PDCC Paon Gahat

PDCC Paon Gahat Digital Community Centre Paon Gahat

Program Kuiz Menguji Pengetahuan Microsoft Powerpoint dan Micrsoft Word telah diadakan pada 19 September 2022 bertempat ...
07/10/2022

Program Kuiz Menguji Pengetahuan Microsoft Powerpoint dan Micrsoft Word telah diadakan pada 19 September 2022 bertempat di Pusat Digital Komuniti Perpustakaan Desa Paon Gahat. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk menguji minda dan pengetahuan mereka mengenai Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word . Program ini diadakan kepada kanak-kanak sekolah rendah yang berumur lingkungan 10 ke 12 tahun. Matlamat program ini, agar para peserta dapat mengingati semula semua yang telah diajar dalam Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka belajar dalam membuat kerja sekolah dan lain-lain. Sebanyak 4 orang peserta yang sudi menyertai aktiviti ini.

Program Mengenali Asas Penggunaan Microsoft Word telah diadakan pada 16 September 2022 bertempat di Pusat Digital Komuni...
07/10/2022

Program Mengenali Asas Penggunaan Microsoft Word telah diadakan pada 16 September 2022 bertempat di Pusat Digital Komuniti Perpustakaan Desa Paon Gahat. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenali asas penggunaan Microsoft Word kepada kanak-kanak sekolah rendah yang berumur lingkungan 10 ke 12 tahun. Matlamat program ini, agar para peserta dapat:

I.Menyatakan kegunaan Microsoft Word dalam membuat kerja
II.Mengetahui fungsi Microsoft Word

Sebanyak 4 orang peserta yang sudi menyertai aktiviti ini.

Program Mengenali Asas Penggunaan Microsoft Powerpoint telah diadakan pada 15 September 2022 bertempat di Pusat Digital ...
07/10/2022

Program Mengenali Asas Penggunaan Microsoft Powerpoint telah diadakan pada 15 September 2022 bertempat di Pusat Digital Komuniti Perpustakaan Desa Paon Gahat. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenali asas penggunaan Microsoft powerpoint kepada kanak-kanak sekolah rendah yang berumur lingkungan 10 ke 12 tahun. Matlamat program ini, agar para peserta dapat:

I.Menyatakan tiga kegunaan perisian Microsoft Powerpoint dengan betul.
II.Menyatakan langkah-langkah memulakan Microsoft Powerpoint dengan tepat.
III.Mengenalpasti perbezaan antara Microsoft Powerpoint dan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office yang lain dengan betul.
Sebanyak 4 orang peserta yang sudi menyertai aktiviti ini.

12/08/2022 -  DCC Paon Gahat telah mengadakan program Keselamatan Dalam Talian bagi Golongan kanak-kanak. Program ini be...
25/08/2022

12/08/2022 - DCC Paon Gahat telah mengadakan program Keselamatan Dalam Talian bagi Golongan kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan panduan yang betul bagi kanak-kanak ketika melayari internet. Selain itu, mereka juga dapat menngenali pelbagai bentuk penipuan atas talian.

11/08/2022 - DCC Paon Gahat telah mengadakan program Menjawab Kuiz Kemerdekaan Menggunakan Google Form. Program ini diad...
25/08/2022

11/08/2022 - DCC Paon Gahat telah mengadakan program Menjawab Kuiz Kemerdekaan Menggunakan Google Form. Program ini diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan sekaligus dapat menguji pengetahuan mereka berkenaan dengan sejarah kemerdekaan negara.

18/08/2022 - Pusat Digital Komuniti (DCC) Paon Gahat telah mengadakan program Keselamatan Dalam Talian bagi Golongan Dew...
25/08/2022

18/08/2022 - Pusat Digital Komuniti (DCC) Paon Gahat telah mengadakan program Keselamatan Dalam Talian bagi Golongan Dewasa. Seramai 27 orang peserta yang meghadiri program ini iaitu terdiri daripada attenden-attenden perpustakaan di kawasan Serian. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan cara penggunaan internet yang betul ketika melayari internet, media sosial dan membeli barangan atas talian. Para peserta juga dapat mempelajari pelbagai ilmu berguna dan dapat mengenali pelbagai bentuk penipuan atas talian. Justeru itu, mereka akan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet.

Program PenAUK: Pengenalan Aplikasi Digital Untuk Kesejahteraan  telah diadakan pada 10 Jun 2022 bertempat di PusatDigit...
17/06/2022

Program PenAUK: Pengenalan Aplikasi Digital Untuk Kesejahteraan telah diadakan pada 10 Jun 2022 bertempat di Pusat
Digital Komuniti Perpustakaan Desa Paon Gahat. Program ini diadakan bersempena dengan
Program Satelit Digital IDECS di beberapa tempat di Sarawak. Matlamat program ini diadakan adalah untuk pengenalan dan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Sarawak ID yang diguna pakai kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan akses. Sarawak ID juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti untuk mohon pekerjaan di bawah kerajaan Sarawak dan sebagainya. Sebanyak 20 orang peserta telah terlibat dalam program yang telah diadakan.

Program Create Poster Using CANVA telah diadakan pada 10 Jun 2022 bertempat di PusatDigital Komuniti Perpustakaan Desa P...
17/06/2022

Program Create Poster Using CANVA telah diadakan pada 10 Jun 2022 bertempat di Pusat
Digital Komuniti Perpustakaan Desa Paon Gahat. Program ini diadakan bersempena dengan
Program Satelit Digital IDECS di beberapa tempat di Sarawak. Matlamat program ini diadakan
adalah untuk memberi pendedahan di samping mengenali aplikasi digital sambal belajar
dalam kalangan komuniti terutamanya kanak-kanak. Melalui aktiviti mencipta poster ini, para
peserta dapat menunjukkan bakat serta kreativiti mereka menggunakan aplikasi digital
CANVA. Sebanyak 10 orang peserta telah terlibat dalam program yang telah diadakan.

Accelerate Perogram Empowering Women Entrepreneur yang telah diadakan pada 23 Mei 2022 sehingga 25 Mei 2022 ialah sebuah...
17/06/2022

Accelerate Perogram Empowering Women Entrepreneur yang telah diadakan pada 23 Mei 2022 sehingga 25 Mei 2022 ialah sebuah program yang disasarkan kepada kaum wanita yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan kecil serta pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan. Program Accelerate juga menawarkan peluang bimbingan untuk peserta mendalami pengetahuan dan pembelajaran mereka. Program ini bertujuan untuk menyediakan kemahiran asas digital, perniagaan dan celik kewangan kepada perusahaan mikro dan kecil yang diterajui oleh Wanita dari Malaysia dan Indonesia untuk mengambil bahagian dengan lebih baik dalam ekonomi digital. Program ini dilaksanakan oleh StartupMalaysia untuk The Asia Foundation, dengan sokongan daripada AT&T dan Visa, inisiatif ini akan melatih sehingga 6,000 PKS yang diterajui Wanita. Di Malaysia, program ini bertujuan untuk melatih 5,000 usahawan Wanita.

Mencipta Kad Digital Hari Gawai yang telah diadakan pada 24 Mei 2022 merupakan sebuah program yang telah dilaksanakan be...
17/06/2022

Mencipta Kad Digital Hari Gawai yang telah diadakan pada 24 Mei 2022 merupakan sebuah program yang telah dilaksanakan bersama kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun bersempena Hari Gawai. Melalui aktiviti ini peserta dapat menggunakan dan mempelajari fungsi serta kegunaan aplikasi digital iaitu aplikasi CANVA secara atas talian. Mereka dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dengan mencipta kad digital yang cantik serta menarik.

Aktiviti akan datang 24/05/2022 (Selasa) πŸ˜ƒπŸ€“Tajuk: Kad Gawai DigitalPenyertaan: Terbuka kepada kanak-kanak (umur 10-12 Ta...
11/05/2022

Aktiviti akan datang 24/05/2022 (Selasa) πŸ˜ƒπŸ€“
Tajuk: Kad Gawai Digital
Penyertaan: Terbuka kepada kanak-kanak (umur 10-12 Tahun).

Aktiviti Membaca Secara Digital telah diadakan pada 28 April 2022. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi akses kepada par...
06/05/2022

Aktiviti Membaca Secara Digital telah diadakan pada 28 April 2022. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi akses kepada para pengunjung untuk membaca secara atas talian dengan adanya e-Library. Pengunjung juga dapat mengakses pelbagai genre buku secara mudah dan percuma.

Address

KAMPUNG PAON GAHAT, SERIAN
Serian
94700

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDCC Paon Gahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PDCC Paon Gahat:

Share