31/05/2026
“JANGAN HIPOKRIT DEMOKRASI!” – AJK PEMUDA UMNO PASIR GUDANG BERI AMARAN, SINDIR DAP BANGKIT ISU ADUN LANTIKAN DI JOHOR
JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang membidas tindakan ADUN johor jaya liow cai tung yang membangkitkan isu kewujudan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dengan menyifatkan pendirian tersebut sebagai tidak konsisten dan bersifat politik terpilih.
Dalam satu kenyataan melalui hantaran di laman rasmi Mohd Akmal Bin Mohd Za’ai selaku AJK Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, pihaknya mempersoalkan asas kritikan terhadap mekanisme ADUN lantikan yang didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan mandat rakyat.
“Menarik apabila ada pihak YB begitu lantang menolak ADUN lantikan di Johor atas alasan kononnya bercanggah dengan prinsip demokrasi dan mandat rakyat,” menurut kenyataan itu.
Namun begitu, beliau mempersoalkan sama ada prinsip berkenaan turut diguna pakai secara konsisten di negeri-negeri lain, termasuk Sabah dan Pahang.
“Di Sabah, wakil daripada Pakatan Harapan pernah menyokong kewujudan ADUN dilantik sebagai sebahagian daripada sistem politik negeri. Di Pahang p**a ketika ini PH bersama kerajaan negeri, tiada p**a bantahan bersungguh-sungguh terhadap mekanisme yang sama,” katanya.
Menurut beliau, isu ADUN lantikan tidak wajar dijadikan modal politik terpilih, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh jika benar ia bercanggah dengan prinsip demokrasi.
“Demokrasi bukan sekadar mempertahankan sesuatu apabila menguntungkan pihak sendiri dan menolaknya apabila berada di pihak lawan,” tegasnya.
Beliau turut memberi amaran supaya semua pihak tidak mengamalkan “dua standard” dalam memperjuangkan isu mandat rakyat, kerana ia boleh menimbulkan persepsi tidak konsisten dalam kalangan rakyat.
“Rakyat berhak bertanya, adakah bantahan ini benar-benar berasaskan prinsip demokrasi atau sekadar pendirian politik mengikut keadaan?” katanya lagi.
Isu ADUN lantikan di Johor sebelum ini kembali menjadi perdebatan politik selepas ia dibangkitkan dalam sidang DUN, dengan pelbagai pihak menyuarakan pandangan berbeza mengenai kesesuaiannya dalam sistem demokrasi negeri.