23/08/2022
GAGAL NAIK BELON UDARA PANAS DI CAPPADOCIA SEBAB HAL KECIL JE!
Selamat pagi! Ada yang akan ke Cappadocia ke tak lama lagi? Ini saya ada video mengenai perjalanan saya di Cappadocia selama 2 hari 1 malam menggunakan tour agent.
Saya dan dua orang lagi rakan telah pergi pada Februari lalu dan ketika itu Turkiye masih dalam musim winter. Memang sejuk dan menyamankan. Waktu sampai Cappadocia ni hati betul-betul teruja sebab dah tak sabar nak naik Hot Air Balloon ditambah p**a dengan pemandangan yang Subhanallah maha cantik, membuatkan hati saya ni tak keruan.
Agak tidak keterlaluan kalau saya katakan Cappadocia ni ada vibe-vibe Perlis haha. Satu, sebab kawasannya adalah seperti kawasan kampung yang cantik dan lapang sama seperti Perlis. Kedua, jumlah penduduk yang tidak ramai sama seperti Perlis yang cuma ada tiga penduduk saja (haha jangan marah ini gurauan saja).
Nak datang ke sini, kami menaiki Turkish Airlines dari lapangan terbang Istanbul ke lapangan terbang Kayseri. Masa diambil dalam satu jam 40 minit sahaja. Oh sebenarnya naik Turkish Airlines ni boleh tahan selesanya. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Lebih selesa daripada kapal Emirates yang kami naik sewaktu terbang dari Dubai ke Istanbul.
Tiket kapal terbang, aktiviti, accomodation semuanya termasuk dalam pakej yang kami bayar dengan harga 300USD. Saya rasa sangat berbaloi. Hotel yang kami diami adalah Vintage Cave Hotel yang mana seni binanya berasaskan batu-batuan seperti gua tapi takdelah macam gua mana haha.
Semasa hari pertama, selepas check in dan makan tengahari kami meneruskan aktivti kami yang pertama iaitu ATV ride. ATV ride ni bermula dari jam 4 petang sehinggalah waktu senja. Banyak check point yang kami singgah seperti Love Valley dan Sunset point. Puas jugalah meronda-ronda Cappadocia selama hampir 3 jam. Paling seronok ketika kami tiba di Sunset point yang mana merupakan check point terakhir kami untuk melihat keindahan Sunset di bumi Cappadocia ni. Rasa tenang je hati ni melihat keindahan alam ciptaan tuhan.
Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Bagaimapun pada sebelah malam, kami dimaklumkan tour agent kami yang sesi hot air balloon kami terpaksa dibatalkan. Kami tahu selalunya sesi akan dibatalkan kalau berlaku hujan atau salji yang terlampau tebal. Semasa kami sampai, tiada setitis hujan pun turun apa lagi salji. Kami pelik kenapa dibatalkan sedangkan cuaca baik sahaja. Tour agent memaklumkan bahawa angin terlampau kuat jadi sangat bahaya untuk kami naik belon udara panas keesokan paginya. Sedih, hampa sungguh waktu tu sebab inilah aktiviti yang kami teringin sangat alami bila tiba di sini. Tapi nak buat macam mana, kami hanya mampu merancang tetapi tuhan lah yang menentukan.
Pagi esok tu saya sempat bangun dan tinjau ke luar bilik untuk lihat kalau-kalau ada belon yang terbang hahaha. Manalah tahu agent tipu ke kan? Tapi benar tiada satu pun belon terbang tetapi apa yang terkilan, cuaca waktu tu memang baik saja. Kami tidak arif pasal kelajuan angin. Apa-apa pun kami redha dan tour agent refund semula duit untuk sesi hot air balloon ni.
Jadi di hari kedua, kami meneruskan tour sekeliling Cappadocia ni sebelum p**ang semula ke Istanbul malam nanti. Nak tulis pun panjang jadi jom tengok video saya ni. Oh, nasihat saya kalau anda datang ke Cappadocia dan nak merasai hot air balloon, lebih baik stay lama sedikit. Sekurang-kurangnya peluang nak dapat naik tu lebih tinggi hehe. InshaAllah akan tiba ke sini lagi satu hari nanti. Saya tinggalkan link di bawah untuk reference:
Guys, kalau haritu aku dengan kawan-kawan aku dah berjalan ke Istanbul, destinasi kami kali ini adalah Cappadocia. Banyak aktivti boleh buat kat Cappadocia n...