Kata-Pilar Books

Kata-Pilar Books Penerbit kecil yang bercita-cita tinggi, menyediakan bahan bacaan untuk segenap lapisan pembaca. KataPilar Books, penerbit kecil yang bercita-cita besar

Merupakan antara penerbit buku bertemakan perubatan, kerjaya dan sastera yang diiktiraf.

Pencarian penulis untuk projek 24 KES!=====Kata-Pilar meneruskan lagi projek Siri Kes yang Tak Terlupakan untuk penerbit...
17/07/2025

Pencarian penulis untuk projek 24 KES!
=====
Kata-Pilar meneruskan lagi projek Siri Kes yang Tak Terlupakan untuk penerbitan 2026 (jangkaan).

Syarat:
1) Pastikan kes anda benar-benar-benar-benar kes yang tak dapat dilupakan - bukan saja oleh anda (sebagai penulis) tetapi pembaca yang membacanya.

Antara yang kami cari:
1) Kes yang aneh dan tak dijangka-jangka
2) Kes yang mendebarkan / plot twist
3) Kes yang seram/menakutkan
4) Kes yang lucu
5) Kes yang menyayat hati
6) Kes yang inspirational... atau apa saja yang akan membuatkan pembaca tak pejam mata membacanya.

2) Kerana suntuk, pastikan anda benar-benar berminat untuk KOMITED dalam projek ini. Kami jangkakan penulisan anda siap dalam tempoh SATU MINGGU setelah dipilih.

(Projek sebelum ini banyak tertangguh kerana ada penulis yang ambil masa setahun untuk siapkan)

Pastikan juga tulisan anda benar-benar matang (tulisan / ejaan / bahasa terjaga) dan telah melakukan self editing.

PENTING : Kami sangat menyarankan anda membaca buku-buku siri terdahulu (jika belum oernah) untuk mendapat gambaran bentuk tulisan yang dicari. Ini bagi memudahkan urusan dan mengelakkan tulisan terpaksa ditolak selepas ditulis.

3) HANYA terbuka kepada staf kesihatan - doktor, nurse, MA, PPK, apa jua therapist (speech, behaviour, etc), optometrist, farmasis, dietitian, radiografer, pemandu ambulans, lab technician, dan seumpamanya.

4) Kes ini adalah dari POV anda sendiri sebagai yang terlibat. Bermaksud bukan anda ceritakan kes orang lain. Jika ada, ubah POV supaya menjadi cerita anda sendiri. Cerita anda juga perlulah berdasarkan pengalaman sebenar (walaupun mungkin telah diubahsuai atau tokok tambah)

5) HANYA 1 kes dalam 1 cerita.

6) Jika berminat, sila isikan google form di bawah sebelum 1 Ogos 2025

https://forms.gle/SSm3AEae19Aj89eAA
https://forms.gle/SSm3AEae19Aj89eAA
https://forms.gle/SSm3AEae19Aj89eAA

InsyaAllah editor kami akan memilih kes yang dirasakan sesuai dan menghubungi anda dengan segera.

Terima kasih.

Ulasan karya Khoo Phau Liang, Manusia yang Diikat Jamin Tuhan
15/07/2025

Ulasan karya Khoo Phau Liang, Manusia yang Diikat Jamin Tuhan

Nik Mohd Hafiz Abdullah menyelongkar kepuisian penyair muda Khoo Phau Liang yang penuh renungan dan inti kematangan. Maka, sangat bertepatan untuk

✨TAHNIAH✨Bara Hujan karya Rudi Mahmood kini mengukir sejarah tersendiri apabila memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysi...
10/07/2025

✨TAHNIAH✨

Bara Hujan karya Rudi Mahmood kini mengukir sejarah tersendiri apabila memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022 bagi kategori Kumpulan Puisi! 📚🏆 Sebelum ini, naskhah ini juga telah merangkul Hadiah Sastera Kelantan 2021.

Sebagai penghargaan, promosi khas untuk pembelian buku ini kini berlangsung sehingga 20 Julai 2025! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki karya puitis yang menghangatkan jiwa ini. ❤️‍🔥

📖 Dapatkan sekarang di sini:
👉 https://katapilar.onpay.my/order/form/hadiahsasteraperdana

Program Baucar Buku Guru Madani 2025 kini bermula ‼️📚 Ayuh manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan karya-karya sasteraw...
02/07/2025

Program Baucar Buku Guru Madani 2025 kini bermula ‼️

📚 Ayuh manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan karya-karya sasterawan negara yang menginspirasi jiwa daripada Kata-Pilar Books! 😍🔥

📅 1 Julai – 30 September 2025

Para pendidik di seluruh negara boleh mula menebus Baucar Buku Guru Madani bernilai RM100 melalui portal BookCapital! 💸 Imbas QR code dan nikmati buku pilihan anda sekarang! 📚❤️

Editor/proof-reader/layout artist diperlukan====Untuk pengetahuan semua, kami (Kata-Pilar) sedang menyusun semula organi...
20/06/2025

Editor/proof-reader/layout artist diperlukan
====
Untuk pengetahuan semua, kami (Kata-Pilar) sedang menyusun semula organisasi kami kerana terdapat perubahan yang agak besar. Selepas ini orientasi kerja kami akan mula banyak menumpukan kepada out-sourcing (sebelum ni ada, tapi tidak lah terlalu banyak). Sehingga kami dapat tenaga kerja yang cukup, kami mungkin memerlukan khidmat-khidmat free-lancer untuk projek-projek yang tertangguh dan bakal dimulakan.

Jadi jika anda berpengalaman dan berminat sebagai free-lance editor, layout artist dan proof-reader, mohon tinggalkan butir diri anda dalam google-form ini. Kami akan simpan sebagai database kami. Mudah nak cari dan pilih jika memerlukan.

Editor: https://forms.gle/cCQ5J8v7ERzeoLLWA

Proof-reader: https://forms.gle/apLDqXCMGsMr8VTAA

Layout artist: https://forms.gle/yh6q1B9VCaEfkynX9

Terima kasih
Gambar hiasan

Terima kasih semua yang datang membeli buku-buku di Kata-Pilar Books ! 🤍✨
01/06/2025

Terima kasih semua yang datang membeli buku-buku di Kata-Pilar Books ! 🤍✨

Selesai sesi temu & tegur bersama beberapa penulis buku 23 Kes. Terima kasih mereka yang hadir! ✨Masih berbaki beberapa ...
01/06/2025

Selesai sesi temu & tegur bersama beberapa penulis buku 23 Kes. Terima kasih mereka yang hadir! ✨

Masih berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum PBAKL2025 melabuhkan tirai. Ayuh semua datang ke reruai Kata-Pilar Books dan dapatkan pelbagai buku yang menarik 🔥

📍Marquee Tent Plaza Merdeka (reruai 9-05)

Temu & Tegur ✨Beberapa orang penulis buku 23 Kes yang hadir dalam sesi Temu & Tegur. Dapatkan naskhah 23 Kes berserta ta...
01/06/2025

Temu & Tegur ✨

Beberapa orang penulis buku 23 Kes yang hadir dalam sesi Temu & Tegur.

Dapatkan naskhah 23 Kes berserta tandatangan mereka di reruai Kata-Pilar Books hari ini ‼️😍🔥

Temu & Tegur ✨Penulis kumpulan puisi Raksasa Buih, Azrida Yusop sedang berada di reruai Kata-Pilar Books. Dapatkan naskh...
01/06/2025

Temu & Tegur ✨

Penulis kumpulan puisi Raksasa Buih, Azrida Yusop sedang berada di reruai Kata-Pilar Books. Dapatkan naskhah kumpulan puisi 'Raksasa Buih' berserta tandatangan beliau 😍

📍Marquee Tent Plaza Merdeka (reruai 9-05)

Address

Selangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kata-Pilar Books posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kata-Pilar Books:

Share

Category