16/04/2026
Lewat raya ngan Wan Muhammad Adam tahun ni.. Huhu..
Setiap kali datang kubur dia, mesti dok ingat betapa besar efek anak syurga ni pergi dalam hidup saya.
Bukan setakat dia buatkan saya bersungguh bina platform Berani Buat, tapi buatkan saya kental dan yakin dengan rezeki.
Contoh nak keep up education content di Berani Buat ni overheadnya RM13k sebulan.. Huhu tinggi jugak kan walaupun saya kerja sorang most of the time 😆
Kadang ada masa bank tinggal RM300 tapi saya boleh tenang dan fokus buat education content. Siap bawak anak bini jalan-jalan macam takde apa.
Kalau dulu memang saya gabra cuak dah.. huhu.. ye lah mana datang duit nak bayar semua tu sebab bukan pasal isu berjimat, tapi overhead yang memang kena cover.
Tapi bila dah diuji pemergian anak dalam dakapan, kita dilatih redha dengan kuat.. Yakin rezeki Allah, semuanya dari Allah.. Jadi ada duit ke takde duit, rezeki memang dari Allah. Just kena maintain usaha dan tawakal.
Andai kata memang duit tak cukup, bayar yang kritikal dulu. Yang tak mampu bayar, minta delay, nak buat macam mana.. Dalam masa sama terus usaha untuk cover balik.
Yang penting, maintain sumber income halal, keluarga boleh survive. Hidup dalam hutan pun takpe.. Rezeki Allah siapa tahu.. Flownya mungkin tak sama dengan orang lain.
Satu lagi, dalam banyak-banyak rezeki, ilmu dan skill saya paling hargai sebab boleh dibawa ke mana sahaja.. Malah tak kurang jika beri/sampaikan kat orang. Makin bertambah.
Ilmu juga jadi laluan rezeki lain seperti harta, kesihatan dan kegembiraan.
Itu yang bila saya teringat anak syurga saya ni, akan refresh bagaimana saya boleh banyak berubah oleh sebab 1 peristiwa.
Anak pergi >> redha >> bina platform ilmu >> yakin pada rezeki
Alhamdulillah.. Nama saya pun sudah ada di batu nisan.. huhu..