15/08/2026
LORI PEMUNGUT SAMPAH MILIK MDS SEMPORNA TERBAKAR
Sebuah lori pemungut sampah milik Majlis Daerah Semporna (MDS) terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Round About Lepa, Jalan Semporna-Kunak-Tawau, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, PPgB Zainal bin Sinsin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam sebelum sepasukan lapan anggota dikerah ke lokasi beserta sebuah jentera.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah lori pemungut sampah milik Majlis Daerah Semporna terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos reel dengan bekalan air daripada tangki jentera bomba,” katanya.
Zainal berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 9.18 malam selepas pihak bomba memastikan api berjaya dipadamkan dan tiada bahaya lain wujud di lokasi.
"Operasi turut dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Kredit: Sabah Spotlight