Gaya Armada

Gaya Armada ✨️🤍Tersarung Rapi Cantik Bergaya, Makna Busana Gaya Malaysia🤍✨️

Bintang berkerdip di langit malam, Terang bersinar cantik terserlah,Aduka menyarung persalinan hitam,Kacak & segak, tera...
03/03/2025

Bintang berkerdip di langit malam,
Terang bersinar cantik terserlah,
Aduka menyarung persalinan hitam,
Kacak & segak, teratur melangkah.

Kurta Perindu dari Armada ni boleh digayakan setiap hari. Pakaian bekerja ataupun pakaian kasual. Kalian padankan dengan seluar denim & selesai. Dah cukup bergaya untuk kebanyakan situasi.

Aksara ditulis tinta merah, Mushaf lengkap rujukan legenda,Terang warnanya bak mawar yang cerah, Dipadankan putih sepert...
02/03/2025

Aksara ditulis tinta merah,
Mushaf lengkap rujukan legenda,
Terang warnanya bak mawar yang cerah,
Dipadankan putih seperti nirmala.

*Kurta Perindu Siri Adinda.

Langit gelap, bintang bertaburan, Pawana menghembus lajur awanan,Rona hijau warna pilihan, Digabung gelap, busana harian...
02/03/2025

Langit gelap, bintang bertaburan,
Pawana menghembus lajur awanan,
Rona hijau warna pilihan,
Digabung gelap, busana harian.

Sampin diikat kemas bergaya, Keris diselit tanda perjuangan,Waktu turunnya kalam mulia,Bulan rahmat, bulan keampunan.“Ya...
01/03/2025

Sampin diikat kemas bergaya,
Keris diselit tanda perjuangan,
Waktu turunnya kalam mulia,
Bulan rahmat, bulan keampunan.

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Mulakan enjin iman, full throttle takwa, mengharapkan keampunan, kerana kita ni hamba.

Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’

Adik Seseorang:  Bang, tumpang tanya. Sekarang pukul berapa? Hamba:  Pukul 4.30 petang dik. Adik Seseorang:  Aduh, ada l...
17/02/2025

Adik Seseorang: Bang, tumpang tanya. Sekarang pukul berapa?

Hamba: Pukul 4.30 petang dik.

Adik Seseorang: Aduh, ada lagi ke ni?

Hamba: Nak ke mana? Apa yang ada lagi tu?

Adik Seseorang: Takut Zohor dah habis bang.

Hamba: -terkesima-..
Kisah ni dah lama ye. Masa hamba muda remaja dulu. Adik seseorang itu jauh lebih muda dari hamba. Semuda itu umurnya, dia sangat risau jika dia tertinggal waktu solatnya. Kagum hamba.

Jangan tanya kenapa dia tanya waktu dengan hamba. Zaman tu mana ada smart watch mahupun smart phone. Jejaka yang smart macam hamba ada la, sebab tu hamba pakai jam Breitling made in Petaling Street. Tak semua orang pakai jam tangan & ada telefon dalam poket, macam sekarang. ..
Hari ni tak ada puisi & gurindam. Bye. ..


Hamba ni dah tua ye, walaupun hamba ni hensem.

Gugur bunga kerana layu..Gugur cinta kerana cemburu..Gugur iman kerana nafsu..Gugur dosa kerana taubatmu....Selamat data...
16/02/2025

Gugur bunga kerana layu..

Gugur cinta kerana cemburu..

Gugur iman kerana nafsu..

Gugur dosa kerana taubatmu....
Selamat datang Ramadhan. Bulan mensucikan diri dari segala noda & kekusutan. Moga ada hikmah & rahmat buat semua. ..

Gemalai langkah seperti berirama.Dalam lembut, ada kerasnya. Bak serikandi yang terkemuka.Pilihlah warna, bebas bergaya....
15/02/2025

Gemalai langkah seperti berirama.
Dalam lembut, ada kerasnya.
Bak serikandi yang terkemuka.
Pilihlah warna, bebas bergaya.
Warna tanah, warna alam.
Terlihat cantik walaupun bertona kusam.
Dilirik jejaka pegun terdiam.
Adinda berlalu sambil bergurindam....
Hamba minat padanan warna macam ni. Seperti kata orang putih; "earth tone". Betul ke?..
Kalian nak padankan dengan apa pakaian pun sesuai tau. ..

Aqsa itu satu akidah. Maka jagalah ia sebaik syahadah. Bergelumang airmata & juga darah. Nescaya balasannya, syurga nan ...
14/02/2025

Aqsa itu satu akidah.
Maka jagalah ia sebaik syahadah.
Bergelumang airmata & juga darah.
Nescaya balasannya, syurga nan indah.
Sucinya Al Aqsa dalam lipatan sejarah.
Mulianya wargamu yang mendukung amanah.
Berkurun lamanya ingin dijajah.
Kemenangan tetap di jalan Fisabilillah....
Hari ni tiba-tiba teringat tentang sahabat kita di sana. Karya ni hamba pernah tulis & lukis satu masa dulu, tak ingat dah di mana. Ada lagi sambungannya....
Akhir zaman ni, macam-macam boleh berlaku. Berpeganglah kepada apa yang termaktub dalam mushaf peninggalan Nabi kita; Al Quran. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan, rahmat & kasih sayang Allah SWT. ..

Janji & harapan ditabur bersemi,Akhirnya punah, ditinggal sepi,Merah merona pilihan hati,Yakin melangkah di pagi Aidilfi...
13/02/2025

Janji & harapan ditabur bersemi,
Akhirnya punah, ditinggal sepi,
Merah merona pilihan hati,
Yakin melangkah di pagi Aidilfitri. ..
Hamba taip sambil dengar lagu raya ni, walaupun Ramadhan tak tiba lagi. Sedih pulak rasa bila diberi harapan & janji. Rupanya palsu sepertinya filter IG.

Yang benar,
Laksamana Armada..

Sang aduka merindu bermadah,Atma kirana punya si adinda,Kemas, kacak, berani & gagah,Terzahir dari persalinan Armada. .....
12/02/2025

Sang aduka merindu bermadah,
Atma kirana punya si adinda,
Kemas, kacak, berani & gagah,
Terzahir dari persalinan Armada. ..
Hamba konfiden kalian ternampak hensem bila sarung kurta ni. Macam hamba juga. ..

Asalnya dari tanah luar sempadan,Dibawa ke sini, budaya dicampurkan,Ciri bangsa kita, Armada jalinkan,Agar menjadi busan...
11/02/2025

Asalnya dari tanah luar sempadan,
Dibawa ke sini, budaya dicampurkan,
Ciri bangsa kita, Armada jalinkan,
Agar menjadi busana pilihan...
Malaysia itu pelbagai anutan, kaum & bangsa.

Hamba bawakan, busana gaya Malaysia. ..

Madah berbunga alun suara,Terdengar merdu hanya dendangan,Busana digaya, citra kirana, Tersarung kemas, menyerlah pandan...
09/02/2025

Madah berbunga alun suara,
Terdengar merdu hanya dendangan,
Busana digaya, citra kirana,
Tersarung kemas, menyerlah pandangan...
Ini kan lagu?

Bukanlah. Ini pantun.

Ini lagu.

Ye lah, separuh lagu. Lagu pun pantun kan?..

Address

Seria 88 Business Centre, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60139231380

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gaya Armada posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share