Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti menawarkan dua program diploma iaitu;
� Diploma Pengurusan Pelancongan
� Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal

DYMM SULTAN PERAK MASYHUR POLITEKNIK MARITIM SULTAN NAZRIN SHAH, JADI PUSAT LATIHAN STRATEGIK MARITIM NEGARA20 November ...
20/11/2025

DYMM SULTAN PERAK MASYHUR POLITEKNIK MARITIM SULTAN NAZRIN SHAH, JADI PUSAT LATIHAN STRATEGIK MARITIM NEGARA

20 November 2025 | Bagan Datuk, Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli bagi menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) pagi tadi.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Pemasyhuran tersebut sekali gus mengangkat agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh pendidikan TVET maritim negara serta memperluas kapasitinya sebagai sektor strategik dalam agenda pembangunan pendidikan tinggi teknikal.

PMSN turut berperanan menyokong agenda TVET Nasional, khususnya dalam mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan kemahiran teknikal rakyat dan memastikan graduan politeknik relevan dengan keperluan industri.

Selaras dengan Dasar TVET Negara, PMSN menekankan pendekatan latihan yang berorientasikan industri, melibatkan kerjasama rapat dengan pemain sektor maritim tempatan dan antarabangsa.

Ia juga menggerakkan agenda KPT untuk memartabatkan TVET, termasuk memperkasa pensijilan profesional, menggalakkan pembelajaran berasaskan kerja, dan memfokuskan kepada bidang-bidang berkemahiran tinggi (high-skilled areas) seperti Automasi Maritim dan Industri 4.0 dalam sektor perkapalan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan peratusan pekerja berkemahiran tinggi negara.

PMSN merupakan cetusan ilham Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai langkah mewujudkan politeknik khusus bertujahkan sektor maritim di kawasan Bagan Datuk.

Politeknik berkenaan memulakan pengambilan pertamanya pada tahun 2017 menerusi program Diploma Seni Bina Kapal, dan pembangunan kampus siap sepenuhnya pada tahun 2023 dengan keluasan 12.14 hektar bagi memenuhi keperluan latihan teknikal berasaskan industri.

Selain itu, kampus PMSN mampu menampung kira-kira 1,500 orang pelajar sekali gus meningkatkan keupayaan penyediaan bakat maritim di bawah seliaan KPT.

Penjenamaan PMSN dengan nama DYMM Tuanku melambangkan penghargaan terhadap kepimpinan Baginda dalam memartabatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Dalam konteks pengajian, PMSN menyokong dasar KPT melahirkan tenaga mahir dalam kejuruteraan marin, reka bentuk kapal, automasi perkapalan, dan teknologi laut.

Susulan itu, PMSN digerakkan sebagai pusat latihan dan penyelidikan maritim yang memperkukuh kerjasama antara KPT, industri perkapalan, dan ekosistem ekonomi biru negara.

Hadir sama YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi; YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Datuk Dr. Anesee Ibrahim; dan Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah.

Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Politeknik.kolejkomuniti



DTF20253 DHF2B mengadakan Halal Awareness Exhibition sebagai Final Assessment bertempat di perkarangan kafe admin.
10/11/2025

DTF20253 DHF2B mengadakan Halal Awareness Exhibition sebagai Final Assessment bertempat di perkarangan kafe admin.

10/11/2025

Sorotan aktiviti sebelum semasa dan selepas

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Malaysia Madani,Salam The GREAT PSIS,Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi.📢 TA...
10/11/2025

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam The GREAT PSIS,
Salam Pemimpin Integriti Pemacu Aspirasi.

📢 TAHNIAH – PENYERTAAN YSS-ASEAN STUDENTS VOLUNTEER MISSION TO SARAWAK, MALAYSIA 2025 📢

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada
Mohamad Nasrullah Faiz bin Abdullah
daripada Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
atas kejayaan beliau terpilih menyertai YSS–ASEAN Students Volunteer Mission to Sarawak, Malaysia 2025
yang akan berlangsung pada 7 hingga 23 November 2025
bertempat di Santubong, Kuching – Kampung Beradek, Sarawak.

Penyertaan ini mencerminkan semangat kesukarelawanan, kepimpinan, dan jati diri pelajar PSIS dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI dan memperkukuh hubungan serantau di peringkat ASEAN.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PSIS untuk terus melibatkan diri dalam program yang membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

“Pemimpin Integriti, Pemacu Aspirasi.”


Kerana kita tidak pernah tahu;Apakah masa depan yg telah Tuhan janjikan kepada kita
10/11/2025

Kerana kita tidak pernah tahu;
Apakah masa depan yg telah Tuhan janjikan kepada kita

2nd Hotrix 2025
05/11/2025

2nd Hotrix 2025

05/11/2025
Telah berlangsung 2nd HOTRIX’2025Majlis yg telah mengumpulkan 38 kumpulan yg mempertandingan hasil Projek semester akhir...
05/11/2025

Telah berlangsung 2nd HOTRIX’2025

Majlis yg telah mengumpulkan 38 kumpulan yg mempertandingan hasil Projek semester akhir mereka.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dari awal semester hingga ke kemuncak pertandingan hari ini.

Tahniah semua🌹

🎯 PROGRAM JATI DIRI & PENGUKUHAN ORGANISASI 2025📅 Sabtu, 25 Oktober 2025📍 Sungai Klah Hotspring Park, SungkaiJabatan Pel...
26/10/2025

🎯 PROGRAM JATI DIRI & PENGUKUHAN ORGANISASI 2025
📅 Sabtu, 25 Oktober 2025
📍 Sungai Klah Hotspring Park, Sungkai

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah telah berjaya menganjurkan Program Jati Diri & Pengukuhan Organisasi 2025 dengan tema “Together We Stronger”.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, memperkukuh jati diri serta mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan dan kepimpinan telah dijalankan bagi mencapai objektif organisasi yang cemerlang.

Program ini turut mendapat sokongan daripada pihak pengurusan PSIS serta memberi impak positif terhadap pembentukan budaya kerja yang harmoni dan produktif.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bersama kita terus kukuhkan semangat 💪✨


Hebahan
08/10/2025

Hebahan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI  PROGRAM SIJIL KHAS KEMAHIRAN (OKU) KINI DIBUKA!🎓 Permohonan ...
05/10/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI PROGRAM SIJIL KHAS KEMAHIRAN (OKU) KINI DIBUKA!

🎓 Permohonan Kemasukan Disember 2025

Jom MOHON dan SERTAI Program Sijil Khas Kemahiran (OKU)
📅 Tarikh permohonan dibuka: 25 September 2025

✨ Program yang ditawarkan:
✅ 5 Program di Politeknik – Kategori Masalah Pendengaran
✅ 8 Program di Kolej Komuniti – Kategori Masalah Pembelajaran
💰 Bantuan Kewangan turut disediakan
*Tertakluk kepada terma & syarat

📌 Jangan lepaskan peluang ini untuk bina masa depan lebih cerah bersama komuniti TVET Malaysia!

👉 Mohon sekarang di: https://ambilan.mypolycc.edu.my

Address

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Sabak
45100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - PSIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share