24/07/2024
Rukun Qalbi, Qauli, dan Fiโli adalah WAJIB
Apakah itu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fiโli ?
Rukun Qalbi, Qauli, dan Fiโli amat penting untuk difahami dalam solat.
Pembahagian Rukun Solat
Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun.
Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fiโli
Maksud qalbi iaah hati
Maksud qauli p**a ialah perkataan atau bacaan.
Manakala rukun fiโli ialah pergerakan atau perbuatan.
Rukun Qalbi (Hati)
Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati.
Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu:
Niat
Tertib
Rukun Qauli (Bacaan)
Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya.
Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu.
5 bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:
Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
Al Fatihah
Tahiyat Akhir
Selawat atas nabi
Salam yang pertama
Rukun Fiโli (Pergerakan)
Rukun fiโli adalah rukun pergerakan atau perbuatan.
Dalam rukun fiโli terdapat enam rukun.
Rukun tersebut adalah:
Berdiri (qiam).
Rukuk.
Iktidal.
Sujud.
Duduk antara dua sujud.
Duduk tahiyat akhir.
Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut.
Namun, jika seseorang telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama.
Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha) (Fathul Muโin)
Dalam solat berjemaah, jika seorang makmum tertinggal rukun fiโli, dia tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya.
Ini kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya.
Apa yang perlu adalah diteruskan sahaja ikutannya dengan imam.
Kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu.
Allahualam.
Semoga bermanfaat