Life Space 360

Life Space 360 Living my best life.

Kami budak Gen-Z
20/07/2025

Kami budak Gen-Z

Kenapa penting kita faham tentang Baby Boomers, Gen X, Y, Z & Alpha?

Kerana setiap generasi terbentuk dari zaman yang berbeza.Dan bila zaman berubah, cara fikir pun berubah dari cara bekerja, cara menjaga kesihatan, sampai ke apa yang dianggap ‘penting’ dalam hidup.

👴 Baby Boomers (1946–1964)
Mereka lahir dalam zaman negara membangun.
Dibesarkan dengan semangat membina tanah air. Kerja tetap dianggap puncak kejayaan. Rehat bukan keutamaan. Ramai sanggup tahan sakit demi kerja, dan masih rasa bersalah kalau tak sibuk.Nilai keluarga, agama dan adat jadi tunjang hidup

👨‍👩‍👧‍👦 Gen X (1965–1980)
Anak kepada Boomers. Mereka berdikari, tak s**a menyusahkan, dan terbiasa ‘pendam sendiri’.Sekarang, ramai tengah jaga anak remaja dan ibu bapa tua tersepit, tapi tetap teruskan.
Nilai utama mereka? Tanggungjawab.

💼 Millennials / Gen Y (1981–1996)
Lahir masa Malaysia mula globalisasi.
Mereka mula persoal: kerja untuk hidup, atau hidup untuk kerja? Mereka cari makna, bukan semata-mata gaji. Lebih peka tentang kesihatan, hubungan, dan keseimbangan hidup.

📱 Gen Z (1997–2012)
Anak era TikTok dan ‘cancel culture’.
Mereka terbuka, cepat belajar, dan tak takut bersuara. Tapi dalam masa sama mereka juga cepat cemas, rasa tertekan dengan dunia yang terlalu laju dan penuh perbandingan.

🤖 Gen Alpha (2013 ke atas)
Mereka lahir dalam dunia skrin. Pandai swipe sebelum pandai tulis. Mereka akan hidup dalam dunia automasi, AI dan perubahan pantas.
Nilai mereka masih sedang dibentuk oleh kita, orang dewasa hari ini.

Kesihatan bukan hanya tentang badan ia tentang gaya hidup, tekanan, masa, dan cara seseorang menilai hidup mereka.

Bila kita faham generasi, kita faham manusia.
❤️ Kerana kesihatan itu milik semua.
Dan setiap generasi, walau berbeza, tetap perlukan ruang untuk difahami.

19/07/2025
19/07/2025
Happy weekend. 💐
19/07/2025

Happy weekend. 💐

🔥🤌🏻            CTO : bmwhero
18/07/2025

🔥🤌🏻



CTO : bmwhero

17/07/2025

Ya Allah aku memohon kepadaMu sebaik-baiknya kurnia, kelapangan rezeki, ketenangan pikiran dan badan yang sihat, serta akhir hayat yang baik.

Ya Allah aku titipkan kepadaMu masa depanku yang aku tidak tahu rahasianya. Kerana Engkaulah sebaik baiknya pengatur dan sebaik-baiknya pelindung.

Aamiin 🤲🏻.

12/07/2025

Adik beradik.

Kita semua tahu, selepas ibu dan ayah, kita kenal dengan adik beradik.
Merekalah abang, kakak dan adik.
Sebelum kita kenal dunia luar, merekalah yang menjadi teman kita.
Bermain bersama, buat kerja bersama, makan, minum, tidur, mandi, semua sama-sama.
Tak kurang juga, ada yang s**a mengusik, buat adik sampai nangis, buli adik beradik sendiri.

Tetapi, bila semakin dewasa, semua sudah ada haluan masing-masing. tetapi saya yakin, ramai yang sentiasa ingat adik beradik masing.
Semoga kita semua sentiasa ingat satu sama lain dan bertemu di syurga.
Aamiin. 🤲🏻

10/07/2025

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

09/07/2025

"إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا ماله مِن نَّفَادٍ"

Maksud daripada ayat ini ialah :

"Sesungguhnya ini adalah rezeki Kami yang tidak ada habisnya" atau "Sesungguhnya ini adalah pemberian Kami yang tidak akan habis-habis".

Ayat ini merupakan firman Allah SWT yang menjelaskan bahawa rezeki yang diberikan-Nya tidak akan pernah habis.

Ayat ini terdapat dalam Surah Sad ayat 54 dan sering digunakan sebagai doa memohon rezeki yang tidak putus-putus. Ayat ini juga dijelaskan dalam tafsir sebagai pemberian yang besar dan mulia dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan berbakti.

Address

Sepang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Life Space 360 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share