Sandakan Viral Kini

Sandakan Viral Kini Local social media platform for news, stories & advertising based in Sandakan, Sabah. We promote local highlights, viral content & business ads.
(3)

DM us to collaborate or advertise!

Assalamualaikum salam sejahtera warga sandakan. Mohon bantuan untuk mengesan pemilik kenderaan.Pemilik Kenderaan : ZULKI...
16/08/2026

Assalamualaikum salam sejahtera warga sandakan. Mohon bantuan untuk mengesan pemilik kenderaan.

Pemilik Kenderaan : ZULKIFLI BIN JALIL( bukan pemandu)
Bangsa: BUGIS
Jenis kenderaan : PERODUA AXIA
Warna: MERAH
No plate : TBS7917
Alamat terakhir : LOT 66 KG TINUSA 2 JALAN AIRPORT BATU 7 SANDAKAN SABAH.
No. Tel: TIADA

Mohon tampil ke Cawangan Trafik IPD Sandakan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik SJN ABD RADZI @ hubungi no Hp +601119554955 dalam kadar segera bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya di JALAN TAMAN UTAMA BANDAR IJM Sandakan pada 16/08/2026 .

⚠️ Kes dianggap selesai selepas siaran ini dipadam & diturunkan oleh pihak admin, Terima kasih.

'Budak Sorong Simbol Keunikan Sandakan'SANDAKAN: Ketika ramai menghabiskan masa berehat di rumah, seorang adik lelaki di...
08/08/2026

'Budak Sorong Simbol Keunikan Sandakan'

SANDAKAN: Ketika ramai menghabiskan masa berehat di rumah, seorang adik lelaki di Pasar Ikan Bandar Sandakan memilih mengerah tenaga membantu pelanggan sebagai budak sorong demi mencari wang saku tambahan.

Dengan hanya berbekalkan kudrat yang ada, adik itu dilihat membantu pelanggan mengangkat dan menyorong barangan dari pasar sehingga ke kenderaan mereka.

Walaupun keesokan paginya masih perlu ke sekolah, dia tetap meluangkan masa membantu pembeli yang memerlukan khidmatnya.

Pasar Ikan Bandar Sandakan yang beroperasi sekitar jam 9 malam hingga 7 pagi sememangnya menjadi antara lokasi yang menyaksikan kelibat budak sorong membantu pelanggan dalam urusan membawa barangan.

Lebih menyentuh hati, apabila ditanya mengenai upah yang diminta, adik berkenaan hanya menjawab ringkas, “Seikhlas hati.”

Bagi pembeli, bantuan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, namun amat bermakna terutama ketika membawa barangan dalam kuantiti yang banyak sehingga sukar untuk diangkat sendiri ke kenderaan.

Budak sorong juga boleh dikatakan antara keunikan yang sinonim dengan suasana pasar di Sandakan.

Sebelum ini, kelibat mereka turut begitu biasa dilihat di Pasar Umum Bandar Sandakan. Selepas penyusunan semula lokasi pasar, pasar basah seperti ikan ditempatkan di kawasan pasar pusat bandar, manakala jualan sayur-sayuran dan buah-buahan p**a ditempatkan di Pasar Ramai-Ramai, Karamunting.

Namun, suasana dan budaya budak sorong masih menjadi sebahagian daripada warna-warni kehidupan pasar di Sandakan.

Perkongsian mengenai adik tersebut dimuat naik menerusi Facebook Wanda Enterprise, yang turut mendoakan agar adik berkenaan terus dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yang baik serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan pada masa hadapan.

Di sebalik kesibukan pasar pada waktu malam, ada anak yang sedang belajar mengenal erti usaha dan nilai sebuah rezeki.

Semoga adik ini terus kuat, tidak mengabaikan pelajaran dan suatu hari nanti berjaya mencapai impiannya.

Sumber: Facebook Wanda Enterprise

Lori rosak di jalan airport menuju round about helang, punca kesialan lalu lintas lebih 3 jam.Sila pilih jalan alternati...
05/08/2026

Lori rosak di jalan airport menuju round about helang, punca kesialan lalu lintas lebih 3 jam.

Sila pilih jalan alternatif lain

BERNAMA: Buat pertama kalinya, Maxim Malaysia telah menerbitkan secara terbuka Laporan Keselamatan dan Pelesenan Pemandu...
29/07/2026

BERNAMA: Buat pertama kalinya, Maxim Malaysia telah menerbitkan secara terbuka Laporan Keselamatan dan Pelesenan Pemandu bagi separuh pertama tahun 2026, sebagai langkah meningkatkan ketelusan mengenai usaha kami dalam memastikan keselamatan penumpang, kualiti perkhidmatan pelanggan serta pematuhan pelesenan rakan-pemandu.

Sorotan utama laporan:
✅ Pertanyaan berkaitan keselamatan merangkumi kurang daripada 1% daripada keseluruhan permintaan sokongan.
✅ Lebih daripada 90% pertanyaan berjaya diselesaikan.
✅ Lebih 70% kes diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
✅ Maxim melaburkan sebanyak RM2,015,090 bagi menyokong proses pelesenan pemandu serta pematuhan PSV dan EVP.
✅ Aktiviti pelesenan pemandu meningkat sebanyak 22.5% pada suku kedua (Q2) berbanding suku pertama (Q1).

"Ketelusan dalam sektor e-hailing seharusnya melangkaui prestasi perniagaan semata-mata. Penumpang, pemandu dan pihak pengawal selia perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang bagaimana isu keselamatan dikendalikan, sejauh mana kecekapan syarikat dalam memberi maklum balas, serta langkah-langkah praktikal yang diambil bagi memenuhi keperluan perundangan. Kami menerbitkan data ini buat pertama kali bagi menyokong perbincangan industri yang lebih terbuka dan berasaskan fakta," kata Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley.

Di Maxim Malaysia, kami kekal komited untuk memperkukuh aspek keselamatan, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menyokong rakan-pemandu melalui pelaburan berterusan dan pelaporan yang telus.

Baca laporan penuh di sini: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2585714

Data Penuh: https://drive.google.com/file/d/1ux4QjURAnoc_q6-YFkmhf5i82uHZWIZL/view

Assalamualaikum guys..Selamat pagi pagiEh ada yang baru ni..Port makan santai di IJM.Ada banyak hidangan sedap² disini, ...
28/07/2026

Assalamualaikum guys..
Selamat pagi pagi

Eh ada yang baru ni..
Port makan santai di IJM.
Ada banyak hidangan sedap² disini, portion puas hati, yang penting tidak mengoyakkan poket anda.
Kami ada Ayam Gepuk, Oden, Bakso, Coto, Takoyaki, Sate, Sayap, goreng panas², Churros, Pisang Ijo dan macam² lagi.

Jadi guys, ajaklah family, kawan² lepak makan sini malam ni

SSEC, Sandakan Street Eats Community di IJM, bersebelahan ikan bakar mama resepi. Buka Dari jam 5 petang - 12 malam setiap hari.

LIEW KEN LOK DICARI, GAGAL DIHUBUNGI — MOHON BANTUAN ORANG RAMAI MENGESANNYAMohon bantuan orang ramai untuk mengesan ind...
28/07/2026

LIEW KEN LOK DICARI, GAGAL DIHUBUNGI — MOHON BANTUAN ORANG RAMAI MENGESANNYA

Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan individu bernama Liew Ken Lok.

Beliau telah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi, sedangkan masih terdapat urusan yang belum diselesaikan. Maklumat terakhir yang diketahui, beliau dipercayai berada di kawasan Taman Merpati, Batu 7, Sandakan.

Jika sesiapa mengenali atau mengetahui keberadaan beliau, mohon tinggalkan maklumat di ruangan komen atau hubungi kami secara peribadi (inbox). Segala kerjasama dan maklumat daripada orang ramai amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : anonymous

Siapa Tipu Fakta?Irwan Idris Dakwa Hanya Petik Kenyataan Akaun Rasmi Hazem, Cabar Tuduhan 'Penipuan Fakta'SANDAKAN: Akti...
27/07/2026

Siapa Tipu Fakta?

Irwan Idris Dakwa Hanya Petik Kenyataan Akaun Rasmi Hazem, Cabar Tuduhan 'Penipuan Fakta'

SANDAKAN: Aktivis MA63, Irwan Idris, tampil mempertahankan dirinya selepas dituduh menyebarkan "fake news" dan melakukan "penipuan fakta" berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa.

Kontroversi itu tercetus selepas Irwan mengulas satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi Hazem yang memaparkan kenyataan, "Sabah tidak perlu menjadi Sarawak untuk berjaya. Sabah perlu menjadi Sabah yang maju dengan kekuatan dan acuan kita sendiri."

Mengulas kenyataan tersebut, Irwan menegaskan bahawa "acuan" sebenar Sabah perlu berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri Sabah, undang-undang sedia ada serta Akta Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Beliau turut mempersoalkan maksud "acuan sendiri" yang digunakan dalam hantaran berkenaan kerana menurutnya, segala pembangunan dan pentadbiran Sabah perlu berpaksikan asas pembentukan Malaysia.

Bagaimanapun, Dr. Azihal Bangsawan kemudiannya tampil menerusi satu penulisan dengan mendakwa kenyataan yang dijadikan asas kritikan Irwan bukanlah petikan sebenar daripada ucapan Hazem di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurut Dr. Azihal, berdasarkan transkrip rasmi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17 pada 21 Julai 2026, Hazem sebenarnya berkata bahawa Sabah wajar mencontohi Sarawak dalam mencapai kemajuan dan pembangunan, namun pelaksanaannya perlu dilakukan mengikut cara Sabah sendiri.

Beliau berpandangan bahawa penyebaran kenyataan yang berbeza daripada transkrip rasmi telah mengubah konteks sebenar ucapan sehingga mencetuskan pelbagai persepsi negatif terhadap Hazem serta keluarganya. Selain menggesa orang ramai menyemak fakta sebelum berkongsi maklumat di media sosial, Dr. Azihal turut berpendapat pihak yang telah berkongsi kenyataan tersebut wajar membuat pembetulan dan memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan.

Susulan itu, Irwan tampil menerusi satu rakaman video bagi menjawab tuduhan tersebut. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah mendakwa memetik transkrip rasmi DUN, sebaliknya hanya mengulas kenyataan yang dimuat naik melalui akaun media sosial rasmi Hazem sendiri.

Dalam video berkenaan, Irwan menunjukkan tangkap layar hantaran tersebut yang ketika itu masih boleh diakses melalui akaun rasmi Hazem. Beliau turut menarik perhatian bahawa hantaran itu menggunakan kata ganti diri "saya" dalam ayat yang menceritakan penyertaan Hazem pada sidang DUN.

Menurut Irwan, penggunaan kata ganti diri tersebut memberi gambaran bahawa kandungan hantaran itu mewakili kenyataan Hazem sendiri atau sekurang-kurangnya diterbitkan dengan pengetahuan serta kebenaran beliau melalui akaun rasminya. Justeru, beliau berpandangan adalah munasabah untuk orang ramai menjadikan kenyataan yang disiarkan melalui akaun rasmi seorang wakil rakyat sebagai rujukan.

Irwan turut mempersoalkan bagaimana beliau boleh dituduh melakukan "penipuan fakta" sedangkan beliau hanya memetik kenyataan yang diterbitkan sendiri melalui akaun rasmi Hazem. Menurutnya, beliau tidak mereka, mengubah atau menokok tambah mana-mana kenyataan seperti yang didakwa.

Beliau turut menggesa Dr. Azihal menarik balik tuduhan "penipuan fakta" yang dibuat terhadapnya. Menurut Irwan, sekiranya pihak Hazem ingin menjelaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah ringkasan atau disediakan oleh pegawai media, penjelasan itu sepatutnya dibuat terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak melabel orang lain sebagai penyebar "fake news".

Irwan turut mempersoalkan sama ada pihak Hazem mahu menafikan kandungan yang dimuat naik di akaun rasminya sendiri atau mengakui bahawa ia diterbitkan oleh pegawai media menggunakan kata ganti diri "saya", yang menurutnya boleh menyebabkan orang ramai memahami kandungan tersebut sebagai kenyataan Hazem sendiri.

Setakat ini, belum terdapat kenyataan rasmi daripada pihak Hazem yang menjelaskan sama ada hantaran media sosial tersebut merupakan petikan langsung ucapan di DUN, ringkasan yang disediakan oleh pegawai media atau kenyataan berasingan daripada transkrip rasmi persidangan.

Kontroversi ini kini tertumpu kepada persoalan sama ada kandungan yang diterbitkan melalui akaun media sosial rasmi seorang wakil rakyat boleh dianggap sebagai kenyataan rasmi yang mewakili pendirian pemilik akaun. Ia juga mencetuskan persoalan sama ada wajar seseorang dilabel melakukan "penipuan fakta" apabila kenyataan yang dirujuk sebenarnya berasal daripada platform rasmi tokoh yang diperkatakan.

Kampung Bahagia Belum Digazetkan, Kerajaan Negeri Perjelas Status SebenarSANDAKAN, 24 Julai – Kerajaan Negeri Sabah meng...
24/07/2026

Kampung Bahagia Belum Digazetkan, Kerajaan Negeri Perjelas Status Sebenar

SANDAKAN, 24 Julai – Kerajaan Negeri Sabah mengesahkan bahawa Kampung Bahagia di Sandakan belum digazetkan sebagai penempatan yang sah, sekali gus memperjelaskan kekeliruan yang timbul susulan dakwaan bahawa kawasan berkenaan telah diwartakan.

Penjelasan itu diberikan oleh Ketua Menteri Sabah menerusi jawapan bertulis bagi Soalan 60 yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang berlangsung pada 23 Julai lalu.

Menurut jawapan tersebut, Kampung Bahagia pada asalnya telah diwartakan sebagai Settlement of Filipino Refugees di Sungai Mowtas melalui Warta Kerajaan GN.773/1983 melibatkan keluasan 18.78 hektar (46.40 ekar).

Bagaimanapun, pewartaan tersebut telah dibatalkan melalui Warta Kerajaan GN.27/2006 bertarikh 26 Januari 2006 kerana kawasan itu berada dalam zon perindustrian dan didapati tidak sesuai dijadikan penempatan kekal untuk jangka masa panjang.

Walaupun pewartaan itu telah dibatalkan, Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa penduduk masih dibenarkan untuk terus menetap di Kampung Bahagia selepas pembatalan berkenaan.

Dalam masa sama, kerajaan menjelaskan bahawa permohonan tanah bagi pewartaan semula Kampung Bahagia telah didaftarkan semula di bawah nombor permohonan 20-24070412 dan kini sedang dalam proses penelitian oleh pihak berkuasa.

Menurut Ketua Menteri, kerajaan sedang menilai dengan teliti kesesuaian pewartaan semula kawasan tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek, khususnya faktor keselamatan memandangkan Kampung Bahagia terletak dalam kawasan perindustrian.

Susulan penjelasan rasmi itu, ADUN Sekong, Alias Sani, turut memaklumkan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Kampung Bahagia telah pun digazetkan adalah tidak benar dan boleh mengelirukan penduduk kampung serta masyarakat Sandakan.

Beliau berharap penjelasan rasmi yang diberikan dalam persidangan DUN itu dapat memberikan gambaran jelas mengenai status sebenar Kampung Bahagia, sementara kerajaan meneruskan proses penilaian terhadap permohonan pewartaan semula kawasan berkenaan.

– Sandakan Viral Kini

FITNAH DI MEDIA SOSIAL: INDIVIDU BUAT LAPORAN POLIS, AKAN AMBIL TINDAKAN SIVILSANDAKAN, 24 Julai – Seorang individu tamp...
24/07/2026

FITNAH DI MEDIA SOSIAL: INDIVIDU BUAT LAPORAN POLIS, AKAN AMBIL TINDAKAN SIVIL

SANDAKAN, 24 Julai – Seorang individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penyebaran fitnah di media sosial yang mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, pada 22 Julai 2026 ketika berada di kediamannya di Kampung Bokara, Sandakan, beliau telah melihat satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Norazlinah Arif yang mengandungi pelbagai dakwaan terhadap dirinya.

Beliau mendakwa hantaran tersebut mengaitkannya bersama Shirley Chan, Encik Japar bin Awang dan bapanya, Datuk Gulam Maini, kononnya telah membawa masuk warga Filipina ke Tawau. Hantaran sama turut menyebut serta mempersendakan nama Kudat Huzhaifah Al-Likasi (Atan Lecah), Ismail Sabaran dan Datuk JJ sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap individu-individu berkenaan.

Beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta langsung tidak berasas.

Menurutnya, pada waktu kejadian, beliau bersama Shirley Chan, Encik Japar bin Awang dan Datuk Gulam Maini hanya berada di kawasan parkir Lapangan Terbang Sandakan bagi mengambil gambar kenangan sempena lawatan YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ke daerah Sandakan.

"Tidak berlaku sebarang kejadian seperti yang didakwa. Tuduhan tersebut adalah satu fitnah yang bertujuan mencemarkan nama baik saya serta individu lain yang disebut," katanya.

Beliau turut mendakwa pemilik akaun Facebook Ismail Sabaran telah memuat naik kenyataan yang mengaitkannya dengan tuduhan sama sehingga menyebabkan dakwaan tersebut terus tersebar di media sosial.

Katanya, penyebaran kenyataan palsu itu telah menjejaskan maruah, reputasi serta nama baik dirinya dan keluarga, selain mengelirukan masyarakat dengan maklumat yang tidak benar.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan telah membuat laporan polis bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung penyebaran fitnah berkenaan.

Beliau juga memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang melalui Mahkamah Sivil terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan kenyataan palsu serta mencemarkan nama baiknya.

Beliau pada masa sama berharap semua pihak menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

Pemandu Mabuk Didenda RM10,000, Remaja Rempit Dirujuk Jabatan KebajikanSANDAKAN, 23 Julai – Mahkamah Seksyen Sandakan ha...
23/07/2026

Pemandu Mabuk Didenda RM10,000, Remaja Rempit Dirujuk Jabatan Kebajikan

SANDAKAN, 23 Julai – Mahkamah Seksyen Sandakan hari ini menjatuhkan hukuman terhadap tiga kes utama melibatkan kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kanun Keseksaan.

Bagi kes pertama, seorang lelaki didapati bersalah di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dengan kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 serta penjara selama satu hari. Tertuduh telah menjelaskan bayaran denda dan dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman tersebut.

Dalam kes kedua, seorang lagi tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. Mahkamah mengenakan hukuman denda sebanyak RM6,000, yang telah dijelaskan sepenuhnya oleh tertuduh.

Sementara itu, bagi kes ketiga di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan, seorang pesalah kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti tunggangan berbahaya atau rempit didapati bersalah. Mahkamah memerintahkan supaya kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut.

Mahkamah turut membenarkan pesalah diikat jamin sebanyak RM600 dengan seorang penjamin warga tempatan sementara menunggu laporan daripada Pegawai Kebajikan.

Secara keseluruhannya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya membawa tiga kes utama ke muka pengadilan. Dua tertuduh telah menyelesaikan hukuman masing-masing selepas menjelaskan denda yang dikenakan oleh mahkamah, manakala pesalah kanak-kanak akan melalui proses penilaian dan tindakan susulan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut peruntukan undang-undang.

Address

Sandakan
90000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sandakan Viral Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sandakan Viral Kini:

Shortcuts

Share