Ini kinabatangan

Ini kinabatangan Bukan page politik. Ini page realiti lapangan & analisis isu berfakta tentang Kinabatangan yang orang jarang dengar.

22/06/2026

Macam ada yang senyap taw😅. Macam kabur-kabur sudah. Tidak apalah, kita nyanyi-nyanyi sejalah😁 apa kau lagu?

21/01/2026

Kalaulah dua-dua calon dun ni berani, sebenarnya bagus juga kalau kita nampak drg berdebat diatas pentas yang sama, jadi kita boleh nilai terus dan nampak mana satu pemimpin yang ada kefahaman yang jelas didalam mewakili suara rakyat.

Naratif “tak payah undi parti lokal sebab nanti jadi pembangkang” sebenarnya bukan hujah pembangunan, tapi politik ketak...
21/01/2026

Naratif “tak payah undi parti lokal sebab nanti jadi pembangkang” sebenarnya bukan hujah pembangunan, tapi politik ketakutan versi lama yang sudah berpuluh tahun dimainkan di Sabah.

Logiknya mudah tapi menyedihkan,
kalau bukan orang kerajaan, jangan harap dapat apa-apa.
Soalnya, sejak bila pembangunan jadi hak eksklusif parti pemerintah, bukan hak rakyat yang bayar cukai?

Dakwaan bahawa YB pembangkang cuma akan jadi “boneka” kerana JKK, Ketua Kampung dan DO dilantik kerajaan negeri p**a sangat ironik. Kalau semua lantikan hanya ikut arahan politik, itu bukan hujah menolak pembangkang, itu pengakuan bahawa sistem kerajaan negeri memang bermasalah.

Lebih lucu, rakyat diminta undi MIHA atas alasan “kemajuan boleh diteruskan”, seolah-olah kemajuan di Lamag hari ini berlaku kerana keajaiban parti, bukan kerana duit rakyat dan kerja agensi kerajaan. Kalau benar wakil kerajaan sentiasa berkuasa penuh, kenapa masih banyak isu asas bertahun-tahun tak selesai walaupun kawasan dipegang parti pemerintah?

Hakikat yang cuba disorokkan,
pembangkang yang kuat adalah ancaman kepada wakil yang malas.
Sebab itu mereka ditakutkan, dilabel tidak berguna, dan dianggap beban.

Undi kerana takut kehilangan projek bukan kematangan politik, itu politik tunduk.
Demokrasi mati bukan bila pembangkang menang,
tetapi bila rakyat diajar bahawa mereka hanya layak dapat pembangunan jika taat.

Kalau pembangunan datang dengan syarat undi, itu bukan kemajuan, itu ugutan.

Kepada warga lamag, adakah kita mahu tunduk dengan ugutan sebegini ?

Adakah kita ni tidak ada nilai dimata mereka sehingga boleh diugut dengan ugutan sebegini?

Pendirian admin,

Parlimen tetap BN

Dun Lamag WARISAN

20/01/2026

Sebenarnya masih ramai yang cuba untuk menerima calon Dun ni. Tapi, tu lah, macam masih payah bah. Masih terngiang-ngiang bh ucapan kempennya masa PRN bulan lepas.
Lepas tu sekarang lain sudah ucapanya.

19/01/2026

Boleh ka tu?
Dun WARISAN.
Parlimen BN.
Sekurang-kurangnya, Ada juga penyemak imbang.

19/01/2026

Takajut admin limpas tu bulatan dekat petronas😅

10/01/2026

Dun Lamag
Satu lawan satu
Parlimen Kinabatangan
Perlawanan 3 penjuru

31/12/2025

Kemarin admin bagitahu seorang penyokong kuat MIHA yang sangat kagum dan terinspirasi dengan MIHA.

Admin bagitahu dia, yang MIHA sudah sarung baju BN dan jd calon.

Penyokong dan peminat setia MIHA tu terkejut dan keluarlah dari mulut dia,

"Apalaitu"

Admin pun tidak tahu apa yang dimaksudkanya dengan ayat "apalaitu" tu😅

30/12/2025

Tiada sudah pertembungan besar.
NAIM calon BN Parlimen Kinabatangan.

MIHA calon Dun Lamag.

Mungkinkah MIHA calon di Dun Lamag untuk mewakili BN?
30/12/2025

Mungkinkah MIHA calon di Dun Lamag untuk mewakili BN?

Address

Kota Kinabatangan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ini kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share