24/10/2025
Anak-anak zaman sekarang ni dah terlalu advance aktiviti & pergaulannya. I think its a about time kita ajarkan anak-anak untuk hidup bersederhana & fokus kepada apa yang penting : Pelajaran, kesihatan & akhlak.
Orang Selangor untung sebab dorang boleh join Karnival Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) yang diadakan 18 kali setahun secara percuma!
Kat sini, anak-anak boleh jadi kanak-kanak kembali. Dorang akan buat senamrobik, main simple games, join pertandingan & dapatkan nasihat pakar pemakanan kalau ada masalah berat badan. Bagus sebenarnya sebab kita nak hidupkan 'gaya hidup sihat' sejak dari kecil.
Kalau korang nak tau next location ASAS, follow okie! Banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang mereka buat.