15/08/2026
LAPORAN OPERASI BERSEPADU PASAR MALAM KIM FUNG
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa Operasi: 5:47 Petang – 6:55 Petang
Lokasi: Pasar Malam Kim Fung, Sandakan
Penyelaras: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
KEKUATAN ANGGOTA (43 ORANG):
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Sandakan: 16 Orang
- Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPS: 12 Orang
- Jabatan Penguatkuasaan, MPS: 8 Orang
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan: 7 Orang
HASIL / DAPATAN OPERASI:
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Sandakan:
1. 4 tangkapan warganegara asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah (Status: Tangkapan melibatkan pengunjung pasar malam, bukan peniaga/penjaja).
2. Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sandakan:
- 14 kompaun telah dikeluarkan di bawah By-law 62 (b) Sandakan Municipal Council (General) By-laws 1964.
3 Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Sandakan:
- Pemeriksaan kebersihan dan tindakan susulan mengarahkan peniaga mengemas lantai/laluan petak perniagaan.
- Pemeriksaan pengurusan pendawaian elektrik dalam kalangan peniaga (arahan mengemas dan menyusun wayar di atas lantai)
4 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan:
- Pemeriksaan pematuhan penandaan harga dan alat timbang sukat.
CATATAN & PENGHARGAAN:
Operasi telah berjalan lancar, terkawal, dan selesai sepenuhnya pada jam 6:55 petang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JIM Cawangan Sandakan, KPDN Cawangan Sandakan, serta seluruh warga Jabatan Penguatkuasaan MPS.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Ahmad Naquib Bin Sarifudin
Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MPS
15 Ogos 2026