28/02/2026
Murtabak Anak Abah – Tebal, Padat & 800 Keping Sehari! 🔥
Dalam video kali ini, kami singgah ke gerai Murtabak Anak Abah yang dikatakan mampu terjual sehingga 800 keping sehari sepanjang bulan Ramadan. Bila tengok sendiri depan mata, memang tak hairan kenapa ramai sanggup beratur!
Apa yang buat murtabak ni lain daripada yang lain?
🥞 Isi memang tebal dan padat
🥩 Setiap gigitan penuh dengan daging
🍗 Versi ayam pun sama — bukan jenis kedekut inti
🧅 Inti cukup rasa, seimbang dengan bawang & rempah
🔥 Kulit luar rangup, dalamnya lembut dan juicy
Kami sendiri boleh nampak masa proses menebar — memang jelas inti dia melimpah, bukan sekadar lapisan nipis. Bila makan, memang rasa puas sebab setiap gigitan ada isi, bukan roti semata-mata.
Kalau korang nak cuba sendiri, boleh cari mereka di:
📍 Bazar Ramadhan KIPMall Kota Warisan
📍 Bazar Ramadhan Street Mall Cyberjaya
Tonton video penuh untuk tengok sendiri ketebalan dan kualiti murtabak yang buatkan gerai ni boleh capai jualan ratusan keping setiap hari!
Jangan lupa like, komen dan subscribe untuk lebih banyak review makanan padu macam ni