Muiz Bidin ii

Muiz Bidin ii Pomen Transmisi

06/10/2025

Sistem yang memudahkan workshop dan customer ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ”ง๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ”ง

Pernah dengar kes orang kena tukar catalytic converter sampai beribu-ribu ringgit? Ramai tak tahu, punca awal selalunya ...
05/09/2025

Pernah dengar kes orang kena tukar catalytic converter sampai beribu-ribu ringgit? Ramai tak tahu, punca awal selalunya datang daripada sensor O2 yang dah lama kotor atau haus.

๐Ÿ”ง Sensor O2 ni tugas dia nampak macam kecil, tapi kesan dia besar. Dia pantau campuran minyak dengan udara, lepas tu bagi signal pada ECU (otak enjin). Bila bacaan tepat โ†’ ECU adjust minyak ngam-ngam. Tapi bila sensor mula rosak โ†’ bacaan lari โ†’ ECU jadi keliru โ†’ minyak masuk lebih daripada sepatutnya. Hasilnya enjin semput, minyak cepat habis, idle jadi kasar, malah boleh naik bau pelik dari ekzos. Paling jelas, lampu check engine boleh terus menyala.

๐Ÿš— Dalam kereta moden, sensor O2 ni memang dah jadi standard. Kalau dulu kereta lama cukup ada satu sensor je, sekarang kebanyakan model ada dua. Untuk enjin V6 atau V8 p**a boleh cecah sampai empat unit sekali gus.
๐Ÿ‘‰ Sensor yang duduk sebelum catalytic converter kawal campuran minyak-udara.
๐Ÿ‘‰ Sensor yang duduk lepas converter p**ak pantau kesihatan converter tu sendiri. Dari situ kita boleh tahu sama ada sistem ekzos masih sihat atau dah mula ada masalah.

โš ๏ธ Bila sensor ni mula kotor atau haus, bacaan jadi tak tepat. Enjin pun susah nak maintain prestasi. Kalau keadaan ni dibiarkan lama, catalytic converter boleh rosak sebab terpaksa hadap lebihan minyak yang tak terbakar sempurna. Masa tu memang poket kita la yang kena tebuk dalam ๐Ÿ’ธ โ€“ sebab tukar sensor O2 mungkin ratus-ratus, tapi tukar converter confirm ribu-ribu.

๐Ÿ’ก Sebab tu penting untuk jaga awal. Jangan tunggu sampai enjin semput baru nak check sensor. Masa servis berkala, cuba mintak pomen scan sekali data O2 sensor. Kadang sensor nampak elok secara fizikal, tapi bila tengok bacaan live data atau waveform, dah jauh lari dari spesifikasi.

๐Ÿ‘‰ Ingat boss, tukar sensor awal = enjin sihat, minyak jimat, poket pun selamat. ๐Ÿ˜Ž

04/09/2025
Masa tukar minyak hitam, jangan terus sumbat minyak baru je. Kena la upah pomen jeling-jeling dulu kat oil pan,, sebab k...
02/08/2025

Masa tukar minyak hitam, jangan terus sumbat minyak baru je. Kena la upah pomen jeling-jeling dulu kat oil pan,, sebab kat situlah โ€˜tingkap kecilโ€™ untuk tengok kesihatan sebenar enjin kita. Banyak benda boleh โ€˜terbocorโ€™ kat situ yang kita tak nampak dari luar.

1. Warna Minyak
Kalau minyak hitam tu dah pekat legam macam kopi O kaw, besar kemungkinan enjin bekerja dalam keadaan terlalu berat, atau minyak dah lama sangat tak tukar. Tapi kalau warnanya masih cerah dan bersih, itu tanda sistem pelinciran enjin bekerja dengan baik,, enjin pun sihat dan owner jaga ikut jadual.

2. Serpihan Besi Halus
Kadang-kadang kat dasar oil pan tu, pomen boleh nampak serpihan besi-besi halus melekat. Ini tanda ada kehausan dalaman,, mungkin bearing, ring, atau komponen kecil lain mula haus. Kalau terlalu banyak, tu dah masuk fasa kritikal,, enjin mungkin kena buka atau overhaul.

3. Minyak Bocor / Kesan Basah
Kalau nampak oil pan basah berminyak atau ada kesan titisan kat bawah kereta, itu kemungkinan besar datang dari gasket bocor atau skru drain plug tak ketat. Kalau tak diperbaiki cepat, minyak boleh habis tanpa disedari,, enjin boleh jem terus.

4. Bau Hangit
Kalau bau minyak tu semacam bau hangit terbakar, itu petanda minyak dah terlalu lama dalam enjin sampai additive dalam minyak dah habis fungsi. Bila tukar minyak baru, ramai akan rasa beza,, enjin jadi lebih ringan, pickup pun lebih sedap.

5. Kesan Karat / Kotoran
Kadang-kadang kat oil pan boleh nampak karat atau keladak melekat. Ini petanda ada kelembapan masuk, mungkin dari breather tak berfungsi, atau servis jarang buat. Enjin dengan karat dalam sistem pelinciran boleh cepat rosak walaupun nampak sihat luar.

Kesimp**annya, oil pan ni bukan sekadar logam penutup bawah enjin. Ia sebenarnya โ€˜petaโ€™ ringkas tentang apa yang berlaku dalam perut enjin kita. Kalau kita ambil masa sikit untuk perhati dan buat pemeriksaan semasa servis, banyak kerosakan besar boleh dikesan awal.. jimat poket, panjangkan hayat enjin, dan kereta kekal sedap dibawa jauh..

KOMPONEN KERETA & FUNGSINYA + JANGKA HAYAT1. Minyak Enjin๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Pelincir dalaman enjin โ€“ kurangkan geseran & panas๐Ÿ“† ...
13/07/2025

KOMPONEN KERETA & FUNGSINYA + JANGKA HAYAT

1. Minyak Enjin

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Pelincir dalaman enjin โ€“ kurangkan geseran & panas
๐Ÿ“† Tukar: Setiap 5,000 โ€“ 10,000 km
โš ๏ธ Lewat tukar = enjin haus, jem, overhaul.

2. Penapis Minyak Enjin

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Tapis bendasing dalam minyak enjin
๐Ÿ“† Tukar: Setiap 5,000 โ€“ 10,000 km (wajib tukar sama dengan minyak)
โš ๏ธ Penapis kotor = aliran minyak tersekat = enjin haus.

3. Filter Udara (Air Filter)

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Tapis habuk sebelum masuk intake manifold
๐Ÿ“† Tukar: 15,000 โ€“ 30,000 km
โš ๏ธ Filter kotor = kurang udara = pickup lembap & minyak kuat.

4. Filter Bahan Bakar (Fuel Filter)

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Tapis karat & kotoran dari tangki ke enjin
๐Ÿ“† Tukar: 20,000 โ€“ 40,000 km
โš ๏ธ Tersumbat = enjin semput, tak boleh start.

5. Spark Plug

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Hasilkan percikan api dalam silinder (petrol)
๐Ÿ“† Tukar: 30,000 โ€“ 100,000 km
โš ๏ธ Spark plug rosak = enjin semput, kuat minyak.

6. Bateri Kereta

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Bekalkan kuasa untuk start enjin & sistem elektrik
๐Ÿ“† Tukar: 50,000 โ€“ 100,000 km atau 2โ€“4 tahun
โš ๏ธ Bateri lemah = tak boleh start, ECU reset.

7. Brake Pad (Pad Brek)

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Cengkaman utama untuk hentikan kereta
๐Ÿ“† Tukar: 30,000 โ€“ 50,000 km
โš ๏ธ Habis pad = cakera calar, brek panjang, bahaya.

8. Brake Disc (Cakera Brek)

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Bekerja bersama brake pad untuk hentikan roda
๐Ÿ“† Tukar: 50,000 โ€“ 100,000 km
โš ๏ธ Cakera haus = bunyi geseran, brek tak rata.

9. Minyak Brek

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Hantar tekanan ke sistem brek
๐Ÿ“† Tukar: 20,000 โ€“ 40,000 km atau 2 tahun
โš ๏ธ Minyak lama = brek โ€œspongeyโ€, risiko gagal berfungsi.

10. Timing Belt

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Selaras putaran camshaft & crankshaft
๐Ÿ“† Tukar: 50,000 โ€“ 100,000 km (ikut model)
โš ๏ธ Putus = valve bengkok, piston pecah, enjin rosak total.

11. Minyak Power Steering

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Ringankan steering semasa belok
๐Ÿ“† Tukar: 30,000 โ€“ 60,000 km
โš ๏ธ Minyak pekat = steering berat, pump cepat rosak.

12. Coolant (Air Radiator)

๐Ÿ› ๏ธ Fungsi: Kawal suhu enjin, elak overheat
๐Ÿ“† Tukar: 50,000 โ€“ 100,000 km atau 2โ€“3 tahun
โš ๏ธ Coolant lama = karat radiator, bocor, overheat.

PREVENTIVE MAINTENANCE โ€“ PENJAGAAN BERJADUAL KERETATujuan: Elak rosak tepi jalan, jimat duit jangka panjang, dan panjang...
07/07/2025

PREVENTIVE MAINTENANCE โ€“ PENJAGAAN BERJADUAL KERETA

Tujuan: Elak rosak tepi jalan, jimat duit jangka panjang, dan panjangkan hayat enjin & gearbox.

TAHUKAH ANDA?

Setiap komponen dalam kereta ADA JANGKA HAYAT.. Kalau tunggu rosak baru tukar, risiko makin tinggi โ€“ kos pun boleh melambung!

15 Jenis Sensor Kereta & Fungsi Dia โ€“ Jangan Main Main Dengan โ€˜Deriaโ€™ Kereta Ni! โš™๏ธKereta zaman sekarang penuh dengan se...
30/06/2025

15 Jenis Sensor Kereta & Fungsi Dia โ€“ Jangan Main Main Dengan โ€˜Deriaโ€™ Kereta Ni! โš™๏ธ

Kereta zaman sekarang penuh dengan sensor. Kecil je saiz dia, tapi kerja dia besar. Kalau satu je fail, terus pickup lemau, minyak kuat minum, atau enjin buat perangai

1. Mass Air Flow Sensor (MAF)
โ€ข Fungsi: Ukur jumlah udara masuk ke intake
โ€ข Tujuan: Bantu ECU kira jumlah bahan api optimum (air-fuel ratio)
โ€ข Simptom rosak: Enjin semput, RPM tak stabil, susah start

2. Engine Knock Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan ketukan (knocking/detonation) dalam enjin
โ€ข Tujuan: ECU akan laras balik ignition timing untuk elak knocking
โ€ข Simptom rosak: Power drop, jerking, fuel consumption tinggi

3. Engine Speed Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan kelajuan putaran enjin (RPM)
โ€ข Tujuan: Untuk ECU kawal timing, fuel delivery dan idle speed
โ€ข Simptom rosak: RPM drop mendadak, susah start, limp mode

4. Crankshaft Position Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan kedudukan dan putaran crankshaft
โ€ข Tujuan: Penting untuk timing ignition & fuel injection
โ€ข Simptom rosak: Engine mati tiba-tiba, crank tapi tak hidup

5. Camshaft Position Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan kedudukan camshaft (synchronise valve dengan injection)
โ€ข Tujuan: Tentukan bila inject fuel & nyalakan plug
โ€ข Simptom rosak: RPM tak stabil, jerking, DTC muncul

6. Oxygen Sensor (O2 Sensor)
โ€ข Fungsi: Ukur kandungan oksigen dalam exhaust
โ€ข Tujuan: Bantu ECU adjust fuel trim untuk efisien
โ€ข Simptom rosak: Fuel consumption tinggi, fail emission test

7. MAP Sensor (Manifold Absolute Pressure)
โ€ข Fungsi: Ukur tekanan dalam intake manifold
โ€ข Tujuan: Tentukan engine load untuk fuel injection & ignition
โ€ข Simptom rosak: Lemau, semput, DTC (P010x)

8. TPS (Throttle Position Sensor)
โ€ข Fungsi: Ukur bukaan throttle valve
โ€ข Tujuan: Tentukan berapa banyak udara masuk (accelerator)
โ€ข Simptom rosak: Jerking, RPM delay, gear shift keras

9. Engine Coolant Temperature Sensor
โ€ข Fungsi: Ukur suhu coolant
โ€ข Tujuan: Control fan, fuel map, idle speed
โ€ข Simptom rosak: Overheat tak detect, fan tak jalan, DTC

10. NOx Sensor
โ€ข Fungsi: Ukur kandungan Nitrogen Oxide dalam exhaust (diesel)
โ€ข Tujuan: Emission control (EGR & DEF injection)
โ€ข Simptom rosak: Emission fail, limp mode

11. Fuel Temperature Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan suhu dalam rail/bekalan bahan api
โ€ข Tujuan: Betulkan injection timing untuk efisiensi
โ€ข Simptom rosak: Hard start, overfuel, knocking

12. Parking Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan objek berhampiran kereta masa undur
โ€ข Tujuan: Bunyi amaran / bantu camera reverse
โ€ข Simptom rosak: Bunyi tak keluar / warning PDC

13. Vehicle Speed Sensor (VSS)
โ€ข Fungsi: Ukur kelajuan kereta
โ€ข Tujuan: Info untuk meter speed, gear shifting, ABS
โ€ข Simptom rosak: Meter tak naik, gear keras, jerking

14. Rain Sensor
โ€ข Fungsi: Kesan titisan air pada cermin
โ€ข Tujuan: Auto-on wiper
โ€ข Simptom rosak: Wiper tak auto, DTC body

15. Voltage Sensor
โ€ข Fungsi: Pantau voltage system (12V, 5V ref)
โ€ข Tujuan: Untuk safety sistem / sensor check
โ€ข Simptom rosak: Sensor false reading, ECU warning

Dalam dunia automotif hari ni, sensor ni kira macam deria manusia โ€” ada yang jaga pernafasan (MAF), ada yang jaga degupan jantung enjin (Crank Sensor), ada juga yang jadi โ€˜hidungโ€™ kesan asap (O2 sensor).

Kalau Jumpa Seekor โ€“ Jangan Pandang RemehLipas hidup dalam koloni senyap. Bila nampak satu โ€“ ada 10 lagi tengah โ€œmeeting...
23/06/2025

Kalau Jumpa Seekor โ€“ Jangan Pandang Remeh

Lipas hidup dalam koloni senyap. Bila nampak satu โ€“ ada 10 lagi tengah โ€œmeetingโ€ belakang tu..

Kami di Transmatic Automotive Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Vokasional Ampangan atas kerja...
23/06/2025

Kami di Transmatic Automotive Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Vokasional Ampangan atas kerjasama dan kepercayaan dalam program Jelajah Industri Teknologi Automotif baru-baru ini.

Terima kasih kerana memilih pusat servis kami sebagai destinasi lawatan โ€“ satu penghormatan besar buat kami menerima kunjungan pelajar dan tenaga pengajar yang bersemangat tinggi.

Kami berbesar hati dapat berkongsi sedikit ilmu dan memberi pendedahan tentang kecanggihan teknologi terkini dalam industri automotif yang kami gunakan setiap hari.

Moga kerjasama ini menjadi titik mula untuk lebih banyak kolaborasi masa depan dalam melahirkan tenaga mahir dan profesional automotif yang hebat.

Jumpa lagi di sesi akan datang!







FAHAMKAN SISTEM BREK CAKERA (Disc Brake System) 1. Brake PedalTempat mula tekan. Bila tekan, tekanan akan disalurkan ke ...
22/06/2025

FAHAMKAN SISTEM BREK CAKERA (Disc Brake System)

1. Brake Pedal
Tempat mula tekan. Bila tekan, tekanan akan disalurkan ke master pump.

2. Brake Fluid Reservoir
Tangki simpanan minyak brek. Kalau level rendah, sistem boleh masuk angin & brek rasa lembik.

3. Master Cylinder
โ€œOtak tekananโ€ โ€“ tukar tekanan mekanikal dari pedal jadi tekanan hidraulik.

4. Combination Valve
Kawal tekanan ke depan & belakang โ€“ elak brek belakang terkunci awal.

5. Brake Hose
Salur fleksibel bawa minyak brek ke caliper. Kalau dah tua atau bengkak, tekanan boleh bocor.

6. Brake Caliper (dalam housing merah Brembo tu)
Tekan pad ke rotor bila minyak brek sampai. Kalau sangkut, pad makan tak sekata.

7. Brake Pad
Ini yang bergesel dengan rotor. Kalau dah nipis, akan bunyi mencicit, dan kalau habis terus โ€“ besi lawan besi.

8. Rotor (Disc)
Piring tempat pad brek cengkam. Kalau disc dah calar atau โ€˜makanโ€™ sebelah โ€“ risiko vibrate & brek tak rata.

Brek lemah = risiko nyawa. Lagi bahaya kalau bawa anak isteri, jalan jem, turun bukit atau waktu hujan.

๐Ÿ”ง Apa perlu owner buat?
1. Servis brek ikut masa โ€“ check pad & disc
2. Flush minyak brek setiap 2 tahun
3. Dengar bunyi pelik = terus datang bengkel
4. Jangan minta โ€œtahan lagi bangโ€ฆโ€ kalau pad dah haus
5. Guna part original atau trusted aftermarket โ€“ elak โ€œcap ayamโ€

Ingat โ€“ servis brek bukan kos, tapi pelaburan keselamatan.

7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta, Cara Ke 7 Paling Berkesan! 1. Bersihkan Sisa Makanan โ€ข Punca utama lipas: bungkusan mak...
21/06/2025

7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta, Cara Ke 7 Paling Berkesan!

1. Bersihkan Sisa Makanan
โ€ข Punca utama lipas: bungkusan makanan, plastik gula-gula, tisu. Vacuum setiap inci: bawah seat, dalam laci, celah kusyen.

2. Gunakan Daun Pandan
โ€ข Bau pandan segar boleh repel lipas. Letak dalam tisu dan sorok bawah seat atau dashboard.

3. Guna Baking Soda + Gula
โ€ข Campur 1:1 dan tabur dalam bekas kecil โ€“ gula tarik lipas, baking soda โ€˜meletupโ€™ dalam badan dia. RIP lipas.

4. Letak Gel Racun Lipas (Contoh: Combat, Advion)
โ€ข Cari yang jenis gel. Letak kat spot panas: bawah seat, celah console tengah, tepi pintu. Power gila.

5. Jangan Simpan Pakaian/Beg/Guni Karung
โ€ข Benda lembut macam ni jadi sarang utama lipas bertelur. Elak simpan dalam bonet atau seat belakang.

6. Pasang Perangkap Lipas DIY
โ€ข Guna bekas plastik + air sabun + sedikit minyak + sisa makanan. Lipas masuk tak boleh keluar.

7. Spray Anti Lipas KEVLER Automotif
โ€ข ๐™†๐™€๐™ƒ๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‡๐™€๐˜ฝ๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™‘๐™‡๐™€๐™ :
โœ… ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ข๐™ž๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ 
โœ… ๐˜ฝ๐™–๐™ช ๐™‡๐™š๐™ข๐™ค๐™ฃ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ง๐™š๐™จ๐™
โœ… ๐™†๐™š๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก 15 - 20 ๐™ˆ๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™ฉ
โœ… ๐™๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™‹๐™š๐™ง๐™ก๐™ช ๐˜พ๐™–๐™ง๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–
โœ… ๐™๐™–๐™๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™– 2 - 3 ๐˜ฝ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ

Ramai ingat WD-40 ni cuma untuk hilang karat atau bunyi engsel โ€“ tapi sebenarnya lebih 200 kegunaan dalam rumah & bengke...
18/06/2025

Ramai ingat WD-40 ni cuma untuk hilang karat atau bunyi engsel โ€“ tapi sebenarnya lebih 200 kegunaan dalam rumah & bengkel. Muiz list siap-siap untuk dua kategori:

๐Ÿ”ง Kegunaan Dalam Bengkel & Automotif
1. Longgarkan skru/bolt karat
2. Hilangkan bunyi ketat linkage pintu/bonnet
3. Lindungi tool daripada karat (coating anti-moisture)
4. Bersihkan kotoran degil atas rim & enjin
5. Mudah cabut sticker lama kat body kereta
6. Lubricate door latch, window rail, wiper spring
7. Buang kesan sealant/silikon lama

๐Ÿ  Kegunaan Di Rumah
1. Bersihkan kotoran kuning dalam mangkuk tandas (macam gambar)
2. Hilangkan contengan krayon/marker kat dinding
3. Polish stainless steel (peti ais, sinki)
4. Kilatkan cermin tingkap
5. Tanggalkan chewing gum dekat baju/lantai
6. Spray kat perimeter rumah โ€“ nyamuk, semut lari
7. Lembutkan zip tersekat/beg travel rosak

Tips Tambahan:
โ€ข Elakkan guna WD-40 atas plastik jenis PVC atau rubber seal lama (boleh jadi mengembang).
โ€ข Kalau untuk electrical (contoh coil plug), guna WD-40 Contact Cleaner โ€“ bukan yang biasa!

Address

No 8 Jalan Linggis 15/24 Taman Perindustrian Linggis, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Telephone

+60126466894

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muiz Bidin ii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muiz Bidin ii:

Share

Category