15/01/2026
Kebelakangan ini, ramai kawan bukan Melayu tanya Apek, kenapa orang Melayu sikit-sikit je marah, nak boikot macam-macam.
Beginilah Jawapan saya :
Orang Melayu Islam adalah kaum yang mengamalkan kesederhanaan, berkasih sayang dan toleransi dengan tahap yang tinggi.
Sebab itu, walaupun Perlembagaan menyatakan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, kelihatan tokong, gereja, kuil merata di Malaysia. ( kata kuncinya “ merata “ ).
-Sekolah Vernakular Cina & Tamil beribuan,
-Kaum lain jadi Menteri, Ketua Menteri, KSU, KP, walaupun bukan se-agama, se-budaya dengan anak watan Bumiputera.
-Tahun Baru Cina, Deepavali dapat cuti umum.
İni susah nampak di negara lain.
Namun, ramai di kalangan bukan Melayu telah “take things for granted.”
Orang Melayu Islam langsung tak hirau kita nak buat apa.
-Kami non-Muslim makan benda tak halal di kedai non-Muslim, mereka ok je.
-Kami sembahyang, buat perayaan keagamaan atas jalan raya dengan elok-elok, mereka ok je.
-Kami nak kerja, niaga, semua tu, mereka ok je.
Masalahnya, bila orang bukan Islam nak campur hal orang Islam, contohnya, nak jual benda halal kepada orang Muslim.
Ada Produk yang tiada kaitan dengan Isu Halal, contoh, Kalau saya jual kereta Honda, ataupun jual iPad, itu tiada masalah.
Ada juga yang nak kritik agama Islam, dan kritikan itu p**a berbau sindiran tanpa asas.
Bila non-Muslim nak sentuh hal orang Islam, kita kena ikut peraturannya. Lagi-Lagipun, orang Melayu tidak paksa orang non-Muslim untuk berniaga dengan mereka.
Orang Melayu Islam marah, sebab orang lain take things for granted dan memperlekeh agama mereka. Tu je.
Macam orang Thailand, Kalau kamu menghina Buddha, orang Thai akan marah sangat.
Macam orang Tanah Besar China, Kalau kamu memperlekeh pemimpinnya, rakyat china akan marah sangat.
Macam orang Hindu, Kalau kamu sindir agamanya, atau jual lembu tak ikut peraturan agama, mereka akan marah sangat.
So, orang Melayu Islam memang dah toleransi banyak, p**a ada orang tanya kenapa mereka marah.
Justeru, jawapan singkat saya adalah, kerana we take them for granted.
Kredit : Ulasan Apek Cina
Video diruangan komen 👇👇