31/12/2025
Cara Cabut dan Pasang Bateri Kereta β Urutan Betul dan Sebab
Bila kerja dengan bateri kereta, urutan kena betul. Ini bukan sekadar ikut s**a hati, sebab ia melibatkan keselamatan dan boleh elakkan litar pintas.
Cara Cabut
Mula-mula cabut kabel negatif. Kabel negatif ni sambung dengan body kereta. Bila dah cabut, seluruh litar elektrik akan terputus. Jadi kalau spanar tersentuh terminal positif dan body, arus tak akan mengalir sebab litar dah terbuka.
Selepas itu barulah cabut kabel positif. Bila kabel negatif dah tercabut, sambungan ke body dah tak ada. Jadi cabut kabel positif masa ni lebih selamat. Kalau terbalik, iaitu cabut positif dulu, risiko percikan api atau short lebih tinggi sebab body masih ada sambungan negatif.
Cara Pasang
Untuk pasang semula, sambung kabel positif dulu. Sambungan positif ini akan bekalkan voltan ke sistem, tetapi litar masih belum lengkap. Dalam keadaan ini, risiko percikan bila terkena body lebih rendah.
Akhir sekali sambung kabel negatif. Bila kabel negatif dipasang, barulah litar lengkap dan semua komponen dalam kereta dapat kuasa dengan stabil.
Ringkasan
Cabut bateri ikut urutan negatif dulu kemudian positif. Pasang balik ikut urutan positif dulu kemudian negatif. Body kereta bertindak sebagai ground. Kalau negatif masih bersambung semasa positif terkena body, litar akan tertutup serta-merta dan boleh timbul percikan. Sebab itulah urutan ini penting untuk keselamatan dan elakkan kerosakan.