Pas Cawangan Pelong

Pas Cawangan Pelong Pemuda Pas Pelong terus istiqamah di bawah kepimpinan ulama !!!! Pemuda Pas Pelong (Dun Langkap) terus istiqamah bersama kepimpinana ulama !!!

15/11/2021

Rezeki rakyat Terengganu sempena menyambut Aidilfitri tahun hadapan.

1. RM400 untuk 31,500 Isi Rumah Miskin
2. RM250 untuk Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000.

07/11/2021
07/11/2021

PAS TENANG-TENANG SAHAJA

Muktamar PAS Pusat ke-67 telah berakhir dengan tenang dan berjaya. Ini lah acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli PAS. Akan pulang semua perwakilan membawa inti perbincangan kepada ucapan dasar Presiden bagi dilaksanakan sebaik mungkin, untuk tempoh setahun. Tujuh pesan Presiden, bertaqwa kepada Allah, setia dan taat, kukuhkan parti, mantapkan tarbiah, mantapkan organisasi, aktifkan jentera dan siapkan calon berwibawa, mesti diusahakan.

Dalam ketika parti-parti lain ada yang menangguhkan pemilihan parti mereka, PAS dengan tenang mengadakan pemilihan pimpinan parti, tanpa ada masalah, malah makin mengukuhkan kedudukan parti. Bukan itu sahaja, sewaktu ada pimpinan PAS diturunkan dari jawatan menteri, iaitu satu kedudukan yang menjadi impian kepada semua ahli politik yang tidak bersandarkan kepada Islam, mereka tenang-tenang sahaja, tiada merajuk, tiada amarah.

Presiden menyuruh kita bertenang, mengikut firman Allah dalam surah al-Anfal yang jika musuh cenderung untuk berdamai, kita berdamai. Kalau mereka mahu menipu, kita serahkan kepada Allah. Kita tidak akan mampu menyatukan semua hati manusia walaupun kita membelanjakan seluruh harta di dunia ini.

PAS semenjak dahulu, tenang sahaja bila duduk dalam kerajaan dan mengambil setiap inci peluang yang ada walau sekecil mana untuk meyampaikan dakwah Islam. PAS mengambil kaedah amar makruf nahi mungkar dengan tenang dan pasti, tanpa takut dibuang dari kerajaan. Oleh kerana Islam sebagai asas, PAS dipercayai oleh semua parti yang bermasalah. Setiap kali mereka ada masalah, mereka akan mencari PAS. PAS tenang sahaja, boleh membantu asal ada keuntungan kepada Islam.

Ketika PAS cuba dimusnahkan, PAS tenang sahaja sehingga menimbulkan simpati daripada pegawai kerajaan dan akhirnya menjadi calon-calon PAS. Apabila ada gangguan dalaman yang dibuat oleh orang PAS sendiri, beberapa dahan PAS patah, tetapi PAS menumbuhkan dahan baharu yang lebih banyak dan berkualiti. PAS juga tenang dalam desakan menggunakan lambang apa di Melaka. Sedangkan Rasulullah sanggup membuang perkataan ‘Rasulullah’ dalam perjanjian Hudaibiyyah, apa sangat menggunakan sebentar lambang PN.

Ketika orang mengajak membenci PAS, PAS tenang sahaja, malah hingga kini, mempunyai 7618 buah cawangan, 195 kawasan, 845,920 ahli yang aktif dan lebih kurang 50 ribu yang lain sedang dikenalpasti keaktifannya bagi proses pemutihan. Indeks kepercayaan kepada kerajaan telah melebihi 80 peratus yang PAS ada di dalamnya. Antara lain komen rakyat ialah PAS berlatar belakang agama, tetapi berjaya mengemudi kementerian bukan agama. Jauh dengan kepercayaan kepada kerajaan PH dahulu.

Dalam kabinet, PAS tenang menyuarakan bantahan kepada semua benda yang berlawanan dengan kehendak Islam, tidak duduk diam sahaja. Kemudian semua yang ada jawatan dari Adun sehingga menteri, tenang sahaja keluarkan derma wajib kepada PAS sehingga ada RM8 ribu sebulan. Di belakang Pejabat Agung PAS, Lajnah Kebajikan PAS sentiasa tenang membantu mereka yang hidup secara gelandangan di lorong-lorong yang dianggap hina oleh masyarakat sehinggakan ada yang memeluk Islam.

Ketika parti-parti lain yang sedang bergelut, berebut, berbalah, melompat sana dan sini, PAS tenang sahaja, kedap kakinya, tidak bergerak dengan prinsip Islamnya. Tiada yang melompat, tiada yang bergelut meminta menjadi calon. Berbeza dengan parti lain, bak singa kelaparan merebut makanan dunia. Tiada pihak yang boleh memperbodohkan PAS bagi menurut kata mereka. Apatah lagi mengajak PAS berbuat onar dengan rakannya.

Nakhoda PAS begitu tenang melayari bahtera walaupun sedang dipukul gelombang yang mengganas. Pemuda dan Ulamak telah jelas menerangkan supaya nakhoda jangan di ganggu, biarkan nakhoda mengemudi bahtera kerana nakhoda tahu keadaan gelora itu, bagaimana mahu dikendalikan. InsyaAllah tiada gelombang musuh yang boleh menenggelamkan PAS. Mari kita teruskan perjalanan ini dengan tenang, mengikut aturan pimpinan, insyaAllah selamat kita. Sementara itu, kuatkan diri kita dengan ilmu dan ibadat supaya bantuan Allah sentiasa datang.

Ingat, kita PAS, bukan Pan

Mohd Nasir Abdullah
7 November 2021

KEPUTUSAN PEMILIHANAHLI JAWATANKUASA KERJAPARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)SESI 2021 - 2023Naib PresidenIdris Haji Ahmad, YB ...
07/11/2021

KEPUTUSAN PEMILIHAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
SESI 2021 - 2023

Naib Presiden

Idris Haji Ahmad, YB Senator Ustaz Haji (1,164 undi)
Mohd Amar Abdullah, YB Ustaz Dato’ Haji (956)
Ahmad Samsuri Mokhtar, YAB. Dato’ Seri Dr. Haji (778)
Mohd Zuhdi Marzuki, Dr. Haji (623)

Ahli Jawatankuasa

Muhammad Khalil Abdul Hadi, YB. Ustaz Haji (884)
Muhammad Sanusi Md Nor, YAB. Haji (877)
Kamaruzaman Mohamad (872)
Khairil Nizam Khirudin, YB Senator Ir. Ts. Haji (844)
Riduan Mohd Nor, Dr. Haji (841)
Iskandar Abdul Samad, Dato’ Haji (822)
Halimah Ali, Dr. Hajjah (774)
Mohamad Fadzli Hassan, YB Dato’ Dr. Haji (736)
Marzuk Shaari, YB Datuk Ustaz Haji (707)
Mohd Nassuruddin Daud, YB. Dato’ Panglima Perang Haji (706)
Najihatussalehah Ahmad, Dr. Hajjah (695)
Siti Zailah Mohd Yusof, YB. Dato’ Hajjah (688)
Azman Ibrahim, YB. Dr. Haji (679)
Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Haji (645)
Amzad Hashim, YB Datuk (615)
Ali Akbar Gulasan, YB Dr (613)
Mahfodz Mohamed, Dato’ Ustaz Dr. Haji (609)
Rosni Adam, Dr. Hajjah (609)

Pengerusi Tetap: Husin Ismail (MTB)
Timbalan pengerusi Tetap: Kamal Ashari (MTB)

Pemeriksa Kira-kira:
Md Shukor Aziz (MTB)
Mohd Najib Ahmad (MTB)

Berita selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/07/keputusan-pemilihan-jk-kerja-pas-pusat-sesi-2021-2023/

06/11/2021
06/11/2021

PAS jangan dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dalam lingkungan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air. Sebaliknya, menjadi pemimpin bersama rakan-rakan sehingga berjaya menarik sokongan rakyat bagi menyelamatkan negara bersama Islam yang telah diperkenalkan oleh PAS.

-Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang @ Muktamar Tahunan PAS Ke 67

05/11/2021
KENYATAAN MEDIA PAS PUSATMesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung P...
02/11/2021

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama' PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021, selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

"ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Rabi’ul Awwal 1443 / 1 November 2021

Address

KAMPUNG PELONG
Setiu
21500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Pelong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share