KAFA Beluran

KAFA Beluran Aktiviti Harian / Bulanan Kafa Beluran

13/05/2026

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PENGAMBILAN GURU KAFA NEGERI SABAH TAHUN 2026

Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru KAFA Negeri Sabah yang dijalankan pada bulan April dan Mei 2026 boleh disemak melalui laman sesawang berikut ⤵️
https://shorturl.at/4171G

Cara membuat semakan:
1️⃣ Masukkan Nombor Kad Pengenalan (dengan '-')
2️⃣ Tekan "Enter" atau "Go" atau ✅

Lantikan Guru KAFA adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN di daerah yang dimohon.

Tempoh sah laku calon simpanan adalah sehingga 30 Jun 2027.

Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Na’im bin Mohd Zulkifli atas...
10/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Na’im bin Mohd Zulkifli atas kesudian menjadi penceramah Bengkel Tahsin Al-Quran bersama Penyelia dan guru-guru KAFA Daerah Beluran.

Nama Program : Bengkel Tahsin Al-Quran Penyelia dan Guru KAFA Daerah Beluran
Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
Tempat : Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Beluran

Turut hadir dalam program ini:
📍 Ustaz Muhammad Na’im bin Mohd Zulkifli (Guru SK Balaban Jaya)
📍 Ustaz Tengku Taufiqullah bin Tengku Abd Mutalib (Guru SK Sungai Nangka)
📍 Ustaz Mohd Fadzil bin Mohd Yatim (Penyelia KAFA Daerah Beluran)

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat besar dalam memperkukuh bacaan Al-Quran, mendapat keberkatan daripada Allah SWT, dan semoga kita terus berusaha memperbaiki agama kita.

جزاكم الله خيرا




OOTD Riang Ria Raya Warga KAFA Beluran
23/03/2026

OOTD Riang Ria Raya Warga KAFA Beluran





Bulan Syawal terang bersinar,Sahabat handai bersua mesra.Segala salah dan silap dimaafi,Raya disambut penuh s**a cita.KA...
21/03/2026

Bulan Syawal terang bersinar,
Sahabat handai bersua mesra.
Segala salah dan silap dimaafi,
Raya disambut penuh s**a cita.

KAFA Beluran mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.





SALAM TAKZIAH & PERMOHONAN SUMBANGANKAFA Beluran merakamkan ucapan salam takziah kepada pelajar KAFA Al-Falah Ulu Muanad...
12/03/2026

SALAM TAKZIAH & PERMOHONAN SUMBANGAN

KAFA Beluran merakamkan ucapan salam takziah kepada pelajar KAFA Al-Falah Ulu Muanad, Nur Zahirah binti Jasni serta keluarganya yang telah ditimpa musibah apabila rumah keluarganya terbakar pada pagi ini. Semoga keluarga tersebut diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sehubungan itu, pihak KAFA Beluran membuka ruang kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Maklumat Akaun untuk Sumbangan:

Nama Pemilik Akaun: Rosmawati binti Basri
Bank: Hong Leong Bank
No. Akaun: 11850117582
QR Code turut disediakan untuk memudahkan pembayaran.

Lebih-lebih lagi, kita kini berada di bulan Ramadan yang mulia, pada 10 malam terakhir yang penuh keberkatan. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal kebajikan dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

Bagi yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi nombor yang tertera.





MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN BELURAN BIKERS FRIENDS BERSAMA KAFA AL-FALAH ULU MUANAD📍 KAFA Al-Falah Ulu Muanad📅 08 Mac 2...
09/03/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN BELURAN BIKERS FRIENDS BERSAMA KAFA AL-FALAH ULU MUANAD

📍 KAFA Al-Falah Ulu Muanad
📅 08 Mac 2026

Turut hadir memeriahkan majlis:
• Encik Jaypee Litak
(Pengerusi NGO Beluran Bikers Friends)
• Ustaz Fadzil bin Mohd Yatim
(Penyelia KAFA Beluran)
• Puan Muhairah Moriwai Abdullah
(Pengerusi Kelas KAFA Al-Falah Ulu Muanad)
• Ustazah Harja binti Palipe
(Guru Besar KAFA Al-Falah Ulu Muanad)
• Ustazah Diana Abon
(Ketua Guru KAFA Daerah Beluran)

Turut diraikan dalam majlis ini ialah murid-murid KAFA Al-Falah Ulu Muanad bersama ibu bapa mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Beluran Bikers Friends atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan.
Semoga sumbangan ini memberi kegembiraan kepada murid-murid serta membantu Kelas KAFA Al-Falah Ulu Muanad, di samping mengeratkan lagi ukhuwah dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.




04/03/2026

📢 JAWATAN KOSONG: GURU PROGRAM KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA) NEGERI SABAH

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai kami sebagai Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Sabah. 🌙📖

🕌 Maklumat Jawatan:
🔹 Jawatan: Guru KAFA (Kontrak Tidak Berskim)
🔹 Elaun: RM1,100.00 (36 jam sebulan)
🔹 Kekosongan: 121 (seluruh Sabah kecuali kawasan Dun Klias Beaufort)

📋 Syarat Permohonan:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun
✅ Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang berikut:
(i) lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu;
(ii) lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek berkaitan bidang Pengajian Islam; dan
(iii) lulus bagi mana-mana subjek dalam bidang Bahasa Arab atau setaraf dengannya

📍 Hantar Borang Ke:
JAKIM Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P: Unit Pengurusan KAFA)

🗓️ Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2026

📲 Muat turun borang permohonan melalui imbasan QR atau layari https://shorturl.at/P2KhF pada poster ini dan sertakan dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan.

💫 Sertailah barisan pendidik KAFA yang berdedikasi dalam mendidik generasi celik Al-Quran dan berakhlak mulia!

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025
24/02/2026

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:

🗓 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Jam 10.00 pagi

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
🌐 https://semakan.islam.gov.my/

Semakan boleh dibuat menggunakan:
✔️ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
✔️ Nombor Angka Giliran

Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!






16/02/2026
MAJLIS HAFAZAN DAN TILAWAH AL-QURANPERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN1447H / 2026MMajlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat...
25/01/2026

MAJLIS HAFAZAN DAN TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN
1447H / 2026M

Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Sandakan telah berlangsung pada 24 Januari 2026 bertempat di Masjid Daerah Sandakan.

KAFA Beluran mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustazah Siti Ainul Suffiah Fatonah binti Masran atas kejayaan meraih Johan Tilawah Kategori Dewasa. InsyaAllah, Ustazah Siti Ainul Suffiah Fatonah binti Masran akan mewakili bahagian Sandakan ke Peringkat Negeri, tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Semoga Allah SWT mengurniakan kelancaran, kekuatan dan kejayaan yang cemerlang pada peringkat seterusnya.




Address

Kelas Al/Quran Dan Fardhu Ain(KAFA)Daerah Beluran Pejabat Perhubungan KAFA Daerah Beluran P/s 35 Beluran
Sandakan
90107

Telephone

+601116039072

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KAFA Beluran:

Share