11/12/2025
Dulu Senang, Sekarang Sengit: Perjalanan Klinik Swasta Malaysia
Kadang bila saya duduk rehat sekejap selepas klinik tutup, terlintas juga memori zaman klinik dulu-dulu. Saya selalu ke klinik swasta semasa kecil dan saya s**a observe. Ada rezeki sekarang bertemu dengan senior GP dan berkongsi pengalaman karier mereka.
Zaman 90-an… siapa buka klinik, memang hidup.
Tak perlu fikir pasal algorithm.
Tak perlu maintain rating.
Tak perlu buat content setiap hari.
Buat signboard, buka pintu → patient datang.
Panel senang, harga stabil, birokrasi pun tak sesak macam sekarang.
Ringkas, tenang… dan doktor ada “kuasa” menentukan arah game.
Tapi 2020-an dan 2025 lain ceritanya.
Landscape GP berubah macam cuaca Malaysia. Cepat, tak sempat kita nak adapt, dah keluar trend baru.
Hari ini:
- Patient “jumpa” klinik di internet dulu, bukan di pintu klinik.
- Google Maps, review, harga, semua tentukan pilihan mereka.
- Satu rating rendah boleh hentikan momentum seminggu.
Kadang bukan patient sebenar pun.
Tapi damage dia real.
- Persaingan bukan dengan klinik sebelah, tapi dengan seluruh Malaysia.
- Chain besar, telehealth, influencer health content, TikTok, FB Ads… semua berlumba tarik attention.
- Branding bukan lagi untuk gaya, ia jadi jantung survival.
Kalau tak dikenali, susah nak wujud dalam radar patient.
Dulu siapa ada duit, dia menang.
Sekarang siapa muncul paling banyak di skrin orang, dialah pemenang.
Persoalannya, adakah klinik masih relevan 5 tahun lagi?
Jawapan saya yang paling jujur: Ya.
Klinik masih akan kekal, tapi bukan dengan cara lama.
Klinik yang hidup nanti ialah klinik yang:
1) Gabungkan offline + online secara padu.
Perkhidmatan depan pintu → mantap.
Kehadiran digital → konsisten.
2) Bina komuniti, bukan sekadar patient datang-lepas-hilang.
Berkawan dengan sekolah, masjid, HR, komuniti taman…
Itu yang buat brand tahan lama.
3) Beri pengalaman, bukan sekadar rawatan.
Cara cakap doktor.
Senyum staff.
Follow up yang rasa betul-betul ikhlas.
Itu yang melekat.
4) Cepat menyesuaikan diri.
Platform berubah → kita ikut.
Trend berubah → kita adjust.
Demand bertukar → kita upgrade.
Yang laju akan naik.
Yang perlahan akan mengeluh.
Yang statik… lama-lama hilang dari peta.
Realitinya…
Rakyat Malaysia masih s**a jumpa doktor secara fizikal.
Mereka nak berbual, nak pegang prescription, nak rasa yakin.
Tapi dalam masa sama, mereka nak convenience digital.
Klinik tak pupus tetapi ia berubah bentuk.
Dan siapa yang sanggup evolve, dialah yang kekal berdiri.
Untuk semua GP owners yang masih bertahan sampai 2026…
Anda hebat.
Anda tabah.
Anda tak mengalah walaupun tekanan datang dari semua arah.
Semoga Allah luaskan rezeki dan mudahkan usaha kita dalam dunia healthcare yang semakin mencabar ini.