DEQNA

DEQNA رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

06/03/2026

🫰

MANDI WUDHU💢Amalan lIkhtiar Putuskan Sihir, Ain & Gangguan JinNIAT:"Sahaja aku mandi untuk memutuskan segala sihirdan ga...
28/02/2026

MANDI WUDHU

💢Amalan lIkhtiar Putuskan Sihir, Ain & Gangguan Jin

NIAT:
"Sahaja aku mandi untuk memutuskan segala sihir
dan gangguan jin kerana Allah Ta'ala."
(niat dalam hati sambil mulakan mandi)
LANGKAH-LANGKAH:

1. Mandi Seperti Mandi Wajib:
• Siram seluruh badan, pastikan air kena semua
tempat
• Bersihkan tempat sensitif, belakang telinga,
celah jari, dan kawasan ari-ari (tempat sihir mudah
melekat)
Tambahan : Boleh ja nak letak daun bidara ke Garam
bukit ke kalau takda mandi biasa shj.

2. Ambil Air Wuduk Seperti Biasa:
• Basuh muka, tangan, sapu kepala, telinga, kaki
• Tapi jangan biar air jatuh ke lantai, tadah setiap
basuhan ke dalam baldi atau bekas

3. Selepas selesai wuduk, ambil air dari baldi tadi
dan bilas seluruh badan sekali lagi.
• Niatkan dalam hati:
"Ya Allah, sucikanlah aku, putuskanlah segala sihir
yang mengikat diriku dari luar dan dalam."

KHAS UNTUK SUAMI ISTERI YANG KENA SIHIR
PEMISAH:
• Mandi bersama (jika sesuai dan boleh)
• Ambil wuduk dalam baldi yang sama
• Selepas wuduk, bilas tubuh masing-masing
dengan air wuduk yang dikumpul tadi
• Baca doa dalam hati:
"Ya Allah, satukan kembali hati kami yang telah
dipisahkan sihir, putuskan segala ikatan batin yang
dibuat oleh musuh-Mu."

BILA SESUAI BUAT:
• Waktu awal pagi (Subuh) atau selepas Maghrib
• Bila rasa emosi dingin tanpa sebab, malas solat,
ragu-ragu dengan pasangan, rasa nak lari dari
rumah, mimpi buruk

KESAN SELEPAS MANDI:
• Badan lebih ringan
• Hati lebih tenang
• Hubungan suami isteri makin lembut dan mesra
• Gangguan mimpi dan rasa 'berat' hilang
perlahan-lahan inshaAllah.

18/02/2026

💔

14/02/2026

lelaki yg hanya tau pakai hukum...sikit2 isteri derhaka..isteri kena laknat...😌
btw thanks untuk penerangan yang padat buat lelaki2...

08/02/2026

🩶

"Kadang aku tidak minta banyak, ya Allah...hanya mahu ada telinga yang mendengar ceritayang tidak mampu aku susun,tanpa ...
06/02/2026

"Kadang aku tidak minta banyak, ya Allah...
hanya mahu ada telinga yang mendengar cerita
yang tidak mampu aku susun,
tanpa menjatuh hukum, tanpa menunding salah.
Depresi ini bukan sekadar lemah,
tapi beban yang aku pikul sendirian di dalam malam
yang terlalu panjang.
Ada hari aku senyum,
tapi dalam dadaku ribut yang tak berhenti.
Ada hari aku kuat,
tapi lututku menggigil setiap kali aku cuba berdiri
semula.
Aku hanya mahu didengari, ya Allah...
Tanpa dipandang salah, tanpa dihina,
tanpa ada yang berkata 'sabar sajalah'
seolah-olah hatiku tidak pernah cuba sabar setiap
hari.
Aku mahu seseorang yang mendengar dengan
rahmah,
seperti Engkau mendengar setiap bisikanku
walaupun aku sudah berkali-kali jatuh di tempat
yang sama.
Aku mahu seseorang yang memandangku dengan
lembut,
seperti Engkau memandang hamba-hamba-Mu yang
lemah,
yang datang dengan hati yang patah.
Kadang aku menangis bukan kerana lemah,
tapi kerana terlalu lama bertahan.
Kadang aku diam bukan kerana tiada cerita,
tapi kerana bimbang setiap cerita akan dihukum.
Ya Allah...
jadikan hatiku tempat Engkau turun menenangkan,
dan jadikan orang sekelilingku mengasihani,
bukan menghakimi.
Aku hanya mahu didengari, ya Rabb.
kerana dalam sujud dan sepi,
Hanya Engkau yang benar-benar tahu
betapa beratnya dunia yang aku pikul."

••𝒲𝒶𝓃 𝒟𝑒𝓆𝓃𝒶

“Perempuan yang Disalahkan”Dia bukan perempuan yang s**a bercerita.Apa yang berlaku dalam rumah tangganya, dia simpan ke...
03/01/2026

“Perempuan yang Disalahkan”

Dia bukan perempuan yang s**a bercerita.
Apa yang berlaku dalam rumah tangganya,
dia simpan kemas di dada.
Waktu suaminya mula berubah,
telefon dijaga seperti nyawa,
senyum makin mahal,
marah datang tanpa sebab —
dia masih memilih untuk diam.
Dia tahu.
Tentang mesej yang dipadam.
Tentang panggilan yang ditutup tergesa-gesa.
Tentang “urusan kerja” yang terlalu kerap di luar waktu.
Dia tahu…
tapi dia juga tahu harga sebuah rumah tangga.
Dia cuba baiki.
Dia rendahkan ego.
Dia jadi lebih sabar, lebih mengalah, lebih memujuk.
Namun akhirnya, suaminya pergi juga.
Bukan kerana dia curang.
Tapi kerana “tak lagi serasi”, kata lelaki itu.
Selepas perceraian,
perempuan itu menyangka penderitaannya akan tamat.
Rupanya tidak.
Yang mengaibkan bukan bekas suami,
tetapi ipar-ipar yang dahulu memanggilnya keluarga.
Cerita mula diputar.
Dia dituduh isteri derhaka.
Isteri yang mulut tajam.
Isteri yang tak pandai jaga suami.
Tak ada siapa cerita
dia yang setia ketika suaminya jatuh.
Tak ada siapa sebut
dia yang bertahan ketika suaminya memilih perempuan lain.
Yang tersebar hanya satu versi —
versi yang menjadikan dia kelihatan buruk.
Di mata orang,
dia bukan mangsa.
Dia punca.
Dia diam.
Bukan kerana dia kalah.
Tapi kerana dia tahu,
kebenaran tak perlu menjerit.
Hari berlalu.
Perempuan itu bangkit perlahan-lahan.
Tanpa drama.
Tanpa membuka aib sesiapa.
Dan anehnya…
orang mula melihat sendiri.
Bekas suaminya berulang-ulang gagal.
Yang menuduhnya mula bertelagah sesama sendiri.
Yang dulu yakin dengan fitnah,
mula senyap satu persatu.
Waktu itu,
perempuan itu masih berdiri tenang.
Bukan untuk membalas,
tetapi untuk membuktikan satu perkara:
Perempuan yang pernah dikhianati,
bila dia memilih diam,
itu bukan kelemahan.
Itu kelas...

26/12/2025

jujurlah pada hati

Dia seorang wanita yang tidak lagi mengejar apa-apa.Bukan kerana dia sudah cukup, tetapi kerana dia belajar untuk bernaf...
23/12/2025

Dia seorang wanita yang tidak lagi mengejar apa-apa.
Bukan kerana dia sudah cukup, tetapi kerana dia belajar untuk bernafas di tengah kekurangan.
Hidupnya tidak bising. Hari-harinya berjalan sederhana. Ada pagi yang dia lalui dengan secawan kopi, ada malam yang dia habiskan dengan diam. Dalam diam itu, dia belajar mendengar dirinya sendiri — sesuatu yang lama dia abaikan kerana terlalu sibuk bertahan.
Dia pernah mahu jadi banyak perkara.
Wanita berjaya. Wanita sempurna. Wanita yang orang kagumi.
Tapi hidup mengajarnya satu perkara yang lebih penting: menjadi wanita yang tenang.
Tenang bukan bermaksud tiada masalah.
Tenang ialah bila dia berhenti menyalahkan diri sendiri atas perkara yang di luar kawalannya. Bila dia mula menerima bahawa ada hari dia kuat, dan ada hari dia hanya cukup-cukup hidup.
Dia tidak lagi berlumba dengan masa.
Tidak lagi membandingkan hidupnya dengan orang lain.
Dia sedar, setiap orang ada perjalanan yang tidak sama, dan itu tidak menjadikan hidupnya kurang bernilai.
Wanita ini tidak sempurna.
Dia masih risau tentang esok, masih memikirkan kewangan, masih ada soalan yang belum berjawab. Tetapi kini dia belajar untuk tidak membiarkan semua itu merampas ketenangannya hari ini.
Dan jika ada yang bertanya apa kekuatan terbesarnya,
dia akan tersenyum dan berkata —
aku belajar untuk berdamai dengan diri sendiri.

🖤
13/07/2024

🖤

15/03/2024

Address

Kota Bharu
Salor
15100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DEQNA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share