11/08/2021
TKI Dapat Bantuan Makanan Dari Kedutaan Indonesia | Kisah Realiti Warga Kota Pemandu E-Hailing EP05 - https://youtu.be/I9Kt5DcWEN0
Sembang Teksi Online Bersama Kharlel EP 05: Kisah realiti warga kota Kuala Lumpur (KL) kali ini membawa cerita sebenar 2 orang tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di Malaysia. Saya bertemu dengan mereka setelah mendapat tempahan perkhidmatan e-hailing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC dan dalam perjalanan saya bertanya tentang bagaimana keadaan mereka di Kuala Lumpur semasa musim PKP (MCO). Mereka mengatakan tidak dapat bekerja kerana sektor pembinaan terpaksa ditutup, namun mereka menerima bantuan dari segi makanan seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain dari Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Apa pun perasaan selalu bersyukur itu selalu ada di dalam diri mereka walaupun kehidupan agak susah di musim pandemik ini, lebih-lebih lagi ketika berada di negeri orang. Untuk mengetahui lebih lanjut tonton video sehingga habis. Terima kasih dan Selamat menonton. 😊
Sembang Teksi Online Bersama Kharlel EP 05: Kisah realiti warga kota Kuala Lumpur (KL) kali ini membawa cerita sebenar 2 orang tenaga kerja Indonesia (TKI) y...