DJ Musang

DJ Musang IRAS FM RADIO
Tunein Irasfm

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š ๐—›๐—จ๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—กLeng Hussin, atau nama sebenarnya Keling bin Hussin, dilahirkan di Terengganu pada tahun 1924. Beliau...
02/01/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š ๐—›๐—จ๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ก
Leng Hussin, atau nama sebenarnya Keling bin Hussin, dilahirkan di Terengganu pada tahun 1924. Beliau kemudiannya dibesarkan di Singapura dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Telok Kurau, Singapura. Sejak kecil, Leng Hussin sering bergaul dengan anak-anak bangsawan, namun kecenderungan jiwanya lebih menjurus kepada lawak jenaka dan seni persembahan komedi, yang akhirnya membentuk identiti seninya.

Bakat lawaknya mula mendapat perhatian apabila pada tahun 1946, beliau memenangi pertandingan lawak jenaka bersama ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด. Kejayaan tersebut membuka ruang kepada penglibatan aktif Leng Hussin dalam dunia bangsawan, apabila beliau menyertai beberapa kumpulan ternama seperti ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, dan ๐—ฅ๐—ผ๐˜†๐—ฎ๐—น ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ.

Titik penting dalam kerjaya perfilemannya berlaku pada tahun 1958, apabila ๐—ฃ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ฒ๐—ฒ mencadangkan Leng Hussin kepada Shaw Brothers untuk membintangi filem ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—ฎ๐—ป๐˜ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป. Selepas itu, beliau terus diberi kepercayaan membawakan pelbagai watak sokongan yang mencuri perhatian dalam filem-filem seperti ๐—ฆ๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—จ๐—ฟ๐—ฎ๐˜, ๐—”๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป, ๐—š๐—ฎ๐—ฑ๐—ผ-๐—š๐—ฎ๐—ฑ๐—ผ, dan ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต.

Dalam kebanyakan filem terbitan Shaw Brothers, Leng Hussin sering diberikan watak sebagai lelaki berbangsa Cina. Namun, dalam filem ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป, beliau tampil berbeza apabila memegang watak Hashim, seorang sahabat yang memberi nasihat kepada watak Kulub lakonan ๐—ช๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜†.

Selain berlakon, Leng Hussin turut bergiat sebagai pengurus artis bagi persembahan pentas. Beliau pernah bekerjasama dengan ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ dari Kelantan untuk mengadakan pertunjukan di ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ pada tahun 1963. Kesibukannya menjayakan persembahan pentas menyebabkan beliau semakin jarang muncul di kaca televisyen, manakala telatah dan lawaknya juga kian kurang kedengaran di corong radio dan pentas hiburan arus perdana.

Walaupun begitu, ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—›๐˜‚๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ป tidak pernah benar-benar meninggalkan dunia seni. Di samping berlakon, beliau turut mengarahkan beberapa buah pementasan, yang rata-rata menerima sambutan hangat daripada penonton di setiap lokasi persembahan.

Tarikh sebenar pemergian ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—›๐˜‚๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ป tidak dapat dipastikan. Namun, berdasarkan foto sebelah kiri, yang menunjukkan beliau dalam lingkungan usia sekitar 70 hingga 75 tahun. d
Dipercayai gambar tersebut dirakam pada pertengahan atau lewat tahun 1990-an.

Sumber:
Fonzz Fauzee , Wak Nahar &
Bangau Tube (Leng Hussin โ€“ Bukan Cina Sebenar)
MUSTIKA

Selamat siang
03/08/2022

Selamat siang

29/05/2022

SYAWAL.. Jumpa tahun hadapan. Insya-Allah

15/02/2022

Tinggal kenangan. Satu masa dulu.

Bersatu, silih berganti, hanya yg terbaik
08/12/2021

Bersatu, silih berganti, hanya yg terbaik

23/10/2021

Takziah

18/10/2021
07/10/2021

memories of the last 4 years
Mantap
โค๏ธโค๏ธโค๏ธ

24/09/2021

Betul ke

17/09/2021

Salam jumaat. Layan IrasFMRadio - Inilah Radio Anda Selamanya....Berehhh bohhh.

Address

Selayang
Rawang
50460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DJ Musang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DJ Musang:

Share

Category