15/07/2025
Cerita ditutup dan ditapuk.
Untuk yang faham saja.
Di satu kampung, ada satu anak muda nama dia Frodo dan bukan orang politik. Hari-hari dia cuma pigi kebun tumbak sawit, tulung mama dia tanam jagung dan kadang-kadang pigi pekan jual hasil tanaman.
Tapi satu hari, selepas ingkung dia meninggal dunia, dia jumpa satu box besi dalam bilik. Bertagar sudah, tapi masih kena kunci. Dia minta tolong cousin dia buka, dalam tu ada banyak kertas lama – semua pasal janji Tanah dulu2.
“Apa bah ni? Dia bilang. Kenapa nda pernah sia kena ajar ah. Nda pun kena kasih tau, tiada pun kena kasih cerita.
Dia bacalah pelan-pelan. Dalam tu ada tulis, Tanah Andor (tanah ingkungnya) dengan Rohan, Shire dan Mordor begabung membentuk Negara Middle Earth dan ada syarat. Andor dan Rohan ada hak-hak yang dijanjikan – macam kuasa kawal imigresen, pendidikan, hasil bumi, dan macam-macam lagi. Shire p**a dapat hak penyiaran dan kena sedia duit untuk tulung Andor dan Rohan maju.
Makin dibaca makin bingung si Frodo.
“Kalau kita ada hak ini semua, kenapa semua nampak macam kena kawal dari Mordor saja?”
Dia mulalah bertanya sama cikgu di sekolah lama dia. Itu cikgu jawab, “Itu sejarah lama bah itu. Kita ikut saja la apa yang ada sekarang. Nda buli pakai sudah tu.”
Dia tanya lagi pegawai daerah, diorang pun macam nda mau jawab. Semua cuba mengelak cerita. Macam ada yang mau ditapuk.
Makin si Frodo korek-korek info, makin dia nampak — selama ni, rakyat Andor dan Rohan tidak kena bagi tau betul-betul pasal janji pembentukan Middle Earth.
Sekolah pun cuma ajar sikit-sikit. TV, radio, semua lain cerita. Sedangkan Middle Earth Treaty tu la yang tentukan Andor dan Rohan ada hak sendiri.
“Adehhh....Ini bukan cerita lama ini. Ini cerita hak kita yang ditapuk bah,” bilang si Frodo masa dia jumpa geng dia di kadai kupi.
Dia mulalah kongsi cerita. Mula tu dia buat forum kecil-kecilan di dewan kampung. Dia print salinan dokumen treaty, kasi orang kampung baca. Ada yang marah, ada yang terkejut, tapi yang pasti — ramai mula sedar.
“Kalau kita punya hasil yang keluar dari bumi kita, kenapa ini hasil pigi tempat lain baru kenapa diorang lagi banyak?”
“Kenapa Andor masih ketinggalan dari segi pembangunan?”
“Apa jadi sama janji dalam Treaty?”
Semua soalan tu kalau dulu macam cerita dongeng tapi Mordor ambil tindakan kunun menghasut. Tapi sekarang, makin banyak sudah berani buka mulut.
Tapi ada jugalah yang pandai-pandai bilang ini treaty nda buli pakai sudah. Kalau mau, buat treaty baru....na ketawa Mordor sebab semua yang kena ambil siap dengan bukti-buktinya kena TAPUK oleh orang-orang Andor sendiri.
Frodo bukan mau buat rusuhan. Dia cuma mau satu benda: KEBENARAN.
Dia bilang,
“Kalau orang Mordor buli tahu hak diorang, kenapa kita di Andor nda kena bagi tau hak kita?”
Cerita Frodo adalah cerita semua anak muda Andor.
Cerita tentang bagaimana satu perjanjian yang besar,
boleh ditapuk begitu saja
dan bagaimana kesedaran rakyat boleh ubah segalanya.
Done membebel. Again....untuk yang faham ja ya. Mun paham bisai😁😁😁