Roda Viral

Roda Viral Automotive channel by Trendztok Official

Bagi orang lama seperti saya dan kebanyakan pembaca Mekanika, MG atau nama panjangnya Morris Garages bukanlah jenama aut...
12/11/2024

Bagi orang lama seperti saya dan kebanyakan pembaca Mekanika, MG atau nama panjangnya Morris Garages bukanlah jenama automotif yang terlalu asing. Malah, Mg pernah berada di Malaysia pada era 1960-an lalu sebelum perlahan-lahan hilang dari pasaran.

Tahun ini, MG yang mula ditubuhkan di England pada tahun 1924 sudah menginjak usia 100 tahun. Cukup dikenali sebagai jentera yang berorientasikan kepada perlumbaan, MG telah melalui banyak jatuh bangun dalam industri automotif. Biarpun begitu, ia dilihat semakin maju selepas dibeli oleh SAIC Motor dari China pada tahun 2007.

Di pasaran tempatan, kenderaan MG dipasarkan oleh SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. Pengenalan jenama itu dimulakan menerusi rangkaian model elektrik sepenuhnya (EV) iaitu MG ZS EV dan MG4 dan pada Mac lalu. Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, SAIC Motor Malaysia memperkenalkan p**a sedan MG5 pada Oktober 2024.

MG sedar, sebagai pencabar baharu dalam pasaran sedan segmen B yang dikuasai oleh model-model seperti Honda City, Toyota Vios dan terbaharu Proton S70, MG5 perlu tampil dengan kelebihan tersendiri untuk menarik minat para pembeli.

Baru-baru ini, Mekanika berpeluang menyertai sesi pandu uji MG5 selama dua hari satu malam yang melibatkan perjalanan hampir 800km bermula dari Kuala Lumpur ke Desaru, Johor dan kembali semula ke ibu kota keesokan harinya.

Dari segi penampilan, sedan yang diimport sepenuhnya dari Thailand itu nyata menyerlah dengan rekaan gril radiator besar yang diberi nama 3D Burning Grille berwarna hitam serta diapit oleh sepasang lampu utama LED jenis projektor nipis automatik.

Melihat dari arah sisi, penampilan sedan dengan gayaan fastback coupe itu semakin menarik menerusi garis badan berotot pada bahagian atas roda belakang dan penggunaan rim Tomahawk dua tona bersaiz 17 inci.

Dibalut oleh tayar Maxxis Premitra 5, kualiti pengendalian dan kesenyapan kabin masih agak memuaskan dan hampir setara dengan mana-mana pesaingnya di pasaran.

Rekaan sporty itu diteruskan pada bahagian belakang dengan ducktail spoiler, tiga jalur lampu LED 3D, kemasan sepasang tip ekzos (hiasan semata-mata) dan air diffuser di bawah bampar. Harus tahu juga bahawa walaupun MG5 dikategorikan sebagai sedan segmen B, jarak roda dan keseluruhan dimensi hampir menyamai sedan segmen C seperti Honda Civic dan Toyota Altis.

Masuk ke ruang kabin, pemandu disambut oleh rekaan papan pemuka yang ringkas tetapi tidak nampak murah. Ini banyak dibantu oleh penggunaan beberapa material berbeza pada bahagian atas papan pemuka, corong pendingin hawa, butang kawalan, panel pintu, stereng dan tombol gear.

MG berjaya membuatkan penggunaan semua material itu kelihatan dan rasa harmoni tanpa ada rasa pelik ketika berada di dalam kabin sedan ini. Biarpun anda tidak menjumpai material lembut pada mana-mana permukaan sentuhan dalam kabin tersebut. Urusan untuk mendapatkan posisi pemanduan terbaik juga lebih mudah dengan tempat duduk pemandu boleh dilaras secara elektrik.

Untuk memberikan rasa pemanduan yang lebih sporty, papan pemuka dan skrin infotainmen diposisikan ke arah pemandu.

Cuma, saya fikir skrin bersaiz 10.25 inci tu agak kecil, manakala kualiti visual, kamera 360 darjah serta respons skrin p**a seharusnya lebih baik. Nasib baik ia didatangkan dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto yang perlu disambung menggunakan wayar, jadi kuranglah sedikit rasa kecewa.

Kekurangan tersebut bagaimanapun ditimbal semula dengan paparan LCD Virtual Cockpit yang memaparkan pelbagai maklumat pemanduan. Antaranya ialah G force dan catatan masa pecutan 0-100km/j. Dah macam kereta racing…

Bagi membuatkan MG5 lebih up-market berbanding pesaingnya, jentera itu dipasang dengan bumbung suria sebagai satu ciri standard.

Beralih ke tempat duduk belakang, dimensinya yang hampir menyamai sedan segmen C nyata memberi kelebihan terutama pada kelegaan kaki dan bahu. Memandangkan sedan itu mengaplikasan rekaan coupe, ruang kepala bagaimanapun sedikit terhad dan mungkin boleh membuatkan penumpang yang tinggi rasa kurang selesa untuk menempuh perjalanan jauh.

Lantai yang hampir rata membolehkan penumpang di di kerusi tengah boleh duduk dengan mudah. Konsol tengah dengan satu corong udara dan satu slot USB-A p**a mungkin membuatkan penumpang belakang terpaksa berebut untuk menyejukkan badan serta mengecas peranti pintar masing-masing.

Penyandar badan untuk penumpang belakang juga tidak didatangkan dengan perehat tangan atau tempat meletak minuman. Jadi, anda terpaksa berdamai dengan meletakkan botol minuman pada poket di belakang penyandar kerusi hadapan atau pada peket pintu.

Sekarang, jom pandu MG5 ke Desaru. MG5 menggunakan khidmat enjin empat silinder DOHC aspirasi biasa (NA) yang mampu menjana kuasa sehingga 114PS dan tork maksimum 150Nm. Dipadankan dengan kotak gear CVT 8 kelajuan, kuasa berkenaan disalurkan ke roda hadapan. Saya kena akui bahawa kereta itu berasa sedikit berat terutama ketika hendak memulakan perjalanan dan memotong kenderaan lain.

Namun, apabila ia sudah mendapat momentum, MG5 menawarkan pemanduan yang cukup mengujakan terutama jika anda menggunakan mode Sport. Cuma, penukaran kedudukan gear perlu diserahkan sepenuhnya kepada sistemnya kerana MG5 tidak didatangkan dengan paddle shifter.

Tetapi kalau rajin, anda boleh sahaja menukar kedudukan gear secara manual menggunakan tombol gear. Dari segi pengendalian dan keselesaan, MG5 dipasang dengan tetapan suspensi jenis topang MacPherson di depan dan torsion beam pada roda belakang. Kombinasi tersebut masih boleh dikatakan agak bagus kerana tidak membuatkan sedan itu beroleng seperti sampan apabila melalui jalan yang tidak rata.

Untuk makluman, MG5 turut hadir dengan enjin 1.5 liter turbo di pasaran lain. Saya yakin, padanan enjin turbo itu akan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menarik. Jadi, adakah enjin berkenaan akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia? Mungkin, sama-samalah kita tunggu.

Walaupun mempunyai badan yang lebih besar dan berat, MG5 masih mampu memberikan penggunaan bahan api yang agak baik. Dalam perjalanan p**ang ke Kuala Lumpur dengan pemanduan lebih relaks dan santai, bahan api yang dicatatkan adalah sekitar 7.5 hingga 8 liter bagi setiap 100km. Ok lah tu kan? Hasilnya, kami berjaya tiba di Kuala Lumpur dengan minyak masih berbaki separuh di dalam tangki.

Di pasaran Malaysia, MG5 hanya ditawarkan dalam satu varian pada harga RM93,900 dan selepas ditolak dengan rebat sebanyak RM7,000 harganya kini menjadi RM86,900 seunit.

Harus diakui bahawa harga tersebut cukup menarik untuk menggodakan bakal pembeli. Cuma, untuk menggugat status quo yang sudah sekian lama dipegang oleh Honda City dan Toyota Vios bukanlah satu tugas yang mudah, tetapi tidaklah mustahil.

MODENAS selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia telah pun mengumumkan harga jualan bagi Kawasaki Ninja ZX-6R.M...
11/11/2024

MODENAS selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia telah pun mengumumkan harga jualan bagi Kawasaki Ninja ZX-6R.

Motosikal segmen supersport bersesaran 636cc itu sudah boleh ditempah dengan harga jualan RM59,900 dengan penyerahan kepada 50 pelanggan pertama akan dibuat pada Februari 2025.

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-6R yang dijual di Malaysia itu merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dan terlebih dahulu telah pun dieksport ke pasaran China awal tahun ini.

Untuk rekod, Ninja ZX-6R versi CKD itu merupakan model generasi terbaru yang telah menerima peningkatan signifkan. Selain dari reka bentuk lampu hadapan baharu, panel badan sisi juga berbeza berbanding generasi sebelumnya. Namun, beberapa aspek termasuk kerangka utama dan tangki masih lagi sama.

Peningkatan terbesar memfokuskan bahagian enjin yang telah dinaik taraf bagi mencapai emisi Euro 5 terbaru. Ninja ZX-6R ini juga dikemas kini dengan panel meter TFT 4.3-inci baharu.

Antara usaha lain untuk memodenkan ZX-6R adalah dengan menawarkan empat mod baharu; Sport, Road, Rain dan Rider dengan setiap mod dipadankan bersama tetapan ‘traction control’ dan kuasa berbeza; Low atau Full. Sementara itu, mod Rider membolehkan penunggang membuat tetapan mengikut kesesuaian sendiri.

Bagi mencapai emisi Euro 5, Kawasaki menaik taraf profil cam yang melancarkan aliran kuasa pada rpm rendah namun tindakan itu tidak membantu dalam meningkatkan kuasa puncak. Meskipun begitu, enjin empat silinder 636cc itu berupaya menjana 122hp pada 13,000rpm dan 70Nm pada 11,800rpm. Menariknya, Kawasaki mendakwa kuasa puncak hadir 500rpm lebih awal.

ZX-6R baharu ini masih lagi mengekalkan suspensi Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) dan monoshock yang sama seperti model sebelumnya. Namun, pakej brek di pertingkat kepada cakera brek 310mm yang dipadankan bersama tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

RASMI: SUZUKI GSX-S1000GX TIBA DI PENGEDAR – RM89,900Selepas mempamerkan GSX-S1000GSX ketika di Malaysia Autoshow 2024 b...
25/10/2024

RASMI: SUZUKI GSX-S1000GX TIBA DI PENGEDAR – RM89,900

Selepas mempamerkan GSX-S1000GSX ketika di Malaysia Autoshow 2024 bulan Mei lalu, motosikal ‘sport-tourer’ itu akhirnya tiba di pengedar dengan harga jualan rasmi RM89,900.

GSX-S1000GX merupakan solusi Suzuki dalam menyaingi segment ‘sport touring’ yang ketika ini didominasi Kawasaki Versys 1000, Yamaha Tracer 9 GT dan BMW S 1000 XR. Meskipun begitu, Suzuki menggelar GSX-S1000GX ini sebagai motosikal ‘crossover’.

Menariknya, bagi memastikan model serba baharu ini mencuri perhatian, GSX-S1000GX merupakan model pertama Suzuki yang hadir dengan suspensi elektronik menerusi Suzuki Advanced Electronic Suspension selain dari Suzuki Road Active Stablization dan Suzuki Floating Ride Control. Fungsi ‘quickshifter’ juga didatangkan secara standard.

Mengguna pakai enjin sama dari GSX-S1000 (enjin 4-silinder 999cc K5), GSX-S1000GX ini menawarkan 152hp dan 106Nm. Ciri lain yang ditawarkan termasuk program SRAS (Suzuki Road Adaptive Stabilization) yang turut bekerjasama dengan sistem SAES.

Antara fungsi lain ditawarkan termasuk:

Suzuki Drive Mode Selector Alpha

ride-by-wire
quickshifter (atas/bawah)
smart cruise control
sistem motion track brake
sistem Slope Dependent Control
Suzuki Easy Start
Low RPM Assist

Untuk makluman, kami diberitahu bahawa set ‘panniers’ tidak didatangkan secara standard pada GSX-S1000GX di Malaysia.

PEUGEOT 408 GT, LAMBORGHINI URUS VERSI BAJET?Sekiranya anda fasih dan biasa dengan model Peugeot satu ketika dulu, anda ...
25/10/2024

PEUGEOT 408 GT, LAMBORGHINI URUS VERSI BAJET?

Sekiranya anda fasih dan biasa dengan model Peugeot satu ketika dulu, anda akan biasa melihat model 408 yang dihasilkan dalam bentuk sedan. Namun pada hari ini model 408 ini telah mengalami evolusi yang cukup luar biasa, berubah daripada sedan kepada kereta dengan rekaan yang cukup unik.

Daripada depan, 408 GT ini nampak seperti sedan, kelihatan sebagai sebuah wagon dari sisi tetapi berubah menjadi seakan crossover dari belakang dengan rekaan bumbung digayakan seperti sebuah fastback. Mungkin kita boleh gelarkan 408 Gt ini sebagai crossback iaitu gabungan fastback dan crossover.

Dari segi saiz, panjang 406 GT mencapay 4687mm, lebar 1859mm manakala tinggi hanya 1487mm. Lantai platform p**a dinaikkan kepada 189mm menjadikannya seakan sebuah crossover. Rekaan depan menggunakan lampu depan, hud depan, cermin dan pintu yang sama dari model 308

Dengan rekaan ala-ala fastback, pekali geseran 408 GT direndahkan kepada 0.28 dan juga memberikan ruang kepala yang luas di bahagian belakang. Spoiler belakang dengan rekaan telingan kucing p**a direka bagi menempatkan engsel pintu but belakang

Jurutera Peugeot mengambil masa sehingga 7 tahun bagi menghasilkan 408 GT di atas platform EMP2 V3 ini, dan 18 bulan masa diperlukan untuk memperhalusi rekaan rim Monolith 20 inci. Tapi jujurnya, penulis rasakan rekaan ini tetap buruk

Sekiranya anda menukar rim Monolith ini kepada rekaan yang lebih agresif, 408 GT memang nampak seperti Lamborghini Urus jadian. Bagi varian GT, 408 ini turut dilengkapkan dengan lampu matrik LED, lampu DRL Claw Design , lampu belakang 3D Claw Design dan tiada kemasan krom pada bahagian luar.

408 GT juga menggunakan enjin Puretech 1600cc 4 silinder turbo yang menjana sehingga 215 kuasa kuda dan 300Nm tork, jauh lebih berkuasa dari enjin Prince lama. Dengan penggunaan gear automatik 8 kelajuan, bacaan bahan api adalah sekitar 13.14km per liter petrol

Rekaan dalaman kabin 408 GT aalah mirip dengan model 308 yang baru, dengan ruang tengah papan pemuka menempatkan skrin multimedia 10 inci lengkap dengan sambungan Apple Car Play dan Android Auto tanpa wayar.

Khas bagi varian GT juga ialah sistem 10 pembesar suara daripada jenama Focal yang menghasilkan 650 watt. Di bawah skrin terdapat ciri i-Toggle iaitu skrin kecil bagi mengawal sistem penyaman udara yang digabungkan dengan butang fizikal

Rekaan unik Peugeot termasuklah rekaan stering yang kecil, dan rata di bahagian atas serta bawah. Meter Digital p**a datang dengan ciri 3D Quartz i-Cockpit yang nampak seperti hologram.

Hanya varian GT menerima kemasan kulit nappa, kusyen depan dengan memori, ciri urutan, penapis penyaman udara, lampu kabin 8 pilihan, jahitan benang kuning serta kemasan alcantara pada bahagian pintu.

Penumpang belakang boleh menikmati pandangan ke luar menerusi cermin suria panaromik, 4 poin USB dan juga ruang but belakang sebesar 536 liter. Ruang kargo ini boleh dibesarkan menjadi 1583 liter apabila kusyen belakang dilipat

Respon yang dihasilkan oleh enjin Puretech ini memang mengujakan, mampu memberikan pecutan 0-100km/jam dalam masa 7.9 saat dengan halaju tertinggi dihadkan pada 220km/jam. Terdapat 3 mod pemanduan yang boleh dipilih samaada Sport, Eco ataupun Normal

Pada kebanyakan masa penulis memang menggunakan mode Normal melainkan penulis perlu mengejar BMW 5 Series ataupun Mercedes Benz C200 di lebuh raya.

Respon gear adalah pantas dan agresif pada halaju tinggi, mungkin respon klac terlalu agresif sehingga menyebabkan operasi ketika halaju perlahan (dalam kesesakan jalan raya) menjadi kurang lancar

Sistem suspensi p**a menggunakan McPherson pada roda depan dan Coupled Torsion Beam pada roda belakang. Sistem ini adalah sistem torsion beam yang membenarkan sedikit pergerakan beam dalam pemanduan. Ia direka dengan sedikit keras, sporti tetapi tidak terlalu keras sehingga menyebab keselesaan terganggu.

Sistem suspensi p**a menggunakan McPherson pada roda depan dan Coupled Torsion Beam pada roda belakang. Sistem ini adalah sistem torsion beam yang membenarkan sedikit pergerakan beam dalam pemanduan. Ia direka dengan sedikit keras, sporti tetapi tidak terlalu keras sehingga menyebab keselesaan terganggu.

Mungkin ia berada dalam skala 6.5/10, dan pada pendapat penulis ia cukup seimbang melainkan anda memandu 408 GT di atas garisan kuning pada halaju tinggi barulah 408 GT terasa sedikit meloncat. Namun pada halaju tinggi ia cukup stabil terutama jika anda perlu mencelah kenderaan yang perlahan.

Rekaan brek p**a menggunakan angkup jenis terapung bagi mengurangkan geseran ketika bergerak. Respon pedal brek dirasakan agak lembut dan tidak agresif. Kedudukan pedal brek dan minyak p**a berada dekat antara satu sama lain

Gabungan respon brek yang lembut dan kedudukan pedal yang dekat membolehkan anda mengasah kemahiran trail braking ketika selekoh ataupun left foot braking. Malah anda boleh membuat trail braking dengan menekan pedal minyak dan brek menggunakan kaki kanan sahaja dengan sebelah kaki sedia memijak pedal minyak

Diameter stering p**a adalah kecil dan agresif, memerlukan hanya sekitar 1.4 pusingan sahaja untuk pusingan penuh ke kanan atau kiri. Disebabkan isu ini, penulis mengambil pendekatan berhati-hati ketika menggunakan stering. Memberikan input dengan cermat semasa di selekoh, tapi tidaklah sampai menyebabkan menyusahkan pemanduan

Dalam aspek keselamatan, 408 GT lengkap dengan semuac curi keselamatan aktif dan terkini merangkumi Traffic Sign Recognition, Hud Depan Aktif untuk pejalan kaki, sistem pemanduan adaptif, amaran titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan sistem pemantauan tekanan angin tayar

Seperti biasa, 408 GT juga ada beberapa kelemahan yang perlu diterima oleh bakal pemilik. Antaranya ialah ruang simpanan di papan pemuka yang agak kecil dengan bentuk yang tidak mesra pengguna, rim 20 inci Monolith dengan rekaan yang pelik serta operasi gear yang tidak lancar

Dari segi penawaran harga Peugeot 408 ditawarkan dalam 3 varian dengan harga termurah bermula dari RM 146,000 manakala varian GT datang dengan harga RM 196,000. Ia masih merupakan kereta Continental termurah yang ditawarkan pada hari ini.

Stellantis Malaysia menawarkan 7 tahun jaminan dengan 5 tahun servis percuma. Pemilik hanya perlu membayar kos upah sahaja. Bagi penulis, harga yang ditawarkan adalah masuk akal dan berbaloi. Cuma harapannya ialah Stellantis boleh menjaga aspek servis selepas jualan bagi menjaga nama Peugeot

SUV KOMPAK SEBENARNYA JAUH LAGI BERBALOISport Utility Vehicle ataupun singkatanya SUV adalah kenderaan pelbagai fungsi y...
25/10/2024

SUV KOMPAK SEBENARNYA JAUH LAGI BERBALOI

Sport Utility Vehicle ataupun singkatanya SUV adalah kenderaan pelbagai fungsi yang menjadi pilihan kepada generasi muda dan millennial pada hari ini.

Namun dengan keperluan masa kini, SUV dengan saiz kompak mula meraih pop**ariti dalam mendepani cabaran hidup hari ini Sebagai contoh Honda WR-V datang dengan panjang mencapai 4060mm dan lebar sekitar 1780mm, tidak jauh berbeza dengan kereta kompak harian yang biasa.

Saiz yang kompak ini membolehkan Honda WR-V senang untuk menyelit dan mencelah di kesesakan trafik luarbiasa ibukota Tapi yang membezakan Honda WR-V dengan kereta kompak ataupun hatchback ialah ketinggian atau jarak kelegaan cesi dengan permukaan jalan yang mencecah sehingga 207mm.

Jarak kelegaan ini membolehkan Honda WR-V meredah banjir kilat kotaraya atau melalui jalan tak berturap di desa dengan mudah.

Malah ciri ini membolehkan pemandu untuk masuk dan keluar dari Honda WR-V dengan selesa serta mudah.

Saiz yang kompak juga membenarkan Honda WR-V memiliki radius pusingan pada 5.2m sahaja, memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan di petak parkir sempit dengan senang.

Tambah menyenangkan apabila Honda WR-V turut dipasang dengan kamera undur multi sudut bagi membantu proses parkir.

Walaupun kelihatan kompak, Honda WR-V menawarkan ruang kargo sehingga 380 liter dan fleksibiliti ruang dengan keupayaan membesarkan ruang kargo apabila kusyen belakang dilipat.

Berbeza dengan SUV tradisional, SUV kompak seperti Honda WR-V dibina dengan menggunakan platform unibody yang lebih ringan dan lebih tegar yang menawarkan pemanduan bagaikan kereta di selekoh.

Cesi yang ringan seperti Honda WR-V membenarkan ia dikuasakan dengan enjin petrol yang cekap tenaga, iaitu enjin 1500cc 4 silinder DOHC i-VTEC yang menjana sehingga 121PS dan 145Nm tork.

Tapi pada masa yang sama enjin ini juga hanya menggunakan 6 liter petrol bagi setiap 100km perjalanan. Selain daripada memudahkan pemandu untuk keluar masuk, SUV kompak seperti Honda WR-V yang datang dengan posisi pemanduan yang tinggi menawarkan penglihatan yang lebih baik pada pemandu.

Kedudukan yang tinggi serta berat juga memainkan peranan dalam menawarkan perlindungan yang bagus bagi SUV Kompak. Sebagai contoh Honda WR-V mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

Pengiktirafan ini diperkukuhkan lagi dengan penawaran pelbagai ciri keselamatan aktif yang ada pada Honda WR-V seperti Lane Departure Warning, Road Departure Mitigation, Lane Keep Assist System, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Auto High Beam, Adaptive Cruise Control dan Lead Car Departure Notification System.

Maka tidak hairanlah dengan semua faktor di atas, ia menjadikan Honda WR-V salah satu SUV kompak pilihan pengguna.

Apatah lagi ia datang dengan rekaan luar yang sporti bergaya yang menarik perhatian golongan muda, seperti rim aloi 17-inci, lampu utama LED dengan lampu signal sequential dan juga lampu kabus, ciri Apple Car Play & Android Auto, balutan kulit untuk kusyen, dan juga sambungan pintar antara telefon dan Honda WR-V melalui sistem Honda CONNECT.

Jika berminat, jentera itu ditawarkan dalam empat varian iaitu1.5L S (RM 89,900), 1.5L E (RM 95,900), 1.5L V (RM 99,900), dan 1.5L RS (RM 107,900) menjadikan Honda WR-V antara SUV kompak premium terlaris di pasaran tempatan.

Cara-Cara Senang Lulus Pinjaman / Loan KeretaUntuk mereka yang pertama kali nak beli kereta atau yang baru belajar nak b...
25/10/2024

Cara-Cara Senang Lulus Pinjaman / Loan Kereta

Untuk mereka yang pertama kali nak beli kereta atau yang baru belajar nak buat pinjaman dengan bank mesti kurang arif pasal proses yang ada untuk bantu pinjaman korang mudah lulus.

Tidak dinafikan proses loan agak rumit dan mengelirukan, ye la kan kita nak pinjam duit dari bank sudah semestinya bank atau creditor nak kenal siapa kita dan kemampuan kita untuk membayar semula hutang tersebut.

Jadi untuk pastikan proses permohonan lebih senang bagi kedua-dua pihak, anda sebagai peminjam perlu tahu dan kena sediakan beberapa dokumen penting supaya anda tahu dengan siapa anda berhutang dan kebolehan untuk membayar bulanan pinjaman tersebut.

Kami juga akan berkongsi strategi yang berkesan untuk meningkatkan skor kredit anda, yang memainkan peranan penting dalam kelulusan pinjaman

Memahami Proses Pinjaman Kereta di Malaysia
Sebelum anda mula memohon pinjaman atau loan kereta, adalah penting untuk memahami bagaimana proses tersebut berfungsi di Malaysia.

Proses ini biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:

Pra-kelulusan:
Ini adalah peringkat awal di mana anda menilai kelayakan anda untuk pinjaman kereta. Anda boleh menyemak skor kredit anda dan membuat sedikit kajian tentang bakal pemberi pinjaman (bank atau creditor) untuk mencari tawaran terbaik.

Permohonan:
Setelah anda menemui pemberi pinjaman yang sesuai, anda perlu melengkapkan borang permohonan. Ini biasanya melibatkan penyediaan maklumat peribadi dan kewangan, serta butiran tentang kereta yang ingin anda beli.

Selalunya nak senang Sales Advisor yang akan tolong anda untuk submit dokumen tersebut. So kalau beli kereta Perodua baru, anda perlu hubungi Sales Advisor Perodua di sini.

Kelulusan:
Pemberi pinjaman iaitu bank atau creditor akan menyemak permohonan anda dan menentukan sama ada untuk meluluskan pinjaman anda ataupun tidak.

Proses ini boleh mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung pada keperluan bank / creditor dan kelayakan kredit anda.

Pengeluaran / Disbursement:
Jika pinjaman anda diluluskan, bank atau creditor akan mengagihkan jumlah pinjaman kepada pengedar (kalau beli kereta Perodua baru, duit akan masuk ke syarikat Perodua) atau penjual kereta, dan anda boleh memiliki kereta itu.

Ambil perhatian bahawa proses pinjaman kereta boleh berbeza-beza bergantung pada pemberi pinjaman dan keadaan individu anda.

Sesetengah bank atau creditor mungkin memerlukan dokumen tambahan atau mempunyai kriteria kelayakan khusus, jadi penting untuk melakukan kajian anda dan bertanya soalan-soalan yang perlu sebelum memohon (contoh: interest rate, berapa tahun loan dan lain-lain).

Kepentingan Skor Kredit Yang Baik (CCRIS)
Skor kredit ialah salah satu faktor terpenting dalam menentukan sama ada pinjaman anda akan diluluskan ataupun tidak.

Skor kredit ialah perwakilan berangka bagi kelayakan kredit anda, berdasarkan faktor seperti sejarah pembayaran anda, penggunaan kredit dan tempoh sejarah kredit.

Bank / creditor menggunakan skor kredit anda untuk menilai risiko meminjamkan wang kepada anda.

Skor kredit yang lebih tinggi menunjukkan bahawa anda seorang peminjam berisiko rendah, manakala skor yang lebih rendah menunjukkan bahawa anda mungkin berisiko lebih tinggi.

Untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman kereta, anda perlu mempunyai skor kredit yang baik.

Anda boleh menyemak skor kredit anda secara percuma dalam talian melalui laman web CCRIS yang dimiliko oleh Bank Negara Malaysia (BNM) (eccris.bnm.gov.my) dan mengambil langkah untuk memperbaikinya, seperti membayar bil tepat pada masanya, mengurangkan baki kad kredit dan mengelakkan permohonan kredit baharu.

Untuk mereka yang tak pernah ada rekod CCRIS dan baru bekerja boleh apply kad kredit sebagai langkah pertama membina kredit profil anda.

Kalau yang baru habis belajar jangan lupa hutang PTPTN tu perlu dibayar. Anda juga boleh mendapat pengurangan pinjaman sekiranya anda grad dengan nilai CGPA yang bagus.

Sediakan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Pinjaman Kereta
Kalau korang beli kereta cash boleh skip part ni.

Anda perlu menyediakan dokumen tertentu untuk menyokong permohonan anda.

Senarai dibawah adalah dokumen yang biasa diminta oleh bank / creditor:

Dokumen pengenalan, seperti kad pengenalan
Bukti pendapatan, seperti slip gaji atau penyata bank
Bukti kediaman, seperti bil utiliti atau perjanjian penyewaan
Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta Baru Perodua

Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan Semasa Proses Pinjaman Kereta
Terdapat beberapa kesilapan yang selalu orang buat perlu dielakkan semasa proses permohonan loan, iaitu:

Memohon Terlalu Banyak Pinjaman Sekaligus
Setiap permohonan pinjaman boleh menurunkan skor kredit anda, jadi adalah penting untuk memohon kepada bank yang anda mungkin ada peluang tinggu diluluskan sahaja.

Dan untuk pengetahuan anda setiap kali anda memohon loan, dalam sistem bank seluruh Malaysia, akan ada satu data yang menunjukkan anda pernah memohon pinjaman yang sama sebelum ini di bank lain.

Gagal Membaca Perjanjian Pinjaman
Sentiasa baca perjanjian pinjaman dengan teliti dan fahami terma dan syarat sebelum menandatangani.

Hal ini kerena setiap bank ada penalti dan cas tersendiri sekiranya anda lewat membayar, dan lain-lain. Jadi ketahui cas-cas tersebut supaya anda fahami risiko yang anda ambil untuk dapatkan pinjaman dari bank.

Terlebih Pinjaman
Elakkan meminjam lebih daripada yang anda mampu bayar, kerana ini boleh menyebabkan tekanan kewangan.

Mengabaikan Kos Lain
Mengambil kira kos lain yang berkaitan dengan memiliki dan penjagaan kereta, seperti cukai jalan (roadtax), insurans, penyelenggaraan (service maintenance), perbelanjaan bahan api (minyak), tol, parking dan lain-lain.

Tidak Membuat Kajian
Sentiasa bandingkan bank-bank di Malaysia untuk mencari tawaran terbaik yang sesuai dengan kemampuan anda.

Kalau dapat interest rate rendah lagi bagus.

Tips: Bila Perlu Tukar Bateri Kereta?Kebiasaannya, kedudukan bateri kereta terletak pada bonet (bahagian hadapan) tetapi...
25/10/2024

Tips: Bila Perlu Tukar Bateri Kereta?

Kebiasaannya, kedudukan bateri kereta terletak pada bonet (bahagian hadapan) tetapi kedudukan bateri ini bergantung kepada kenderaan yang anda pandu sebab ada terletak kat bahagian kiri, ada kat bahagian kanan.

Manakala jangka hayat bateri kereta p**a bergantung pada kekerapan anda menggunakan kereta anda.

Kalau jenis kerja perlukan anda bergerak kesana kesini atau melakukan e-hailing, bateri kereta akan cepat habis.

Adakah anda tahu bahawa semasa nak start enjin kereta, tenaga daripada bateri diperlukan? serta kebanyakkan aksesori kereta seperti lampu, dashcam, dan lain-lain juga perlukan tenaga daripada bateri.

Jadi mesti anda tertanya-tanya bila perlu tukar bateri ni sebenarnya, berapa lama jangkat hayat bateri, betul tak?

Jangka Hayat dan Bila Perlu Tukar Bateri Kereta?

Biasanya, jangka hayat bateri kereta ini adalah 1-2 tahun. Kalau beli bateri kereta di kedai akan dapat waranti sehingga 12-16 bulan.

Kalau agak-agak dah setahun pakai bateri, boleh la mula untuk check keadaan bateri masih bagus atau tidak. Kadang-kadang ada kereta yang banyak penggunaan bateri jadi dalam masa setahun mesti kena tukar.

RASMI: CFMOTO 500SR VOOM KINI DI MALAYSIA- 78HP, RM35,888CFMOTO merupakan antara jenama baharu yang kami ekori rapat ter...
24/10/2024

RASMI: CFMOTO 500SR VOOM KINI DI MALAYSIA- 78HP, RM35,888

CFMOTO merupakan antara jenama baharu yang kami ekori rapat terutamanya melibatkan perkembangan model baharu. Ini kerana Malaysia merupakan antara negara yang menerima model baharu dari jenama itu.

Baru-baru ini, jenama motosikal dari China itu bingkas mencuri tumpuan apabila mendedahkan dua model baharu menerusi 500SR VOOM dan 675SR-R.

Kedua-dua model ini menarik perhatian ramai ekoran 500SR VOOM dipacu enjin 4-silinder sementara 675SR-R p**a dipadankan dengan platform 3-silinder.

Bagaimanapun, ketika 675SR-R diumumkan sebagai motosikal untuk pasaran global, CFMOTO memaklumkan 500SR VOOM p**a sebagai model khas untuk pasaran China.

Namun, berita gembira dihadirkan CFMOTO Malaysia apabila telah pun melancarkan 500SR VOOM untuk pasaran tempatan ketika pelancaran pusat pameran CFMoto terbaru di Semenyih, pada Ahad.

Atas kertas, CFMoto 500SR VOOM dikuasakan enjin empat silinder 500cc DOCH yang berupaya menjana 78hp (81.8hp dengan bantuan Ram-Air) dan 49Nm dengan bore 63mm dan stroke 40mm. Ini bermaka, 500SR jelas lebih berkuasa berbanding Kawasaki Ninja ZX-4RR (74hp).

Menariknya, motosikal ini hanya 194kg dengan tangki penuh dan mampu mencapai kelajuan maksima lebih 210km/j.

Selain itu, motosikal segmen sportsbike ini juga dipadankan dengan tayar 120/70-17 depan dan 160/60-17 belakang serta pakej fork dan penyerap hentak dari KYB.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk quickshifter (upshift sahaja) dan klac assist/slipper. Selain itu, steering damper, traction control (2-mod), ABS dwi-saluran serta ESS turut didatangkan secara standard.

Address

Segambut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roda Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Roda Viral:

Share