Lima Divisyen Nerang Separang

Lima Divisyen Nerang Separang Divisyen Kelima Infantri Malaysia merupakan ketumbukan penggempur darat di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Sejarah Penubuhan Divisyen Kelima Infantri adalah bertitik tolak daripada penubuhan Angkatan Petugas 450 (AT 450) yang ditubuhkan secara rasmi pada 27 Mac 2014, iaitu rentetan daripada tercetusnya insiden pencerobohan elemen Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013. Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 574 telah memperakukan penukaran designasi MK AT 450 kepada Markas Di

visyen Kelima Infantri pada 2 Mei 2019 serta telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2019. Pada 3 September 2019 telah dilaksanakan Acara Menurunkan Bendera AT 450 dan pada 4 September 2019 designasi baru AT 450 telah ditukar kepada Divisyen Kelima Infantri melalui penyerahan bendera rasmi 5 Divisyen oleh YBhg Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (PTD Ke-27) kepada Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Panglima 5 Div. Moto : ‘Nerang Separang’ diambil daripada Bahasa Bajau Kota Belud yang bermaksud ‘Tangkas Menggempur’

Cogan Kata : ‘Sehingga ke Titisan Darah Terakhir’

30/07/2025
30/07/2025
29/07/2025

HEBAHAN : SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2025

Tarikh : 31 Julai 2025 (Khamis)
Masa : 6.00 pagi
Tempat : Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sabah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput orang ramai untuk menghayati semangat perjuangan wira negara sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025.

Pelbagai program menarik tersedia buat para pengunjung. Antaranya perbarisan badan beruniform, pameran Jabatan & Agensi, Persembahan Pancaragam Gabungan dari Pancaragam PDRM, Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dibawa pimpinan Insp. Willbono Zain, Pengarah Muzik Pancaragam PDRM Sabah, persembahan khas Pantomim Insiden Pencerobohan Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah dibawah kendalian Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Deklamasi Sajak turut dipersembahkan.

Marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan negara yang telah gugur demi tanah air tercinta. 🇲🇾
Ayuh datang beramai-ramai. Jumpa anda disana.




29/07/2025
PEMBUKAAN EKSESAIS TEMBADAU 5 DIVISYEN TAHUN 2025LOK KAWI, 25 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jene...
25/07/2025

PEMBUKAAN EKSESAIS TEMBADAU 5 DIVISYEN TAHUN 2025

LOK KAWI, 25 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin telah merasmikan Upacara Pembukaan Eksesais Tembadau 5 Divisyen Tahun 2025 di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, Sabah hari ini.






PEMAKAIAN SAYAP PENERJUN KEHORMAT ROYAL THAI ARMYPUTRAJAYA, 24 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jen...
24/07/2025

PEMAKAIAN SAYAP PENERJUN KEHORMAT ROYAL THAI ARMY

PUTRAJAYA, 24 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin telah dianugerahkan Sayap Penerjunan Kehormat Royal Thai Army (RTA) di The Everly Hotel, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Commanding General 4th Army Area, RTA, Lt Gen Phaisan Nusang selaku Pengerusi Bersama Thailand (TJC) sempena 116th Regional Border Commitee Meeting.






KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2 LOK KAWI, 22 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Je...
22/07/2025

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER ANGKATAN TUGAS BERSAMA 2

LOK KAWI, 22 Julai 2025 – Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin telah menerima Kunjungan Hormat Brigedier Jeneral Abd Munir bin Hj Abdul Rani, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, Sabah hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah sempena pertukaran masuk Komander ATB 2.






PERBARISAN KETUA STAF MARKAS 5 DIVISYEN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT SERTA PENYAMPAIAN SIJ...
21/07/2025

PERBARISAN KETUA STAF MARKAS 5 DIVISYEN DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN LAIN-LAIN PANGKAT SERTA PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

LOK KAWI, 21 Julai 2025 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Lain-Lain Pangkat serta penyampaian Sijil APC telah dilaksanakan oleh Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin.

Terdahulu, Perbarisan Ketua Staf MK 5 Div telah dilaksanakan dan dihadiri oleh semua Pegawai dan Lain-Lain Pangkat MK 5 Div.






19/07/2025
16/07/2025
15/07/2025

Address

Kem Lok Kawi
Sabah
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lima Divisyen Nerang Separang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share