E-Pro Publication

E-Pro Publication The Beginning For New Writers,
A New World For Readers.

Assalamualaikum w.b.t, Setelah sekian lama tidak kembali, hari ini saya, Dene kembali lagi membuat pengisian dengan kont...
26/10/2020

Assalamualaikum w.b.t,
Setelah sekian lama tidak kembali, hari ini saya, Dene kembali lagi membuat pengisian dengan konten artikel fakta. Tajuk hari ini adalah Jenis-Jenis Roti, merupakan episod kedua dari siri Facefood yang pernah saya siarkan sebelum ini.
Hari ini, saya membawakan 8 jenis roti yang berasal dari pelbagai zaman, tempat dan tamadun di seluruh dunia.
Selamat membaca!

- Dene, Isnin, 27 Oktober 2020


05/10/2020

Membina Sebuah Cerita
(ep. 4)

Assalamualaikum wbt. Dan selamat sejahtera.
Salam 18 Safar dan Happy 05 Oktober.

Ini adalah episod terakhir bagi siri ‘Membina Sebuah Cerita’ dan di episod ini, saya telah sediakan sebuah video rangkuman atau video rumusan bagi 3 tunjang utama yang perlu disediakan untuk membina sebuah cerita.

Selain itu, saya sertakan satu templat untuk anda mencuba bakat dan kreativiti anda membina sebuah cerita berdasarkan rumus yang telah kita bincangkan dalam siri ini:

Genre:
_________________________________________________
Idea:
_________________________________________________
Tema: _______________________________________________________
Motif Cerita: ___________________________________________________
Fakta yang Diperlukan: _________________________________________________
Watak dan Perwatakan (p/s: Antagonis utama tidak semestinya watak hidup, ia cukup sekadar mengadakan elemen krisis atau perumitan cerita):
_________________________________________________
Penceritaan (Santai, Puitis, Humor, Sudut Pandangan,dsb) : ________________________________________________
Plot (Kronologi, Imbas Kembali, dsb) :
________________________________________________
Plot Twist: ____________________________________________________
Gaya Bahasa: _________________________________________________

Semakan Tatabahasa: _______(Sila tanda /)

Bismillahirrahmanirrahim, buku dan pena, monitor dan kekunci, kita bermula. Selamat Menulis!

- Dene, Isnin, 05 Oktober 2020




Kredit: Powtoon Free Plan
Muzik: Spring by Ikson, Fresh Start by Joakim Karud

Copyrights: E-Pro Publication

MEMBINA SEBUAH CERITA(ep.3)“No matter how hard you work, at the end of the day what they will see is the result. They’re...
21/09/2020

MEMBINA SEBUAH CERITA
(ep.3)

“No matter how hard you work, at the end of the day what they will see is the result. They’re people.”

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Salam 04 Safar dan Happy 21 September.

Alhamdulillah, minggu ini masih saya diberi kesempatan menulis lagi dan menyambung perjalanan kita dalam ‘membina sebuah cerita.’
Seperti yang saya janjikan di episod yang lepas, maka hari ini saya akan menyambung perbahasan dari minggu lalu iaitu memberikan contoh yang lebih praktikal yang diharap boleh membantu para pembaca lebih memahami. In sha Allah.

Masih terikat dengan 3 tunjang utama pembinaan cerita,

KANDUNGAN/IDEA
Seperti yang telah kita bincangkan, idea boleh datang dari pelbagai sumber, antaranya yang disebut inspirasi, inspirasi bukanlah satu bentuk plagiarisma atau peniruan, jadi di sini saya akan berikan satu contoh inspirasi:

Katakanlah, saya seorang peminat siri kartun terkenal, Doraemon. Seperti yang kita tahu, Doraemon merupakan robot dari masa hadapan yang datang ke masa kini dengan menggunakan mesin masa. Saya tertarik kepada mesin masa tersebut lalu menjadikannya inspirasi untuk cerita saya. Saya pun membuat cerita mengisahkan seorang lelaki berusia 30-an tiba-tiba mendapat satu emel yang mengundangnya kembali ke masa silamnya iaitu ketika berusia 10 tahun untuk memperbaiki segala kesalahannya yang menyebabkan hidupnya tidak bahagia seperti sekarang. Nama lelaki itu bukanlah Nobita dan dia tidak sentiasa mendapat markah 0 dalam peperiksaannya. Lelaki itu juga bukanlah robot kucing berwarna biru tanpa telinga. Cerita yang saya bina langsung tidak menyebut nama Doraemon ataupun mesin masa. Cerita saya cuma menyebut tentang undangan kembali ke masa silam melalui sebuah emel. Tapi apa yang anda perhatikan tadi, saya mendapat inspirasi untuk membina cerita ini berdasarkan idea mesin masa dari siri Doraemon. Malah jika saya persembahkan cerita saya ini kepada pereka cerita Doraemon, Encik Fujiko Fujio pun, beliau tidak tahu inspirasi telah saya ambil daripada cerita Doraemon beliau. Itupun kalau beliau fahamlah cerita saya yang ditulis dalam Bahasa Melayu ini. Ini membuktikan bahawa inspirasi bukanlah satu bentuk plagiarisma atau peniruan hak cipta.

Kerana inspirasi yang kita ambil itu terlalu kecil dan umum, boleh jadi cerita kita akan mempunyai sedikit kesamaan dengan cerita lain p**a yang turut sama menggunakan tema perjalanan masa atau time travel. Di dunia ini terlalu banyak cerita yang dihasilkan menggunakan tema ini dan kita sendiri tidak tahu siapa yang mula-mula membawa idea ini dan siapa p**a yang mengambil inspirasi darinya.

PENYAMPAIAN
Seterusnya, kita beralih kepada bahagian kedua iaitu penyampaian.
Saya ingat minggu lepas saya ada bermain-main dengan huruf, dimulakan dari A, diikuti dengan B,C dan D dan diakhiri dengan Z. Atau boleh juga bermain-main dengan susunan abjad seperti memulakan cerita dengan Z, kemudian menelusuri cerita mencari A, B dan C yang hilang, mengungkap semuanya pada Y dan jika mahu bawakan kembali Z sebagai epilog.

Apa yang saya maksudkan sebenarnya?

Yang saya maksudkan adalah cara kita menyampaikan cerita, tidak kisahlah berbentuk sebuah kronologi- A hingga Z, atau mengolah dan bermain-main dengan jalan cerita, seperti memulakan dengan pengakhiran (Z), memperkembangkan cerita dengan menelusuri perkara yang ingin dirungkai (A, B dan C), membawakan klimaks/puncak cerita (Y) dan membuat peleraian dengan memberi klarifikasi kembali dengan memunculkan kembali Z. Plot cerita tidak akan berubah, tetap sahaja berturutan dengan permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian.

Mungkin anda mahukan contoh yang lebih praktikal, baiklah saya akan kotakan janji saya.

Contoh 1:

Formula: A, B, C…. Z

Nama aku Dani. Suatu petang, ketika aku sedang enak bersantai-santai di luar rumah, aku disuruh pakcikku pergi ke kedai farmasi untuk membelikannya satu ubat cacing bernama Combantrin. Aku pun segera berjalan untuk tujuan itu, disebabkan nama ubat itu baru pertama kali ku dengar, aku pun menyebutkannya berkali-kali agar aku tidak lupa. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan rakanku, Chika, yang sedang khusyuk bermain permainan di telefon pintarnya. Aku bertanya permainan apa yang sedang dia mainkan dan dia memberitahuku permainan yang sedang dimainkannya bertajuk Mortal Combat. Aku sekali lagi teruja mendengar nama permainan itu lalu meneruskan perjalanan sambil menyebut-nyebut Mortal Combat. Aku pun sampai ke kedai farmasi, aku terus memberitahu kepada penjual apa yang ingin aku beli.

“Pakcik, boleh berikan satu Mortal Combat?”

Penjual itu tercengang.

“Adik, ini kedai ubat bukannya kedai permainan!”

Ah, sudah! Apa nama ubat yang disebut pakcik tadi? Balik ke rumah nanti pasti aku akan dimarahi.

Contoh 2:
Formula: Z, A, B….Y, Z

Petang tadi aku telah dimarahi oleh pakcik. Biar aku ceritakan apa yang terjadi. Pada ketika itu, aku sedang enak bersantai di luar rumah, tiba-tiba pakcik memanggilku.

“Dani, bolehkah kamu pergi ke kedai farmasi dan belikan pakcik Combantrin?”

“Boleh, tapi apa itu Combantrin?” Balasku, kerana ini pertama kali aku mendengar nama itu.

“Ubat cacing. Dah, pergi lekas, jangan tersilap!”

“Saya tahulah!”

Aku pun berjalan ke kedai farmasi sambil mengulang-ulang nama itu:

“Combantrin.. Combantrin.. Combantrin..”

Sebelum aku terserempak dengan kawanku, Chika. Chika sangat khusyuk bermain permainan di telefon pintarnya.

“Yo, Chika! Awak sedang main apa tu?” Tegurku.

“Mortal Combat.” Jawab Chika

“Boleh saya tengok?” Pintaku.

Permainan Mortal Combat itu kelihatan menarik membuatkan aku tertarik ingin memuat turunnya nanti. Aku pun meneruskan perjalanan ke tujuan asalku, kedai farmasi untuk membeli Mortal Combat. Sambil berjalan aku menyebut-nyebut nama itu:

“Mortal Combat.. Mortal Combat..”

Aku sampai ke kedai farmasi dan penjual kedai itu menyapaku dengan ramah.

“Pakcik boleh berikan satu Mortal Combat?” Pintaku. Pakcik itu tercengang.

“Adik, ini kedai ubat bukannya kedai game!”

“Combat.. Mortal..” Aku terdiam.

Begitulah bagaimana aku dimarahi oleh pakcikku.

Sumber contoh: Emanuella Comedy Video.

Bagaimana sekarang? Harapnya anda semua sudah faham.

Selain mengolah susunan peristiwa, antara penyampaian yang pelbagai juga adalah dari segi pemilihan ayat dan gaya penceritaan yang dipilih, di sini saya akan memberikan 2 contoh cerita yang sama dari segi jalan cerita, sama dari segi susunan cerita, apa yang berbeza cuma penyampaian ayat.

Contoh 1:
“Pada suatu malam yang hening, aku berjalan seorang diri p**ang ke rumah. Bulu tengkukku memang sudah meremang sejak dari tadi tapi tidakku endahkan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi aneh seperti bunyi orang menyeret sesuatu. Aku menoleh ke belakang tapi tidak ada apa-apa. Ketika aku menoleh kembali ke hadapan, seekor pocong dengan muka yang sangat buruk berada di depan mataku. Pocong itu menyeringai. Aku menjerit kuat sebelum pengsan di situ juga.”

Versus:

“Angin malam bukannya penyebab bulu tengkukku asyik meremang sejak tadi. Aku tidak mahu jadi penakut jadi aku teruskan saja langkah tanpa mengendahkan apa-apa. Tapi bunyi sesuatu diseret di belakangku buatkan aku terpaksa mengendahkannya. Aku menoleh ke belakang tapi tiada apa-apa. Aku mulai hairan sebab yakin bunyi itu datang dari arah belakang. Tapi aku tak tahu rupanya kalau bunyi tu dari depan, benda tu sebenarnya berada di belakang, kalau bunyi tu dari belakang, benda tu sebenarnya di depan. Kalau aku tahu, aku takkan toleh depan balik malam tu sebab makhluk berbungkus kain lusuh, dengan muka buruk berulat-ulat tu ada depan aku sambil menyeringai tunjukkan gigi kuningnya. Itu yang aku masih ingat sampai sekarang sebelum aku menjerit dan pengsan di situ juga.”

Dua penulisan dengan jalan cerita dan objek seram yang sama, berbeza penyampaian. Anda tentukan yang mana lebih menarik.

TATABAHASA
Last but not least, (Amboi, berbahasa English p**a tiba-tiba. Hehehe)

Yang terakhir tapi tidak kurang pentingnya, adalah tatabahasa. Seperti yang saya sudah sebutkan, tatabahasa dalam penulisan cerita ini umpama jika kita hendak melukis corak di baju atau kain, yang kita gunakan adalah cat fabrik, bukannya cat lukisan. Jika kita hendak menjahit seluar kita yang terkoyak, yang kita gunakan adalah benar kain, bukannya bebenang di Twitter. Eh, silap.. bukannya wayar.

Apa yang dimaksudkan dengan perumpamaan ini adalah, sesuatu proses itu tetap berjalan, lukisan tetap siap, seluar yang koyak siap dijahit. Begitulah juga dengan tatabahasa dalam cerita, kita menulis cerita dalam bahasa Melayu tapi tatabahasa Melayu yang tidak tepat, cerita tetap siap tapi ia tidak akan berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.

Samalah juga dengan corak pada kain, melukis menggunakan cat air akan menyebabkan warnanya tidak begitu cantik, dan akan terhapus apabila kain itu dicuci. Begitu juga dengan seluar yang dijahit dengan wayar, jahitan tidak akan rapat oleh kerana saiz wayar yang agak besar, ia juga tidak akan menyatu dengan baik dengan fabrik seluar kita. Oleh itu, elakkan menjahit seluar menggunakan wayar ye, tuan tuan dan puan puan.

Err.. hemm.. Okay teruskan.

Kesalahan tatabahasa dalam suatu ayat akan menyebabkan ayat yang disampaikan tersalah tafsir oleh pembaca dan boleh membawa maksud yang berbeza. Mari ikuti contoh berikut:

Abang saya telah di hantar bertugas kependalaman negeri Sabah.

Mari kita mengenakan kacamata Detektif Conan untuk menganalisis tafsiran ayat di atas. Tapi jika anda tidak punyai cermin mata Detektif Conan, cermin mata biasa pun boleh digunakan.

Abang saya: Abang kepada watak yang sedang bercakap
Telah: Menunjukkan sesuatu sudah berlaku/terjadi
Di hantar: Kata sendi ‘di’ yang diikuti dengan perkataan yang ditulis jarak (dihantar kan ke 28882 sekarang! Okay maafkan saya.

Di hantar = ‘Di’ di sini adalah kata sendi arah menunjukkan keberadaan sesuatu benda atau perkara atau orang, diikuti dengan perkataan ‘hantar’, maka hantar di sini adalah nama tempat.

Kependalaman: Kata terbitan, apitan ke…an, perkataan asal atau kata dasar bagi perkataan ini adalah ‘dalam’, ditambah imbuhan ‘pen-’ menjadi ‘pen-dalam’.
‘pen-dalam’ ditambah apitan ke…an menjadi ‘ke-pen-dalam-an’. Tapi apakah maksudnya?
‘Dalam’ adalah kata dasar, boleh juga sebagai kata nama adjektif (sifat), atau kata arah (maaf saya kurang pasti tentang ini, tapi ‘dalam’ biasa digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu itu, contoh: di dalam beg, dalam kalangan masyarakat, dsb)

‘Pendalam’ adalah kata nama, iaitu watak, orang atau objek yang melakukan perbuatan dalam, orang yang mendalami/mendalamkan sesuatu. Contoh: saya menggunakan objek pendalam untuk mendalamkan galian pada tanah itu.

Sementara itu, ‘Pendalaman’ p**a adalah kata kerja, perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. Apabila ditambah imbuhan ke-, ia menjadi kata terbitan.

‘Kependalaman’ memerihalkan keadaan pendalaman yang dilakukan, contoh: pekerja itu melaksanakan kependalaman sungai yang serius.

Negeri Sabah: Sebuah negeri di negara Malaysia.

Daripada analisis tadi, apa yang dapat kita fahami dari ayat ini adalah:

Abang saya telah berada di suatu tempat bernama Hantar, dan memperihalkan aktiviti pendalaman negeri Sabah.

Hmmmm… bukankah ayat ini tergantung? apa kaitan abang yang berada di Hantar dengan kependalaman negeri Sabah? Dan yang lebih penting, saya dan anda semua tahu ini bukanlah maksud asal yang cuba disampaikan.

Ayat asal: Abang saya telah di hantar kependalaman negeri Sabah
Ayat yang tepat: Abang saya telah dihantar ke pedalaman negeri Sabah.

Kata sendi ‘di’ yang diikuti rapat oleh kata kerja akan membawa maksud kata kerja dalam ayat pasif. Contoh: saya diberikan hadiah sempena hari jadi oleh kawan saya, abang saya telah di hantar ke pendalam negeri Sabah.

Kata sendi ‘ke’ p**a perlu dijarakkan dari kata nama tempat selepasnya, jika dirapatkan, ia akan bertukar menjadi apitan atau imbuhan ke-, contoh: ke angkasa, kediaman, dsb.

'Pendalaman' p**a salah digunakan di sini dan yang tepat adalah 'pedalaman',

Seperti yang anda dapat nilai, saya juga bukanlah 100% arif tentang tatabahasa Melayu, saya juga banyak melakukan kesalahan tatabahasa dan masih belajar. Malah keputusan SPM saya dalam subjek bahasa Melayu pun bukanlah A. Tapi, usahlah kita memandang kembali perkara yang sudah bertahun-tahun berlalu itu kerana kita semua tahu setiap saat, seseorang itu berkembang. Jika anda juga seorang yang lemah dalam tatabahasa Melayu, tidak ada yang mustahil untuk anda meningkat dan berkembang.

Setakat ini perkongsian saya untuk minggu ini. Minggu depan kita kita bertemu lagi dalam episod akhir siri ini. In sha Allah di hari dan waktu yang sama. Terima kasih sentiasa untuk yang sudi membaca. Apa yang saya harapkan hanyalah supaya kita dapat mengambil manfaat dan menimba ilmu bersama-sama.

Bye!

- Dene, Isnin, 21 September 2020


MEMBINA SEBUAH CERITA(ep.2)“A professional writer is an amateur who didn’t quit.” - Richard BachAssalamualaikum w.b.t da...
14/09/2020

MEMBINA SEBUAH CERITA
(ep.2)

“A professional writer is an amateur who didn’t quit.” - Richard Bach

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Salam 26 Muharram dan Happy 14 September.

Bertemu lagi dalam episod kedua perkongsian saya, ‘Membina Sebuah Cerita’.
Saya ucapkan terima kasih kerana menunggu.

Sedutan dari episod lepas, saya telah sebutkan 3 tunjang utama pembinaan sebuah cerita iaitu;

1.Kandungan/Idea
2.Penyampaian
3.Tatabahasa

Oleh itu, tanpa membuang masa marilah kita ulas satu persatu dari 3 perkara di atas dan teruskan mengali hingga kita faham secara ilmiah dan mampu membina sebuah cerita secara amali. In Sha Allah.

KANDUNGAN/IDEA
Bagaimana kita hendak memasak sesuatu jika kita tidak tahu resepi, bagaimana kita hendak menanam sebuah pokok tanpa biji benih atau anak pokoknya, bagaimana kita hendak membina sebuah almari tanpa modelnya.

Begitulah juga dengan cerita, bagaimana kita hendak membina sebuah cerita tanpa idea. Cerita adalah sebuah penulisan yang lebih dari sekadar tulisan dan tulisan rawak, dan tamat. Ia malah lebih dari yang lebih dari itu. Anda faham? Bagus. Terima kasih.

Sahabat sejati bagi sebuah cerita ialah plot, saya yakin setiap orang yang pernah mengambil subjek Bahasa Melayu di negara ini pernah mendengar dan menulis perkataan ini, dalam plot, kita akan disajikan dengan permulaan cerita, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian. Secara jujurnya, ketika sekolah dahulu, jika saya malas membaca keseluruhan cerita atau cerpen, saya akan merujuk plot. Bukankah saya pernah katakan kepada anda sebelum ini bahawa saya seorang yang malas membaca? Belum? Oh, maafkan saya. Rahsia telah terbongkar.

Idea boleh muncul secara tiba-tiba, ataupun dicari. Ya, idea boleh dicari, dan itulah yang dikatakan selalu sebagai mencari inspirasi. Inspirasi bukanlah sejenis aktiviti plagiarisma. Melainkan kita hanya mengambil idea yang timbul asal dari inspirasi kita itu. Inspirasi berbeza dengan adaptasi. Kerana adaptasi adalah sebuah karya atau apa sahaja yang kita tukarkan atau interpretasikan kepada sebuah bentuk karya penulisan kita sendiri, manakala inspirasi p**a adalah idea kita sendiri tetapi kita mendapat idea itu atas sesuatu ‘sebab’. ‘Sebab’ di sini, sifatnya tanpa limit.

Saya akan berikan contoh, tapi jika sahaja anda berjanji untuk membaca kesinambungan siri saya ini di episod yang akan datang. In Sha Allah.

Selepas kita mendapat idea, sudah tentu kita ingin gunakan idea itu sebagai kandungan kepada cerita kita. Kandungan p**a perlulah lengkap merangkumi papan cerita dari permulaan hingga penamatnya. Apakah yang terjadi seterusnya dalam cerita itu? Bagaimana ia berakhir?

Maka dari situ, kita mula membina sebuah draf. Draf tidak mempunyai sebuah format yang khusus. Sesetengah penulis memerlukan draf yang ringkas manakala sebahagian p**a perlukan yang lebih terperinci. Sesetengahnya p**a tidak perlukan langsung! Saya bergurau, mereka perlu, tapi di dalam kepala. Draf itu cukuplah sekadar mengandungi idea cerita kita, iaitu tentang apa dan cerita kita itu sebenarnya mengisahkan tentang apa? Bagaimana kita hendak memulakan dan mengakhiri cerita kita? Apa motif dan mesej yang ingin kita sampaikan melalui cerita kita tersebut. Motif ini pasti ada. Hatta kita sekadar menceritakan pengalaman kita tersepak kaki meja pun ada motifnya. Iaitu ingin memberitahu pembaca pengalaman kita tersebut. Tidak kisahlah mengarut bagaimana pun motif kita, mengarut motif, mengarut jugalah cerita. Begitu jugalah sebaliknya.

PENYAMPAIAN
Sebelum memulakan perbahasan tentang ini, secara jujurnya saya beritahu, antara 3 tunjang pembinaan cerita, penyampaian adalah bahagian yang paling mencabar sekali. Mungkin bukan cuma saya seorang sahaja, tetapi juga ramai lagi penulis di luar sana. Atau mungkin anda sendiri. Oleh itu, marilah kita bersama mendalami apa itu penyampaian dalam cerita ini dan kenapa ia menjadi bahagian yang paling mencabar sekali bagi kita. Atau mungkin menjadi bahagian paling mudah bagi sesetengah penulis? Siapa tahu.

Menurut apa yang saya telah tulis di ruang ini (PENYAMPAIAN) minggu lepas, saya telah sebutkan bahawa penyampaian cerita adalah sokongan untuk menentukan kualiti cerita.

Katakanlah, kita sudah ada idea, draf dan plot cerita. Kita sudah tahu cerita kita akan bermula dengan A dan berakhir dengan Z, cabaran seterusnya yang harus kita fikirkan adalah dengan membuat penyampaian cerita. Kita boleh membuat penyampaian samada memulakan dengan A, diikuti dengan B, C dan berakhir pada Z, ataupun kita boleh bermain-main dengan abjad seperti mulakan cerita dengan Z, bersama-sama mencari A, B dan C yang hilang, meneruskan cerita dengan D, diikuti dengan E,F dan berakhir dengan Y. Atau jika anda s**a, tambahlah Z kembali di bahagian epilog.

Tidak faham? Anda mahukan contoh? Maaf, tapi saya rasa anda perlu tunggu episod seterusnya.

Sesetengah genre bergantung kepada penyampaian. Memang kita boleh menggunakan satu cara sahaja untuk menyampaikan apapun genre cerita. Tetapi, ia akan mempengaruhi kualiti cerita itu sampai kepada pembaca.

Suatu ketika dahulu, saya menganggap kelebihan atau kekuatan seorang penulis terhadap satu-satu genre itu adalah berdasarkan kepada idea dan kreativitinya terhadap genre itu. Contohnya, katakanlah saya mempunyai kekuatan dalam genre thriller, ianya kerana saya amat mudah mendapatkan idea cerita untuk genre tersebut. Namun, ternyata, kekuatan seseorang penulis dalam sesebuah genre itu tidak hanya diukur pada idea, dan semudah apa dia mendapat idea untuk genre itu atau seberapa banyak karya yang telah ia hasilkan dari genre itu. Setelah mulai berjinak-jinak dan mencabar diri sendiri dalam pelbagai genre, di samping banyak membaca karya-karya pelbagai genre orang lain, saya menyedari, setiap genre perlukan penyampaian atau gaya penulisan yang berbeza-beza untuk menentukan kualitinya.

Bagaimana sesebuah cerita seram itu menjadi seram apabila dibaca, manakala sesetengahnya tidak begitu seram. Walaupun katakanlah mereka menggunakan objek seram dan jalan cerita yang sama. Anda benar, penyampaianlah yang membezakannya. Apa yang boleh saya berikan contoh di sini adalah mungkin perbezaan dari segi babak-babak terkejut atau jumpscare (saya tidak temui apakah terjemahan langsung untuk perkataan itu) yang digunakan, bagaimana elemen seram itu dimunculkan dalam cerita, ayat yang digunakan juga memainkan peranan kerana bagaimana sesebuah informasi itu masuk ke dalam minda pembaca juga perlu diambil kira.

Sekali lagi, contoh di episod seterusnya.

TATABAHASA
Bahagian ini, mudah saja. Kalau kita hendak lukis corak pada baju kita, kita gunakan cat fabrik, bukannya cat lukisan. Jika kita hendak menjahit seluar yang koyak, kita akan gunakan benang, bukannya wayar.

Perumpamaan yang saya gunakan di sini adalah, tatabahasa yang betul dalam membina sebuah cerita adalah sesuatu yang penting untuk keseluruhan cerita, jika tidak tepat, proses penulisan tetap berjalan, cerita tetap siap, tetapi cerita tidak akan sempurna, tidak utuh dan tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki penulis.

Cerita tanpa penggunaan tatabahasa yang betul, boleh membawa kepada kesalahan penyampaian ayat, membuatkan pembaca tersalah faham apa yang sebenarnya disampaikan oleh penulis.

Contoh? Maaf. Tapi, saya ada sesuatu yang boleh dikongsi hari ini, adakah anda mahu tips untuk mempertingkatkan kemahiran tatabahasa anda?

Caranya adalah, memperbanyakkan rujukan samada secara langsung kepada topik-topik tatabahasa, atau banyakkan merujuk penulisan-penulisan dengan tatabahasa yang betul, untuk membuat perbandingan dengan penulisan kita. Kita dapat menganalisa bahagian manakah kita menggunakan tatabahasa yang betul, mana p**a yang salah.

Saya sendiri mengakui tidak yakin penulisan saya tepat 100% dari segi tatabahasa. Kuncinya, banyakkan membuat rujukan, kita belajar, dan kita akan terus belajar. Kerana bila kita sudah membuat keputusan memilih jalan ini (penulisan) untuk mempersembahkan cerita kita, maka kita haruslah mematuhi tatabahasanya.

Saya memohon maaf andai tulisan ini terlalu panjang, saya sejujurnya punyai banyak perkara lagi hendak dicurahkan kalau boleh. Tapi saya risau jika pembaca mulai berasa bosan. Jadi, setakat ini sahaja dulu untuk episod kali ini. Episod 3 akan membawa kesinambungannya minggu depan, hari yang sama, masa yang sama, In Sha Allah.

- Dene, Isnin, 14 September 2020



PERIBAHASAAssalamualaikum semua, bersama aku kali ni pada ruangan peribahasa.Peribahasa yang terpilih pada hari ini iala...
13/09/2020

PERIBAHASA

Assalamualaikum semua, bersama aku kali ni pada ruangan peribahasa.

Peribahasa yang terpilih pada hari ini ialah;

Tada!!!

- EMBUN DI HUJUNG RUMPUT.

Peribahasa ini membawa maksud; sesuatu yang tidak kekal.

Contoh ayat?

"Hidup ini hanyalah sementara, bak embun di hujung rumput. Akhirat jualah tempat kembali yang kekal abadi."

Demikianlah ruangan kali ini. In shaa Allah bertemu lagi kita di ruangan PERIBAHASA akan datang.

Peace and out, Tens.
Ahad, 13 September 2020, 11:31.

🌸

Rujukan :
Senarai Peribahasa : https://senaraiperibahasa.com/
Maksud Peribahasa : https://maksudperibahasa.com/embun-di-hujung-rumput/

TIGA KUNTUM BUNGA03.03.2020 - JakartaAKU melangkah cepat mencari tempat berteduh dari hujan yang tiba-tiba membasahi Kot...
12/09/2020

TIGA KUNTUM BUNGA

03.03.2020 - Jakarta
AKU melangkah cepat mencari tempat berteduh dari hujan yang tiba-tiba membasahi Kota Batavia Lama pada petang itu. Aku mengeluh, bagaimana aku ingin kembali ke hotel kalau cuaca begini.

Aku melihat keadaan sekeliling, kelihatan orang ramai sedang berteduh di bawah bangunan dan ada yang sedang menari dalam hujan. Mungkin hujan bisa menenangkan dia. Tapi bagi aku tidak, aku mudah demam kalau terkena hujan. Jikalau aku demam, bagaimana aku nak ke pantai Loco esok.

“Mbak..mbak..” lamunanku terhenti apabila disapa seorang makcik tua.

“Ya makcik, ada apa?”

“Mbak tunggu teksi ya? Itu mbak teksinya ada di sana.”
Aku menoleh dan melihat teksi berhenti betul-betul di hadapan ku.

“Terima kasih makcik,” aku senyum kepadanya lalu berlalu pergi dan menaiki teksi.

Tidak banyak yang berubah, sama seperti pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini. Aku tersenyum kembali saat mengingati semua kenangan yang telah berlalu.

Lanjutan : https://docs.google.com/document/d/1IsTy-UUKD4qPMSjh92uGY8m7NxV5DmCH1PHD3DMiFiU/edit?usp=sharing
Penulis : Bunga
Sabtu
12 September 2020

TIGA KUNTUM BUNGA 03.03.2020 - Jakarta AKU melangkah cepat mencari tempat berteduh dari hujan yang tiba-tiba membasahi Kota Batavia Lama pada petang itu. Aku mengeluh, bagaimana aku ingin kembali ke hotel kalau cuaca begini. Aku melihat keadaan sekeliling, kelihatan orang ramai sedang berteduh d...

BAHASA JIWA BANGSAAssalamualaikum semua. Selamat bercuti hujung minggu. Cuti-cuti juga tapi tetaplah terus mencari ilmu ...
12/09/2020

BAHASA JIWA BANGSA

Assalamualaikum semua. Selamat bercuti hujung minggu. Cuti-cuti juga tapi tetaplah terus mencari ilmu dalam apa jua keadaan.

Pada ruangan kali ini, aku akan bahagikan tentang perkataan bahasa Melayu.

Yakni;

MENATAL.

Kita selalu dengar perkataan 'swipe up/scroll up'-kan. Tapi berapa ramai yang tahu perkataan bahasa Melayu untuk itu?

Maka jawapannya ialah, MENATAL.

Menatal berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.

Contoh ayat?

"Hamizi leka menatal paparan skrin telefon pintarnya sehingga tidak sedar ibunya sedang berdiri di belakangnya menahan geram."

Hah-kan Hamizi. Gi belajar. Udah-udah-lah tu tengok telefon. Mak dah marah tu.

Demikianlah celetoh aku kali ini tentang perkataan MENATAL.

Semoga bermanfaat buat semuanya.

Berjumpa lagi kita pada episod BAHASA JIWA BANGSA yang seterusnya, in shaa Allah.

Peace and out, Tens.
Sabtu, 12 September 2020, 11:07.

🌸

Rujukan :
Dewan Bahasa Dan Pustaka : https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menatal

WORLD SU***DE PREVENTION DAY- 10 SEPTEMBER 2020 -Assalamualaikum wbt semua.Hari ni aku nak cerita tentang 'World Su***de...
10/09/2020

WORLD SU***DE PREVENTION DAY

- 10 SEPTEMBER 2020 -

Assalamualaikum wbt semua.

Hari ni aku nak cerita tentang 'World Su***de Prevention Day' yang dianjurkan pada 10 September setiap tahun.

Bermula pada tahun 2003, 'International Association for Su***de Prevention' (IASP) dengan kerjasama 'World Health Organisation' (WHO) menetapkan tarikh 10 SEPTEMBER di mana 'World Su***de Prevention Day' diadakan. Ini sebagai salah satu langkah meraih dan meningkatkan kesedaran pada peringkat antarabangsa bahawa percubaan BUNUH DIRI boleh diCEGAH dan diHALANG. Ini juga bagi memberi dan meningkatkan kesedaran setiap individu bahawa TUGAS mencegah dan menghalang itu terletak pada bahu SEMUA.

Pada tahun 2008, dianggarkan pada setiap 40 SAAT berlalu, berlaku satu kes kematian disebabkan BUNUH DIRI. Ini baru kes kematian bunuh diri, belum lagi anggaran kes cubaan bunuh diri yang tak berjaya. Pada tahun 2016 saja, BUNUH DIRI adalah FAKTOR KEMATIAN KEDUA bagi individu berumur antara 15 tahun ke 29 tahun. Manakala kadar kes bunuh diri adalah lebih tinggi bagi lelaki berbanding perempuan.

Maka, tidak ingin mengulas lebih panjang akan kadar kes juga cubaan bunuh diri, marilah KITA langsung ke agenda 'WORLD SU***DE PREVENTION DAY'.

Yakni,

MENCEGAH JUGA MENGHALANG CUBAAN BUNUH DIRI!

Ya, KITA!

AKU!

KAU!

DAN SEMUA INDIVIDU DEKAT MUKA BUMI INI!

Dan bagaimana nak cegah dan halang benda hal ini?

Dengan itu, aku sertakan 5 langkah di sini :

1- BERHUBUNG DAN BERKOMUNIKASI!
Bagi insan terdekat, salinglah bersapaan. Tanyalah khabar. Berkongsilah cerita. Juga perhatikanlah perkembangan insan di sekeliling anda.
Dan bagi insan yang jauh di mata tapi dekat di hati p**a bagaimana? Tentulah dengan jaringan sosial media. Telefon dah pintar dah. Tapi kita kena lebih pintar. Gunakanlah telefon pintar anda itu untuk berhubung dan bertanya khabar dengan mereka yang jauh nun di sana.
Berhubung ini bukan dengan mereka yang pendiam saja, tapi berhubung dan bertanya khabar juga dengan yang nampak ceria dan gembira. Kerana kita tidak tahu apa yang terbuku di hati mereka. Maka, berhubunglah. Berkomunikasilah. Jangan biarkan insan di sekeliling anda berasa seorang dan tiada bahu untuk bersandar.

2- BELAJAR!
Bacalah tentang isu berkait. Pelajari. Fahami. Dan juga sebarkan. Tapi jangan baca dari sumber yang diragui ya. Nanti salah maklumat p**a.
Dan belajar juga bukan hanya dari membaca. Dari melihat. Dan juga mendengar. Belajar dan terus belajar. Agar kita lebih memahami perkara ini.

3- BERSIKAP BAIK DAN SEBARKAN KEBAIKAN!
Baik bukan hanya pada insan tersayang. Bersikap baiklah pada semua orang. Pada keluarga. Pada jiran tetangga. Hatta pada tukang sapu sampah yang berada di tempat kerja anda. Atau juga pada insan yang berpampasan ketika anda berjalan. Bersikap baiklah dan sebarkan kebaikan.

4- MENDENGAR TANPA MENGHUKUM!
Jika saja seseorang meluahkan rasa pada anda. Jangan dan jangan pernah menghukum perasaannya. Menafikan dan menyalahkan apa yang dia rasa. Ya, mungkin anda tidak dapat menerima apa yang mereka katakan. Tapi tetaplah mendengar.
Terkadang mereka sedar mereka tidaklah betul sepenuhnya, namun tetap saja mereka hanya ingin meluah rasa. Maka dengarlah. Biarkan mereka curahkan isi hati itu. Agar tidak terpendam dan akhirnya menjadi nanah dalam hati.
Namun jika mereka meminta pendapat, barulah memberi pendapat. Tapi jika tidak. Janganlah anda celah luahan mereka dengan kata-kata yang mungkin ringan bagi anda namun berat bagi mereka.

5- SOKONG, GALAKKAN, DAN SEBARKAN TENTANG KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL!
Ramai yang bila bertanya khabar hanya bertanya akan kesihatan fizikal. Lalu lupa bahawa kesihatan mental itu juga sama pentingnya. Maka, sokong, galakkan dan sebarkanlah tentang kesihatan mental agar kesedaran mengenai hal ini semakin meningkat.

Sekian, selesailah celoteh ku pada kali ini. In shaa Allah bertemu lagi kita pada celetoh lainnya.

Peace and out, Tens.
Khamis, 10 September 2020, 20:51.

🌸

Rujukan :
International Association for Su***de Prevention : https://www.iasp.info/wspd/2003_wspd.php
World Health Organisation : https://www.who.int/mental_health/prevention/suicide/suicideprevent/en/

***dePreventionDay

Address

Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60108026806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when E-Pro Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to E-Pro Publication:

Share