Wanita4U.FM

Wanita4U.FM https://www.wanita4u.fm/

VISI

TV STATION yang membawa isu-isu semasa terutama ISU WANITA. Tv & Radio Station

MISI

Menghidangkan pelbagai segmen yang bermutu dan menjadi inspirasi dan aspirasi wanita.

𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑾𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨' 𝑫𝑰𝑷𝑰𝑳𝑰𝑯 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑮𝑨𝑰 𝑻𝑬𝑴𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑾𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨 𝑨𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨𝑩𝑨𝑵𝑮𝑺𝑨 𝟐𝟎𝟐𝟑 Setiap tahun 𝟖 𝑴𝒂𝒄 merupakan 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 s...
08/03/2023

𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑾𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨' 𝑫𝑰𝑷𝑰𝑳𝑰𝑯 𝑺𝑬𝑩𝑨𝑮𝑨𝑰 𝑻𝑬𝑴𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑾𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨 𝑨𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨𝑩𝑨𝑵𝑮𝑺𝑨 𝟐𝟎𝟐𝟑

Setiap tahun 𝟖 𝑴𝒂𝒄 merupakan 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 seluruh dunia, ianya disambut sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 sebagai tema sambutan untuk tahun ini.
Akronim 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 membawa konsep seperti;

𝑲 - 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈
𝑨 - 𝑨𝒌𝒉𝒍𝒂𝒌 𝑴𝒖𝒍𝒊𝒂
𝑺 - 𝑺𝒊𝒉𝒂𝒕
𝑰 - 𝑰𝒍𝒎𝒖
𝑯 - 𝑯𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒊

Untuk menghargai Wanita yang sentiasa mencurahkan kasih sayang, mengekalkan akhlak mulia, memastikan diri dan keluarga sihat, sentiasa mempertingkatkan ilmu dan memelihara keharmonian sekeliling. Ianya sejajar dengan konsep MADANI seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan.

Logo ini menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. Merah dan biru yang membentuk gambar hati melambangkan sifat kasih dan cinta wanita kepada diri, keluarga dan negara. Merah juga melambangkan sifat keberanian wanita dalam menghadapi apa jua rintangan manakala, kuning adalah warna aktif dan bertenaga, ia melambangkan kebijaksanaan, semangat serta harapan. Selain itu, biru juga lambang kesetiaan wanita kepada negara dan akan sentiasa bersama dalam mengharungi pelbagai rintangan demi mengukuhkan perpaduan.
𝑺𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂 𝟐𝟎𝟐𝟑 akan diadakan di 𝑫𝒆𝒘𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 𝑭𝒆𝒍𝒅𝒂, 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓 pada 𝟖 𝑴𝒂𝒄 𝟐𝟎𝟐𝟑 dan akan dirasmikan oleh 𝒀𝑨𝑩 𝑫𝒂𝒕𝒐' 𝑺𝒆𝒓𝒊 𝑨𝒏𝒘𝒂𝒓 𝑰𝒃𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎, 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂.

Ayuh Wanita, kita melakar kejayaan 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 !
#𝑯𝒂𝒓𝒊𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂𝑨𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝟐𝟎𝟐𝟑
#𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂

28 FEBRUARY 2023Hari ini berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Portal Sembanglegal.com di Royal Bedouin Plaza Damas...
28/02/2023

28 FEBRUARY 2023

Hari ini berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Portal Sembanglegal.com di Royal Bedouin Plaza Damas KL.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Yb Senator Puan Saraswathy Kandasamy, Timbalan Menteri KUSKOP.

Untuk makluman, portal ini dibangunkan oleh Sembang Legal Space Sdn bhd dan merupakan portal yang pertama di Malaysia yang memberi bimbingan kepada usahawan di dalam aspek undang2 tentang bisnes. Manakala Dato' Azlin Ahmad Shaharbi adalah Pengasas dan Head Coach . Sembanglegal.com

NOTA KAKI
Turut hadir sama adalah Timbalan Pengerusi serta Ajk - KELAB PEMINAT WANITA4U.FM MALAYSIA

Semalam kami bertiga sempat luangkan masa utk membincangkan hala tuju KELAB PEMINAT WANITA4U.FM MALAYSIA.Yang nyata kami...
18/01/2023

Semalam kami bertiga sempat luangkan masa utk membincangkan hala tuju KELAB PEMINAT WANITA4U.FM MALAYSIA.

Yang nyata kami perlu mencari jalan dan ruang untuk mengumpul dana bagi merealisasikan apa yg bakal dibuat nanti.

Bagi yg ingin turut serta, jom ramai2 isikan google form dan buat pembayaran fee masuk dan fee keahlian.

Yg pastinya setiap ahli berbayar layak mendapat kad ahli bercirikan touchNgo serta sehelai T-shirt.

Jommmm support kami untuk kami support anda semua.

Apa lagi yang lebih menarik kami sediakan? tungguuuu berita selanjutnya.

16/01/2023

Nak tumpang gelak jer 😂😂😂😂🙏🙏🙏🙏

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Kami sekarang sedang mengaktifkan NGO kami melalui KELAB PEMINAT WANITA4U.FM MALAY...
16/01/2023

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami sekarang sedang mengaktifkan NGO kami melalui KELAB PEMINAT WANITA4U.FM MALAYSIA.

Bagi sesiapa yg berminat untuk menjadi ahli, sila isikan google form berikut :- https://forms.gle/buUNT73CJPofhq7u9

Maklumat2 lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.

Harap maklum

Tahniah DSAI PM10
24/11/2022

Tahniah DSAI PM10

Address

Ivory Hotel & Resort, PT 7259 Jalan Desa Permai, Bandar Country Homes Rawang
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita4U.FM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category