Hello Selangor

Hello Selangor YANG BENAR ADALAH BENAR

08/04/2025
19/02/2025

UMNO Selangor Perkukuh Silaturrahim, Tekad Kembalikan Kegemilangan.
*
UMNO Selangor terus memperkukuhkan ukhuwah dan semangat perjuangan dalam usaha mengembalikan kegemilangan parti di negeri ini. Majlis Silaturrahim Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian Negeri Selangor dan Alumni Majlis Belia Selangor yang berlangsung semalam menjadi platform penting bagi mengeratkan hubungan antara kepimpinan lama dan baharu.

Majlis yang dihadiri oleh pelbagai lapisan kepimpinan UMNO ini turut menyaksikan ucapan daripada Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, yang menegaskan kepentingan pengalaman dan perjalanan politik setiap individu dalam membina kembali kekuatan parti.

"Jadikan pengalaman dan perjalanan kita sebagai pedoman untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Selangor," katanya dalam ucapan beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua kepimpinan yang hadir dan berharap program sebegini dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan perjuangan parti.

Majlis ini bukan sahaja memberi ruang untuk mengeratkan silaturrahim, malah menjadi medan perkongsian idea dalam memastikan UMNO terus relevan di Selangor. Dengan semangat "Bakti Mu Disanjung, Budi Mu Dijunjung", majlis ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan ahli UMNO dalam meneruskan legasi perjuangan parti.

14/02/2025

Address

Persiaran Perbandaran
Shah Alam
40000

Telephone

+60350312020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hello Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share