04/09/2026
BEAUFORT: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Beaufort-Papar, berhampiran Simpang Lumut Sentral, Jumaat.
Dalam kejadian itu, mangsa lelaki tempatan berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh, berkata kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta Perodua Viva dan motosikal Yamaha NMAX.
LINK BERITA DIKOMEN