Tv As Sofa

Tv As Sofa Rancangan ilmiah terus ke telefon bimbit anda!

Tonton saluran TV digital bermanfaat untuk anda dan seisi keluarga di TV AS SOFA, saluran digital Ahli Sunnah Wal Jamaah No.1 di Malaysia.

*JUMAAT TERAKHIR 1447H*Pejam celik, kita dah hampir ke penghujung tahun. Hari ini adalah Jumaat terakhir 1447H.Sebelum t...
12/06/2026

*JUMAAT TERAKHIR 1447H*

Pejam celik, kita dah hampir ke penghujung tahun. Hari ini adalah Jumaat terakhir 1447H.

Sebelum tirai 1447H dilabuhkan, ayuh luangkan sedikit masa untuk memuhasabah diri. Bukan menyesali apa yang telah berlalu, tetapi untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri dan memperbaiki apa yang masih kurang.

Moga Jumaat yang mulia ini menjadi penutup yang baik buat tahun ini, dan pembuka yang lebih baik untuk tahun yang akan datang.

Perbanyakkan syukur, istighfar, selawat dan doa. Dan jangan lupa *BERZAKAT*. Mudah-mudahan, inilah amalan yang menjadi sebab turunnya rahmat Allah dalam hidup kita.

Moga hari ini lebih baik daripada semalam. 🤲🏻

🌿 PELIHARA DIRI DARI KELALAIAN 🌿Dalam kehidupan yang serba pantas, kita sering disibukkan dengan perkara yang tidak memb...
04/06/2026

🌿 PELIHARA DIRI DARI KELALAIAN 🌿

Dalam kehidupan yang serba pantas, kita sering disibukkan dengan perkara yang tidak memberi manfaat kepada agama, diri dan masa depan. Sedangkan seorang Muslim yang baik sentiasa menjaga masa, perkataan dan perbuatannya agar tidak terjerumus dalam perkara sia-sia.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Di antara kebaikan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

✨ Jadikan hadis ini sebagai panduan harian. Kurangkan perkara yang melalaikan, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah serta manfaatkan masa dengan ilmu, ibadah dan amal kebajikan.

⏳ Masa yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan setiap detik yang Allah kurniakan untuk perkara yang memberi manfaat di dunia dan akhirat.

🤲 Semoga Allah SWT memelihara kita daripada kelalaian dan mengurniakan kehidupan yang penuh keberkatan serta kebaikan.

Jom penuhi Jumaat yang mulia ini dengan kebaikan
29/05/2026

Jom penuhi Jumaat yang mulia ini dengan kebaikan

*SALAM AIDILADHA 1447H*Di sebalik pensyariatan ibadah Qurban, tersimpan makna pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan yang...
27/05/2026

*SALAM AIDILADHA 1447H*

Di sebalik pensyariatan ibadah Qurban, tersimpan makna pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan yang mendekatkan diri kepada Allah. Aidiladha mengajar kita bahawa cinta kepada Tuhan perlu dibuktikan dengan taat, sabar dan pengorbanan yang tulus.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan menambahkan rasa syukur dalam setiap nikmat yang Allah kurniakan.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami.

Jangan lepaskan peluang Hari Arafah 🌙Hari yang penuh keampunan, doa dan rahmat.Semoga Allah menerima setiap amalan kita ...
26/05/2026

Jangan lepaskan peluang Hari Arafah 🌙
Hari yang penuh keampunan, doa dan rahmat.
Semoga Allah menerima setiap amalan kita 🤍

APAKAH ITU HARI TARWIYAH❓Hari ini merupakan satu hari yang amat besar nilainya di sisi Allah SWT iaitu hari Tarwiyah.Dan...
25/05/2026

APAKAH ITU HARI TARWIYAH❓

Hari ini merupakan satu hari yang amat besar nilainya di sisi Allah SWT iaitu hari Tarwiyah.
Dan kita sebagai umat Islam harus ambil tahu peristiwa yang jatuhnya pada 8 Zulhijjah.

Jom kita imbas semula apakah itu Hari Tarwiyah dan peristiwa besar yang berlaku pada hari ini.

Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan, moga kita semua mendapat manfaatnya. 🤗

Dalam dunia yang makin sibuk dan penuh kepentingan, masih ada hati-hati yang Allah temukan untuk saling menguatkan.Kadan...
21/05/2026

Dalam dunia yang makin sibuk dan penuh kepentingan, masih ada hati-hati yang Allah temukan untuk saling menguatkan.

Kadang satu senyuman, satu sapaan, satu “apa khabar” itu lebih besar nilainya daripada apa yang kita sangka.

Kerana silaturrahim bukan tentang siapa paling lama bersama, tapi siapa yang tetap ada walau masing-masing sibuk dengan kehidupan.

Percayalah, rezeki bukan datang dari duit semata.
Ada rezeki dipanjangkan umur, dilapangkan hati, dipermudahkan urusan… semua itu lahir daripada hubungan yang baik sesama manusia.

✨ 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari terbaik untuk memperbanyakkan amal ibadah.Jom hidupkan hari-hari mulia in...
19/05/2026

✨ 10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari terbaik untuk memperbanyakkan amal ibadah.
Jom hidupkan hari-hari mulia ini dengan berpuasa sunat dan memperbaiki hubungan dengan Allah 🤍

Semoga setiap niat yang dipasang, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap amal yang dilakukan diterima serta diberkati-Nya 🌙

SALAM ZULHIJJAHZulhijjah kembali membawa seruan buat hati-hati yang rindu. Inilah hari-hari terbaik untuk kita memperban...
18/05/2026

SALAM ZULHIJJAH

Zulhijjah kembali membawa seruan buat hati-hati yang rindu.

Inilah hari-hari terbaik untuk kita memperbanyakkan amal, kerana setiap kebaikan yang dilakukan dalam 10 hari ini sangat dicintai oleh-Nya.

Jangan biarkan hari-hari mulia ini berlalu tanpa taubat, zikir, sedekah, selawat dan doa yang menghidupkan jiwa.
Rebutlah barakah Zulhijjah walaupun dengan amalan yang kecil, kerana yang dinilai bukan banyaknya amalan, tetapi keikhlasan dan kesungguhan hati.

Semoga 10 hari yang penuh rahmat ini menjadi asbab Allah melimpahkan keampunan, ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita.

*IHYA 10 ZULHIJJAH* ✨3⃣ *HARI LAGI*Jom kita basahi lidah dengan zikir, takbir dan selawat sebagai tanda cinta kepada All...
16/05/2026

*IHYA 10 ZULHIJJAH* ✨

3⃣ *HARI LAGI*

Jom kita basahi lidah dengan zikir, takbir dan selawat sebagai tanda cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Semoga setiap lafaz yang diungkap menjadi asbab ketenangan hati dan keberkatan hidup.

Ayuh hidupkan hari-hari Zulhijjah dengan hati yang penuh rasa syukur, doa dan harapan.

Address

Blok B-6-1, Jalan Dataran Sentral 3
Seremban
70200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tv As Sofa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tv As Sofa:

Shortcuts

Share

Category