Nogori Post

Nogori Post Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nogori Post, News & Media Website, Seremban.

10/09/2026

Port ketum di Senawang diserbu

08/09/2026

NSFC terpaksa lupakan suku akhir Piala FA meski menang 3-2 di Paroi

07/09/2026

PROTON kini memperluaskan rangkaian S70 dengan memperkenalkan dua varian baharu — Lite dan Prime.

Menariknya, kedua-dua varian ini menggunakan enjin i-GT 1.5L aspirasi semula jadi yang dipadankan dengan transmisi CVT, untuk pemanduan yang lebih lancar dan santai.

✨ Antara yang ditawarkan:
✅ Ruang yang luas
✅ Keselesaan
✅ Ketersambungan pintar
✅ Kemudahan harian
✅ Ciri-ciri keselamatan
✅ 10 ciri terunggul dalam kelasnya

💰 Dan yang paling menarik… anggaran harga di bawah RM60,000!

Tempahan untuk S70 Lite dan Prime dibuka mulai 7 September 2026 di semua cawangan sah PROTON seluruh negara.

Kalau betul bawah RM60K, S70 ni boleh jadi antara sedan paling menarik untuk dipertimbangkan! 🔥

Korang pilih mana — Lite atau Prime? 👇

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketua sindiket dadah pakar proses bahan kimia sejak 90-an ditembak matiSEREMBAN : Seorang ketua sindiket pengedaran dada...
07/09/2026

Ketua sindiket dadah pakar proses bahan kimia sejak 90-an ditembak mati

SEREMBAN : Seorang ketua sindiket pengedaran dadah negara yang dipercayai aktif sejak era 1990-an serta mempunyai kepakaran dalam memproses bahan kimia untuk menghasilkan dadah maut ditembak polis dalam serbuan di sebuah rumah teres di Garden Homes, Seremban 2, di sini semalam.

Dalam operasi dikenali sebagai ‘Op Thrips’ itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman turut berjaya menumpaskan sebuah sindiket pemprosesan dadah yang dipercayai membekalkan bahan terlarang untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dengan nilai rampasan keseluruhan RM27.6 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 52 tahun itu maut selepas bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan serbuan polis.

Menurutnya, pasukan serbuan terpaksa melepaskan tembakan balas bagi mempertahankan diri sebelum suspek ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati rumah teres yang disewa suspek dijadikan sebagai makmal mini haram untuk memproses pelbagai jenis dadah.

“Polis merampas dadah jenis M**A dalam bentuk cecair, pil dan serbuk dengan anggaran berat keseluruhan 182.39 kilogram selain sepucuk pistol jenis revolver,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek utama dipercayai menjadikan rumah berkenaan sebagai makmal dadah sejak Januari lalu dengan memperoleh bahan ‘prekursor’ dari luar negara sebelum memprosesnya menggunakan pelbagai bahan kimia dan peralatan.

Katanya, antara peralatan yang digunakan termasuk ketuhar dan mesin pengadun bagi menghasilkan dadah jenis M**A serta Methamphetamine.

Susulan serbuan pertama itu, Hussein berkata, polis menahan dua lagi ahli sindiket berkenaan dalam serbuan berasingan di Seremban 2 dan sebuah residensi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.

Dua suspek terbabit terdiri daripada seorang wanita berusia 32 tahun dan lelaki berusia 35 tahun.

“Modus operandi sindiket adalah menjadikan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk rendah sebagai lokasi pemprosesan dan pengedaran dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kita masih mengesan ahli-ahli sindiket ini dan dipercayai terdapat individu yang telah melarikan diri ke luar negara,” katanya.

Berita lanjut di nogoripost.com.

05/09/2026

Parah jatuh masa ambil buah atas Gunung Berembun

Address

Seremban
70450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nogori Post posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share