01/02/2025
Bismillahirrahmanirrahim. P*S buka order untuk kombo terbaru February 2025.
Beli KOMBO jimat.
Harga promosi ni hanya available untuk 3 HARI SAHAJA !!!
Dan pembelian KOMBO SAHAJA untuk 3 hari harga promosi.
Lepas tu dah jadi harga biasa balik. Jadi, cepat-cepat order jangan tangguh-tangguh ya.
https://www.wassap.my/60135361727/orderkombomaksima
THE CONTRACT
CICI AIDA
βI know this arrangement is... unconventional. Tapi I nak you tahu, Iβll do my best to make this work. Itβs more than just a contract for me." LOGAN CLAIBORNE
"I cuma wanita biasa, Logan. Jadi,I tak tahu macam mana nak biasakan diri dengan dunia you." JULIA MORGAN
Logan Claiborne bukan lelaki yang mudah tunduk. Bila Gerald musuh lamanya muncul menuntut sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya, Logan dicabar untuk mempertahankan haknya.
Julia isterinya, wanita yang kini menjadi rebutan,bukan sekadar trofi dalam permainannya tetapi juga kunci kepada dendam lama yang belum selesai.
Gara-gara hutang si bapa tiri, Julia terpaksa menerima perkahwinan kontrak dengan lelaki dominan dan berkuasa seperti Logan Claiborne. Malah kejam dalam dunia perniagaan dan lebih berbahaya dalam urusan hati. Dia menyangka perkahwinan ini akan menyelamatkannya daripada menjadi hamba kepada keluarga Turner, tetapi ternyata dia terperangkap dalam ikatan yang lebih mencengkam.
"Aku akan sediakan pasport untuk kita kahwin diluar Negara. Mudah sikit kerja aku. Dan lepas itu, kau akan jadi milik aku sepenuhnya. Tapi...sebelum kita kahwin aku nak kau tinggalkan Logan. Dia tu kacau daunlah. Rosak plan aku." GERALD TURNER
Gerald datang dengan tawaran sebaliknya Logan tidak sesekali menjual harga dirinya. Malah dia menetapkan syarat yang menghina, satu ujian yang mungkin akan meruntuhkan musuhnya.
βYou dengar sini, I tak nak tengok you dikurung macam ni. Tapi kalau you bertindak melulu, you mungkin end up dalam situasi yang lebih teruk.β ADAM
Di sebalik kuasa dan dendam, Julia menyimpan rahsia yang mampu mengubah segalanya. Saat kebenaran terbongkar, hanya satu perkara yang pasti, siapa yang akan keluar sebagai pemenang dalam permainan tipu daya itu.
TI AMO, TASNIM
IDA ANUAR
TASNIM, Dia dibesarkan oleh ibu tanpa ayah. Ayah yang selalu mencalarkan emosi tidak ada gunanya pada Tasnim.Namun sebagai anak dia tidak lupa berbudi dan berbahasa. Dan kerana si ayahlah ,Tasnim memaksa diri dan hati menerima Adham Liew.
"Milik I, memang tidak akan diganggu. Dia tahu di mana batasnya. Berani dia sentuh milik I, membunuh pun I sanggup."- Begitu sekali lelaki itu mahu melindungi tetapi Tasnim, lain p**a fikirannya.
"You nak sangat jadi orang gaji, hamba nafsu seorang lelaki? Kalau itu yang you nak, you dapat!" - Adham Liew.
Jadi di manakah kedudukan Tasnim di hati Adham Liew? Adakah sekadar di sisi atau di hati?
Hanya Tasnim yang tahu kerana dialah penentu corak kehidupan mereka berdua. Bagaimana mereka melalui perkahwinan yang dipaksa. Akan cintakah mereka? Atau kebencian dan salah sangka menjadi punca segala duka.
DIARI CINTA LUNA
AQ Cynderella
IAN HAZIQ MATEEN adalah cucu tunggal kepada pewaris syarikat pembinaan gergasi di Asia Tenggara.
Sungguhpun mempunyai rupa dan harta, dan digilai ramai wanita, dia ditinggalkan oleh bekas tunang yang mengejar cita-cita.
"Habis tu Mell nak announce dekat satu Malaysia kita dah putus tunang? Macam tu?" - Ian Haziq Mateen
MELLISA EDORA seorang yang sangat mengejar cita-cita. Peluang yang datang, tidak membuatkan dia goyah dengan syarat yang ditetapkan.
"Abang, boleh la kita putus tunang. Ini peluang Mell yang Mell nantikan abang. Lima tahun je Mell pergi,β - Mellisa Edora
"No, Mell. Abang tak setuju. Benda ni mengarut sangat Mell tahu tak?β - Ian Haziq Mateen
βKita masih boleh berhubung macam sebelum ni. Lepas Mell balik, kita kahwin. Mell janji.β - Mellissa Edora
LUNA NAJWA gadis polos dan miskin yang selalu di buli. Pertemuan dengan Ian membuatkan Luna rasa sentiasa dilindungi.
βKenapa awak selalu ada bila saya memerlukan? Awak ekori saya ya?β - Luna Najwa
βKau ingat kau Siti Nurhaliza aku nak ikut kau 24 jam?β - Ian Haziq Mateen
βTak kata, tapi mungkin,β - Luna Najwa
Selepas lima tahun, Mellisa Edora kembali dengan kejayaan yang dia janjikan dah ingin merebut kembali hati Ian.
Dapatkah LUNA NAJWA, bersaing dengan MELLISA EDORA yang jauh berbeza darinya?
Siapakah sebenarnya di hati IAN HAZIQ MATEEN?
KING UNTUK QUEEN
DALIA MARITZA
King, lelaki bulldozer yang kerjanya tolak, tebang dan tebas. Semua kerja kampung juga dia tibai, asalkan mendatangkan duit. Yang jadi masalahnya, YB kampung mahu dia jadi cucu menantu. Isteri pada Queen Ciara.
Puteri tunggal yang terlalu independence sampai semua bimbangkan dia. Tak nak berlaki p**a tu...
Queen Ciara : Kau jangan nak bersemut dan tersengih macam tu depan aku. Meluat. Jauh sikit. Busuk. Kau baru balik berkubang dengan badak sumbu ke?
King: Haah, tapi dorang tu tak ganas. Kat depan mata aku ni lagi ganas. Dah macam Cik Ponti mengamuk kat hutan tu... Nasib baik cantik!
Queen Ciara : Hantu kau King... Kau mengata aku?
King dan Queen Ciara mula-mula tak sekufu tapi sekejap jer. Sakit perut King nak hadap telatah Queen Ciara yang acah-acah ada perisai cinta. Tapi tersungkur dalam pelukan rindu seorang King. Nampak je King tu, ganas. Tapi, bila dah keluar senjata cinta... Queen Ciara tak boleh mengelak dah. Terus tersungkur.
Namun, bila cinta diuji maka Queen Ciara terjerat dalam pelukan asmara seorang King. Kehilangan bayi dalam kandungan, makin menguji istana cinta milik King dan Queen. Kehadiran Elrah p**a menjampi kesetiaan King.
Dapatkah mereka mempertahankan rumahtangga yang hampir runtuh tiang serinya?
Atau kehilangan adalah noktah yang bakal mengakhiri segala?