Persatuan Seni dan Budaya Era Baru - MANES

Persatuan Seni dan Budaya Era Baru - MANES Mengupayakan seni dan budaya menerusi media dan saluran baru agar terus berkembang dan berdaya saing.

16/09/2025

Keputusan Malaysia Unity Shortfilm Festival.

Perhatian! Pengumuman pemenang akhir Malaysia Unity Shortfilm Festival akan diumumkan pada 16 September 2025di facebook ...
15/09/2025

Perhatian! Pengumuman pemenang akhir Malaysia Unity Shortfilm Festival akan diumumkan pada 16 September 2025
di facebook Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES).

31/08/2025

{Senarai Pendek Top 5 Kategori Umum}

Tajuk: PULANG
Pengarah:MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD SHUKRI & AHMAD MUSTAQIM BIN ZOLKAFALI

Wan, seorang pelajar universiti yang hampir berputus asa dengan kehidupannya, mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan pulang ke kampung halaman.

Namun, dalam perjalanan pulangnya, dia bertemu dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum yang turut membawa latar belakang dan cabaran hidup yang berbeza.

Pertemuan-pertemuan ini membuka mata Wan bahawa Malaysia bukan sekadar tanah kelahiran, tetapi sebuah negara yang penuh ruang dan peluang untuk setiap warganya berkongsi harapan, mencipta inspirasi, dan melakar cita-cita bersama.

31/08/2025

{Senarai Pendek Top 5 Kategori Sekolah}

Tajuk: BUKAN AKU TAPI KITA
Pengarah:HAYDEN BIN DONNIS, QALIF AIZQHAN BIN SOPHIAN

Sofea begitu menyanjungi budaya Melayu hingga mengabaikan cadangan rakan-rakan daripada kaum lain dalam majlis kebudayaan, menyebabkan ketegangan tercetus. Jes kemudian mengadukan hal itu kepada Cikgu Azri, membuat Sofea tersedar akan sikapnya. Dengan rasa kesal, Sofea memohon maaf kepada Jes, Afiq dan Batrisya, lalu mereka kembali bekerjasama dalam mengatur majlis kebudayaan dengan semangat kebersamaan. Akhirnya, majlis berlangsung dengan penuh harmoni, melambangkan perpaduan yang sejati.

31/08/2025

{Senarai Pendek Top 5 Kategori Sekolah}
Tajuk: Di Mata Kita
Pengarah:Luqman Al-Hakim bin Abdul Samad

Filem ini mengisahkan Aqil, seorang murid yang berkongsi pandangannya tentang perpaduan. Baginya, perpaduan bermula daripada hal-hal mudah—belajar bersama, bermain bersama, saling membantu, dan menghormati antara satu sama lain.

31/08/2025

{Senarai Pendek Top 5 Kategori Sekolah}
Tajuk: Nota Suara Bangsa
Pengarah: NUR'SYURAYA BINTI DHAHLAN

Siti menemui nota misteri di mejanya berisi kata semangat perpaduan. Bahkan Clayrish dan Jesfiya mereka mula menerima nota itu setiap hari hingga mereka memahami makna sebenar kebersamaan. Hubungan mereka yang dingin berubah menjadi mesra, penuh gelak ketawa. Saat pembentangan, mereka bukan sahaja berkongsi fakta perpaduan, tetapi juga kisah nota misteri. Keseluruhan kelas tersentuh, manakala Cikgu Daniel merenung, mengingat bahawa dahulu dia juga pernah belajar daripada nota yang sama.

31/08/2025

{Senarai Pendek Top 5 Kategori Sekolah}

Tajuk: Tanah airku, Perpaduanku
Pengarah: Nur Iffah Hannani Binti Ibrahim

Cerita ini mengisahkan tentang Ismi yang baru pulang ke Malaysia setelah sekian lama berada di luar negara. Kepulangannya disambut dengan penuh mesra oleh rakan-rakan lamanya dari negeri yang berlainan di Malaysia, Faris dan Aqmal. Pertemuan semula mereka bukan sekadar mengubat rindu, tetapi menjadi simbol indahnya persahabatan yang tidak pernah luntur walaupun masa dan jarak memisahkan.

Melalui aktiviti yang mereka lakukan iaitu makan bersama, berjalan, bergelak tawa mereka pun menyedari bahawa setiap perbezaan antara mereka sebenarnya melengkapi satu sama lain. Kisah ini diakhiri dengan renungan bahawa persahabatan adalah cerminan kecil kepada semangat perpaduan di Malaysia, di mana pelbagai bangsa, budaya, dan latar belakang boleh hidup bersama dalam harmoni.

Jangan lupa sertai Malaysia Unity Shortfilm Festival.
03/06/2025

Jangan lupa sertai Malaysia Unity Shortfilm Festival.

Mari sertai beramai-ramai ke MUS Fest 2025. Malaysia Unity Shortfilm Festival yang membawa tema sekitar perpaduan negara...
28/05/2025

Mari sertai beramai-ramai ke MUS Fest 2025. Malaysia Unity Shortfilm Festival yang membawa tema sekitar perpaduan negara. Hadiah lumayan menanti anda.

Sila hubungi 014-320 5296 Pn Akmar untuk keterangan lanjut.

Address

PERSATUAN SENI DAN BUDAYA ERA BARU (MANES) NO 98-1, Jalan LESTARI PERDANA 7/4
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60143205296

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni dan Budaya Era Baru - MANES posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Seni dan Budaya Era Baru - MANES:

Share