah dan mahal dalam sesuatu kawasan.

Contohnya di Johor, harga median adalah sekitar RM384,000. Rumah itu akan diangggap berbaloi untuk dibeli jika berada di bawah harga median. Tapi dekat Johor, harga rumah RM400,000 tu benda biasa. Memang payah kita nak beli.

Itu belum cerita lagi tentang harga rumah subsale dengan undercons lebih kurang je. Kita nak membeli ni p**a terasa macam diayam-ayamkan oleh developer.

Apalah nasib anak-anak kita semua di masa hadapan. Entah-entah duduk bawah jambatan buat khemah kelambu.

Oleh Azmil Azali

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Rakyat Mexico ni boleh kata pencandu minuman Coca-Cola terbesar di dunia.Cuba korang tengok. Dalam sehari, mereka minum ...
20/12/2022

Rakyat Mexico ni boleh kata pencandu minuman Coca-Cola terbesar di dunia.

Cuba korang tengok. Dalam sehari, mereka minum sekitar dua liter minuman Coca-Cola (ataupun minuman berkarbonat lain).

Atas sebab tu, susah kita nak jumpa air mineral di Mexico. Punyalah susah sampai rakyat sana memang tak s**a langsung pada air mineral.

Mana nak s**a? Sejak kecil lagi, rakyat Mexico dah diajar untuk minum Coca-Cola. Dan sebab tu juga penduduk sana antara penghidap kencing manis paling teruk di dunia!

Oleh: Abdullah Sidek
..

Daily Community Media - DCM 🌏📡

‼️Selamat berehat Blake. Blake, antara anjing penyelamat mangsa tanah runtuh.Blake si hero penyelamat mangsa tanah runtu...
18/12/2022

‼️Selamat berehat Blake. Blake, antara anjing penyelamat mangsa tanah runtuh.

Blake si hero penyelamat mangsa tanah runtuh di tapak campsite. Blake dilaporkan kepenatan namun tiada kecederaan berlaku terhadapnya sepanjang bertugas dengan penuh kesetiaan.

Anjing K-9 yang berjasa ini direhatkan setelah dua hari bertungkus lumus kerja lebih masa mencari mangsa tertimbus di Tapak Perkhemahan Father's Organic Farm Batang Kali Selangor.

Terima kasih Blake kami ucapkan. Rehat cukup-cukup okay. Jasamu dikenang ❤️

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Tiba-tiba jiwa jadi ke laut..ke pantai p**ak 🤭Daily Community Media - DCM 🌏📡
18/12/2022

Tiba-tiba jiwa jadi ke laut..ke pantai p**ak 🤭

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Setelah sekian lama memegang takhta sebagai orang paling kaya di dunia, akhirnya Elon Musk tersungkur ke tempat kedua. T...
16/12/2022

Setelah sekian lama memegang takhta sebagai orang paling kaya di dunia, akhirnya Elon Musk tersungkur ke tempat kedua. Takhta telah bertukar tangan kepada Bernard Arnault.

Persoalannya kenapa Elon Musk dah tak jadi orang paling kaya di dunia? Sebab dia beli Twitter ke?

Sebenarnya pada isnin lepas, nilai saham Tesla telah menjunam sebanyak 6.3%. Nampak macam sikit kan, kalau tukar ke duit terus jadi $7.4 bilion. Bermakna Elon Musk telah rugi $7.4 bilion hingga membuatkan kekayaannya merosot kepada $181.3 bilion.

Ditambah lagi, Tesla menyumbang sebahagian besar kepada kekayaan Elon Musk. Kalau Tesla rugi sikit je, memang akan terus buat Elon Musk terpaksa makan nasi dengan telur pindang sahaja.

Sekarang ni siapa p**ak Bernard Arnault yang berjaya pintas Elon Musk sebagai orang paling kaya di dunia?

Bernard Arnault ni pemilik kepada LVMH. Syarikat tu p**a memiliki lebih kurang 75 jenama terkenal dunia seperti Christian Dior, Kenzo, Sephora dan Hublot. Bukan setakat tu je, kesemua jenama tersebut memberikan keuntungan kepada LVMH sebanyak $68 bilion pada 2021.

Memang tak peliklah kalau Bernard Arnault mampu pintas Elon Musk sebab syarikat dia setiap tahun buat untung. Buktinya nilai kekayaan Bernard Arnault mencapai $187.1 bilion. Hanya beza $6 bilion sahaja dengan Elon Musk.

Lepas ni Elon Musk kena berjimat dan simpan duit sikit untuk kembali menjadi orang paling kaya di dunia. Kita pun sama juga. Jadi jangan sesekali loan Honda Ketam dan iPhone 14 pro max kalau nak makan pun payah.

Oleh Azmil Azali

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Nuur Amanina Hanani Khairudin berjaya menghabiskan pengajian walaupun berdepan dengan cabaran menjaga ibu yang menghidap...
14/12/2022

Nuur Amanina Hanani Khairudin berjaya menghabiskan pengajian walaupun berdepan dengan cabaran menjaga ibu yang menghidap penyakit kanser hati tahap 4 semasa berada di tahun 2 pengajian. Dari situ bermulalah perjalanan pembelajaran beliau di samping menjaga serta memantau tahap kesihatan ibu bersama ahli keluarga yang lain.

Sepanjang pengajian, beliau kerap ulang-alik dari Nilai ke Shah Alam walaupun sibuk menghadiri kuliah dan aktiviti SUKSIS pada hujung minggu. Ada kalanya beliau terpaksa meminta pengecualian kerana ingin menemani ibu semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Beliau bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang memahami situasi dan banyak membantu terutama dalam tugasan berkump**an dan berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang memberangsangkan.

Nuur Amanina Hanani Khairudin
Graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi, USIM Laman Rasmi

Mesti ramai di sini ingat tsunami besar yang menimpa bumi Pulau Pinang pada 26 Disember 2004. Tun Abdullah Ahmad Badawi ...
14/12/2022

Mesti ramai di sini ingat tsunami besar yang menimpa bumi Pulau Pinang pada 26 Disember 2004. Tun Abdullah Ahmad Badawi tahu jer terus keluarkan perintah: semua sambutan Tahun Baru digantikan dengan upacara ibadah. Memang tanda “negara sedang meratapi” (a nation in distress), barangkali antara detik paling kritikal pernah Malaysia lalui.

Bagi yang tidak tahu, tsunami tersebut terjadi berpunca daripada Gempa Bumi Sumatera-Andaman yang menggoncang dengan magnitud 9+ (sangat tinggi). Gempa tersebut punyalah kuat sampai ke Alaska boleh kesan. Akibatnya, air laut dilambung begitu tinggi – kira-kira 30 hingga 51 meter, yang melanggar persisiran pantai banyak negara.

Negara paling terkesan adalah Indonesia, terutamanya kota Acheh. Salah seorang kenalan baik saya kehilangan bapanya dalam kejadian tersebut. Jenazah ayahanda beliau langsung tidak ditemui. Mangsa yang terselamat berkongsi gambaran sangat ngeri “gunung hitam” dan “tembok air”. Memang air laut tu berwarna hitam.

Jumlah kematian dianggarkan mencecah 220,000 orang. Jumlah kehilangan p**a dah 43,000 orang. Isu ni berlegar lama, sampai tabung-tabung derma masuk dalam sekolah. Guru siap minta pelajar bagitau ibu bapa pasal derma ni untuk memungut dana demi meringankan bebanan semua.

Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

Oleh: Ahmad Faezal

Daily Community Media - DCM 🌎📡

11/12/2022
01/12/2022

Daily Community Media - DCM 🌏📡

Address

Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daily Community Media - DCM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share