06/09/2026
EDISI TOKOH KOMUNITI SEGAMAT
ANAK JATI CIPTA NAMA DI PERSADA ASIA -SEGAMAT BANGGA!Fazalina binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Fazalina binti Ismail adalah penggerak Pulut Semangat Terpanjang di Asia 2026 baru-baru ini.
Antara penggerak utama yang menyatukan 120 wanita kulinari bagi menghasilkan Pulut Semangat sepanjang 640.87 meter, yang berjaya mendapat pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records.
Chef Fazalina Ismail, anak jati Jalan Temenggong, Segamat, Johor, merupakan antara figura wanita dalam industri kulinari yang membuktikan bahawa kejayaan besar bermula daripada keberanian untuk bermula dari bawah.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kulinari, perjalanan Chef Fazalina bukanlah sesuatu yang dibina dalam sekelip mata. Minat memasak mula berputik sejak zaman sekolah rendah apabila beliau sering membantu ibunya menyediakan juadah serta menguruskan restoran keluarga.
Daripada seorang pembantu dapur (kitchen helper), beliau membina kemahiran dan pengalaman secara praktikal sehingga berjaya menjadi chef hotel profesional dan seterusnya dinaikkan ke jawatan Executive Chef di beberapa hotel terkemuka.
ANTARA PENCAPAIAN & SUMBANGAN CHEF FAZALINA
🔹 Juara Pertandingan Chef Selebriti Berita Harian 2011
🔹 Tempat Ketiga / Pingat Gangsa – Ninth Jeju Local Cuisine Competition & WACS International Culinary Competition 2025
Bersama rakan sepasukan Muhammad Saufie Ab Rashid, beliau memukau juri antarabangsa menerusi hidangan tradisional Cucur Udang Kuah Kacang.
🔹 Aktif dalam pertandingan kulinari sejak 2004, termasuk pertandingan anjuran Nestlé, Maggi, Rempah Mak Dara dan Adabi.
🔹 Chairlady Malaysia Bersatu Culinary Association (MBCA) serta Naib Presiden Persatuan Chef Wanita Malaysia.
PENULIS & PENDIDIK KULINARI
Chef Fazalina juga merupakan penulis 26 buah buku masakan, termasuk siri Resipi Kontemporari, serta pernah menulis ruangan masakan untuk Majalah RATU dan Berita Harian.
Beliau turut dilantik sebagai Panel Penasihat Industri (TAC) Seni Kulinari di Kolej Vokasional Pagoh, selain diberi kepercayaan sebagai juri profesional pertandingan masakan di dalam dan luar negara.
Lebih membanggakan, pengalaman lebih tiga dekad dalam industri kini dimanfaatkan untuk melatih generasi baharu melalui sekolah kulinari berteraskan TVET miliknya sendiri.
Daripada pembantu dapur → chef hotel → Executive Chef → pendidik → penulis → pemimpin organisasi kulinari, perjalanan Chef Fazalina menjadi bukti bahawa anak Segamat mampu pergi jauh.
Segamat tumpang bangga dengan kejayaan mu Fazalina Azmi
Dari Jalan Temenggong, Segamat — membawa cita rasa Malaysia ke persada dunia.