Panji-Panji Kemenangan

Panji-Panji Kemenangan Page ini akan berusaha memaparkan isu-isu semasa yang tepat dan memberi manfaat kepada rakyat

Kenyataan MediaPN Fokus PRN Johor, Tegas Pertahan Disiplin GabunganAlhamdulillah, proses rundingan kerusi bagi menghadap...
25/06/2026

Kenyataan Media

PN Fokus PRN Johor, Tegas Pertahan Disiplin Gabungan

Alhamdulillah, proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor telah diselesaikan secara muafakat melalui mekanisme rasmi Perikatan Nasional (PN). Sehubungan itu, saya telah menandatangani watikah pelantikan calon-calon PN bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Kini adalah masanya untuk semua parti komponen, kepimpinan dan jentera PN memberikan sepenuh tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya. Keutamaan kita ialah menawarkan kepimpinan yang berintegriti, dasar yang membela rakyat serta membawa harapan baharu demi kesejahteraan rakyat Johor.

Saya mengambil maklum kenyataan media Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertarikh 23 Jun 2026 berhubung beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Saya ingin menegaskan bahawa PN adalah sebuah gabungan politik yang bergerak berdasarkan Perlembagaan, disiplin organisasi dan keputusan bersama. Setiap parti anggota, termasuk BERSATU, mempunyai ruang sepenuhnya untuk menyuarakan pandangan, mengemukakan bantahan dan mempertahankan pendirian masing-masing dalam mesyuarat.

Namun, apabila sesuatu ketetapan telah dibuat melalui mekanisme rasmi gabungan, semua pihak wajib menghormatinya. PN tidak boleh dijadikan medan untuk mana-mana parti memilih keputusan yang mahu diterima dan mempertikaikan ketetapan yang tidak selari dengan pendirian mereka.

Saya kesal apabila perkara dalaman gabungan dibawa ke ruang awam selepas mesyuarat berakhir.

Mengenai penggunaan simbol PN dalam Pilihan Raya Negeri Johor, saya ingin menegaskan bahawa penggunaan simbol PN datang bersama tanggungjawab politik. Mana-mana parti yang diberikan amanah bertanding menggunakan simbol PN hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan calon, gerak kerja pilihan raya, pengurusan kempen serta prestasi kerusi yang ditandingi.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi Perikatan Nasional
25 Jun 2026

Kenyataan MediaPengerusi Perikatan Nasional PN Akan Terus Diurus Secara Tertib, Berprinsip dan Berlandaskan Perlembagaan...
11/06/2026

Kenyataan Media
Pengerusi Perikatan Nasional

PN Akan Terus Diurus Secara Tertib, Berprinsip dan Berlandaskan Perlembagaan

Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.

PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.

Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.

Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi
Perikatan Nasional
11 Jun 2026

KAMU Pengasas ke?
11/06/2026

KAMU Pengasas ke?

11/06/2026

BERSATU merosakkan PN patutkah disingkirkan?

Seramai 13 Ahli Parlimen BERSATU mendesak supaya parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendakwa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan bersikap angkuh serta tidak menghormati semangat kebersamaan dalam PN.

Mereka turut mendakwa pelbagai teguran yang dibuat secara dalaman sebelum ini tidak diendahkan, malah tindakan disiplin digunakan untuk menyekat pandangan yang berbeza.

“Keengganan menghormati semangat setiakawan antara parti komponen akhirnya telah memakan diri dan menghancurkan keutuhan koalisi yang telah dibina dengan susah payah.

"Oleh itu kami mendesak supaya Parti BERSATU segera keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional dan semua lantikan politik dan Exco dari BERSATU dalam negeri-negeri yang berkaitan dirombak," menurut kenyataan itu.

Mereka mendakwa BERSATU kini hanya mempunyai sokongan enam Ahli Parlimen yang masih kekal bersama parti dan berpendapat kedudukannya dalam PN tidak lagi memberi nilai tambah kepada gabungan tersebut.

“Jika BERSATU kekal dalam PN, maka kelemahan BERSATU dan keangkuhan Muhyiddin akan melumpuhkan PN,” menurut kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

PAS SANGGAH BIRO POLITIK BERSATU26 Mei 2026Kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat terhadap Setiausaha Agung PAS adalah tid...
27/05/2026

PAS SANGGAH BIRO POLITIK BERSATU

26 Mei 2026

Kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat terhadap Setiausaha Agung PAS adalah tidak tepat, mengelirukan serta jelas berniat serong bertujuan mencemarkan kredibiliti PAS.

Tuduhan kononnya PAS tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis berlaku adalah fitnah yang tidak berasas sama sekali.

PAS masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Bersatu serta bersedia untuk mendedahkannya dalam platform yang lebih sesuai.

Hakikat yang tidak disebut juga adalah mesej Setiausaha Agung Bersatu kepada Setiausaha Agung PAS pada 5 Mei 2026 (hari kenyataan media dua ADUN BERSATU Negeri Sembilan dibuat) adalah hanya MEMAKLUMKAN keputusan mesyuarat tergempar Biro Politik Bersatu Pusat mengubah pendirian sekaligus bertentangan dengan pendirian Perikatan Nasional yang telah dipersetujui bersama terlebih dahulu mengenai krisis di Negeri Sembilan.

Satu lagi fakta yang sengaja disembunyikan adalah tindakan Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar Perlis adalah tanpa merujuk Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Begitu juga dengan dakwaan kononnya Presiden PAS sengaja tidak datang mengadap Tuanku Raja Perlis pada 25 Oktober 2025 juga adalah tidak benar, dan tidak berasas sama sekali.

Untuk rekod, tidak pernah Presiden PAS dititah untuk mengadap pada tarikh tersebut, mahupun pada mana-mana tarikh sebelum mahupun selepas kemelut Menteri Besar Perlis berlaku.

Usahlah kegagalan mengurus organisasi kita akhirnya cuba dipindahkan kepada pihak lain demi menutup kelemahan sendiri.

Sekian.

Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS
26 Mei 2026.

PAS SANGGAH BIRO POLITIK BERSATU

26 Mei 2026

Kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat terhadap Setiausaha Agung PAS adalah tidak tepat, mengelirukan serta jelas berniat serong bertujuan mencemarkan kredibiliti PAS.

Tuduhan kononnya PAS tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis berlaku adalah fitnah yang tidak berasas sama sekali.

PAS masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung Bersatu serta bersedia untuk mendedahkannya dalam platform yang lebih sesuai.

Hakikat yang tidak disebut juga adalah mesej Setiausaha Agung Bersatu kepada Setiausaha Agung PAS pada 5 Mei 2026 (hari kenyataan media dua ADUN BERSATU Negeri Sembilan dibuat) adalah hanya MEMAKLUMKAN keputusan mesyuarat tergempar Biro Politik Bersatu Pusat mengubah pendirian sekaligus bertentangan dengan pendirian Perikatan Nasional yang telah dipersetujui bersama terlebih dahulu mengenai krisis di Negeri Sembilan.

Satu lagi fakta yang sengaja disembunyikan adalah tindakan Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar Perlis adalah tanpa merujuk Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Begitu juga dengan dakwaan kononnya Presiden PAS sengaja tidak datang mengadap Tuanku Raja Perlis pada 25 Oktober 2025 juga adalah tidak benar, dan tidak berasas sama sekali.

Untuk rekod, tidak pernah Presiden PAS dititah untuk mengadap pada tarikh tersebut, mahupun pada mana-mana tarikh sebelum mahupun selepas kemelut Menteri Besar Perlis berlaku.

Usahlah kegagalan mengurus organisasi kita akhirnya cuba dipindahkan kepada pihak lain demi menutup kelemahan sendiri.

Sekian.

Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Penerangan PAS
26 Mei 2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1294941695962280&id=100063393840098

Kenyataan media Perikatan Nasional
16/05/2026

Kenyataan media Perikatan Nasional

16/05/2026

"Teruskan perjuangan saya selepas saya tiada..
Buatlah sedaya upaya untuk memenangkan Islam di muka bumi ini sebelum pergi bertemu Allah"

- Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

“wahai anak muda, teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua, tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya, impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat”

-Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

TAKBIR

Address

Segamat
Segamat
85000

Telephone

+601117892311

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panji-Panji Kemenangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Panji-Panji Kemenangan:

Shortcuts

Share