21/02/2024
Assalammmualaikum dan Salam Sejahtera,
📢🎉 Perhatian kepada semua warga Rungkup dan warga pangunjung Pusat Ekonomi Digital (PEDi)! Anda dijemput untuk menyertai Program Lestari Digital Komuniti PEDi Rungkup yang akan diadakan pada:
🗓️ Tarikh: 24 Februari 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi
🏢 Tempat: Pusat Internet (PEDi) Simpang 4 Rungkup
Program ini dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital dengan kerjasama TM Unifi dan Maybank. Terdapat pelbagai acara menarik yang telah disediakan untuk semua warga, termasuk:
🛍️ Pameran & Kaunter Perkhidmatan TM Unifi Biz - Maybank ‘Go Niaga’: Anda berpeluang untuk membuka akaun syarikat ‘SME FIRST ACCOUNT-i’ dengan deposit RM 100.00 tanpa ‘introducer’, serta mengaktifkan QR Pay Perniagaan.
💻 Bengkel Aplikasi Digital AI MS Bing, ChatGPT dan Copywriting.
📢 Pameran Jabatan Penerangan; Kaunter (PADU DOSM
🎲 Permainan Rakyat (kategori terbuka, individu, dan berkumpulan), Pertandingan Berasaskan ICT, Gerai Mini Games, dan Cabutan Bertuah.
🎁 Pelbagai hadiah menarik seperti barang elektrik untuk dimenangi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Internet (PEDi) Simpang 4 Rungkup. Mari bersama-sama membangun keusahawanan dan menikmati dunia digital! Jangan lepaskan peluang ini!