10/07/2025
Episod kali ini kami bawakan anda ke sebuah rumah pangsapuri Selangorku terletak di Cyberjaya, Selangor.
Rumah bersaiz 1,000 sqft ini mempunyai identiti tersendiri dengan tema warna-warni persis tadika mahupun cafe.
Menurut pemiliknya Encik Yusri, kebanyakan perhiasan deko rumah ini beliau dapatkan dari IKEA, FB Marketplace, kedai barangan terpakai seperti kedai bundle, JBR bundle, dan Carousell. Pada beliau, barangan ini bukan sahaja mampu milik dan murah, tapi juga rare dan kebanyakkannya bukan dari Malaysia.
Malah beliau juga seorang sukakan DIY, antara menjadi perhatian kami adalah lampu meja yang diperbuat daripada pvc alluminium, sangat unik!
Tonton episod rumah di youtube HTM