29/01/2023
❤️🔥Jangan susahkan diri untuk benci orang
Kerana dendam dan benci itu sebenarnya satu beban..Bahagia dan dendam ni dia tak boleh duduk satu tempat yang sama. Kita kena pilih kita nak bahagia ke kita nak dendam. Sebab tu sakit macam mana pun belajar untuk maafkan juga. Calap dekat Allah, sakit ni ya Allah,,tapi aku maafkan dia juga supaya Kau pun sudi untuk maafkan dosa dosa aku.Ya Allah, perit luka ini ya Allah, Tapi jadikanlah sakit ini asbab untuk Kau sudi pandang aku, sudi untuk masukkan aku dalam syurga Kau nanti. Memaafkan sebenarnya bukan untuk kebaikan dia tetapi memaafkan ini sebenarnya untuk kebahagiaan kita sendiri ❤️🔥