31/07/2022
BUKTI UTAMA KOMITMEN DJ ADALAH 'PLAYLIST'
DJ bila dia buat playlist, ibarat seorang Chef sedang beraksi dengan bahan2 resepi masakannya.
Seorang DJ yang baik, DJ yang mementingkan kualiti siaran ketika giliran dia berkonti, mereka akan rigid pilih lagu ibarat jadi Chef yang akan pilih bahan2 masakan yang segar dan berkualiti sahaja.
Memang ada sesetengah tukang masak, dia main stail campak-campak je...Masakan dia jadi je.
Tapi kebanyakkan tukang masak, taraf taraf Chef, mereka akan rasa bersalah dan tak patut kalau tak pilih barang2 basah, bahan2 masakan, rempah ratus yang berkualiti dan kalau boleh top notch.
Ibarat buat kerja makan gaji buta.
DJ sama lah dengan seorang tukang masak/Chef.
Jadi mohon lihat pembikinan playlist bukan satu mainan. Ia ibarat satu masakan yang bakal dirasa lazat. Pembikinan playlist ini adalah berseni.
Lagu-lagu dalam playlist, JUGA diambil kira cara susunan, diambil kira keseimbangan tempo2 lagu, diambil kita genre2 yang menyeluruh.
Playlist 6 jam, nak bikin dia pun ambil masa hampir 6 jam juga. Ini satu realiti. Jadi tolong, bukan nak minta puji, tapi sekurang-kurangnya, cukup sekadar menghargai dalam hati.
Terima kasih.