
18/03/2025
LAGU RAYA TERBARU DARI SANDAKAN
Aidilfitri bukan sekadar tentang keriangan dan juadah makanan yang sedap sedap, tetapi juga tentang kemaafan, kasih sayang dan keikhlasan hati. Itulah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu raya terbaru ole Lai Norman. Seorang penyanyi yang sudah tidak asing lagi di Sabah, khususnya daerah Sandakan.
Dengan lirik yang menyentuh jiwa dan susunan muzik indah hasil ciptaan Wan Khatulistiwa, lagu ini mengajak kita untuk merenung sejenak tentang erti kemaafan yang sebenar. Melodi yang tidak terlalu berat ini sesuai dengan vokal penyanyi. Yang jelas,lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman emosi daripada penulis kepada para pendengar menerusi lantunan suara Lai Norman Nooh.
Dihasilkan oleh StudioOne Talent, lagu berdurasi 4 minit ini kini boleh dinikmati dalam versi lirik video di YouTube. Visualnya yang sederhana dan membolehkan anda lebih menghayati setiap bait kata yang disampaikan.
Lihat dan dengar disini..
https://youtu.be/I_WhpUKPvYY?si=IzorXPXFxsP5mhJP
Dari Sandakan, Lagu ''Hari Kemaafan'' hadir sebagai lagu raya tahun 2025 yang membawa mesej mengenai keinsafan dan kemaafan. Semoga lagu ini dapat diterima dan didengari oleh semua lapisan masyarakat. Serta mampu mewarnai kemeriahan lagu lagu raya yang sedia ada khususnya dari penyanyi dan penulis lirik dari Sabah.